Isnin, 31 Ogos 2009

Sambutan Hari Kemerdekaan Di Desa Ria

Diadakan juga Perasmian Pusat Khidmat Rakyat (PKR) bagi Ranting Desa Ria

Sambutan Hari Kemerdekaan bersama artis MGR Malaysia menghiburkan malam itu

Nilai Perpaduan Kaum yang dibawa oleh Kerajaan Pakatan Rakyat

Malam itu juga Ketua Cabang Kelana Jaya Tuan Syed Shahir menerima borang kemasukkan ahli PKR Ranting Desa Ria (Cabang Kelana Jaya)




Turut serta Sdr Ismail Kamal Ahli Majlis MPSJ (Naib Ketua Cabang Kelana Jaya)

Program Blok 3 Desa Mentari



Yg Berbahgia Al Fadil Ustaz Azman

Berbuka puasa bersama Yb Nik Nazmi dan juga Ust Azman...








PUSAT KOMUNITI BLOK 3 DESA MENTARI

Alhamdulillah semalam dapat saya berjemaah buat pertama kalinya permulaan tahun ini di Blok 3 Desa Mentari...


Walau bagaimana pun telah tersedia jadual untuk saya turun disetiap surau dan juga masjid masjid di kawasan saya...

Apa yang menarik program di Blok 3 ini yang juga dihadiri oleh Yb Nik Nazmi ialah bukan sahaja berbuka puasa dan terawih tetapi tazkirah dan zikir munajat yang dipimpin oleh ustaz Azman dari Bukit Naga Shah Alam...

Menurut Tuan Hj Ghazali Pengerusi Persatuan Penduduk dewan ini buat pertama kalinya digunakan pada malam ini dengan kehadiran kami,saya juga amat berbangga dengan daya usaha Blok 3 ini dalam apa jua program yang dibuat oleh mereka... Tahniah

Sabtu, 29 Ogos 2009

Apa Dah Jadi Nii ???




Kelihatan dua gambar yang berbeza maksud dan maknanya ...
- Gambar Pm Najib beriaya-iaya benar menjiwai adat kebudayaan kaum India demi mencapai matlamatnya SATU MALAYSIA,sewaktu beliau berjumpa dengan kaum India di Brickfield beberapa bulan yang lalu...
- Gambar yang satu lagi terpaksa di letak lambang keris UMNO sebab tak sanggup hendak melihat kepala lembu yang diusung oleh puak-puak ini (kesian lembu nasib baik tak boleh bercakap)...
Apa dah jadi dengan UMNO niii ...
Pagi tadi saya menghadiri kuliah subuh di Masjid Kg Melayu Subang,alhamdulillah ust tersebut (dah lupa namanya-gayanya macam ust Ismail Kamus) ada menceritakan serba sedikit tentang perihal kuil dan agama-agama lain...
Dalam kuliahnya ia menyatakan bahawa islam adalah agama yang menghormati agama yang lain darinya dan rasullah sendiri menghormati agama lain/kaum lain hatta perihal kepercayaan serta anutan mereka...
Katanya lagi kes seperti di Shah Alam ini adalah contoh yang amat buruk bangsa agama kita terhadap agama lain untuk pembinaan kuil walaupun katanya terdapat rungutan penduduk bahawa penganut agama hindu kurang disitu tetapi atas dasar menghormati agama lain tidak ada salahnya jika dibuat disitu dan kita sedia maklum mereka tidak menggunakan duit kita pun malahan mereka meminta keizinan lagi tanda hormatnya mereka kepada kita...
Memang kita tahu islam agama rasmi sudah berapa banyak masjid yang dibina tetapi masjid pula lebih banyak kipas dari orang...
Satu soalan dari ustaz itu...
Adakah orang islam yang bising itu adalah sebahagiannya penduduk situ yang sering dan kerap mukanya dilihat di masjid/ surau berdekatan yang sering mengimarahkan rumah allah ?
Tambahan pula satu lagi tindakan yang memalukan agama bangsa kita kenapa sampai hendak diseret kepala lembu yang pada kepercayaan kaum hindu ianya satu penghormatan yang tinggi terhadap lembu,islam tidak pernah diajar menghina sebegini ,kata ustaz tersebut...
Memanglah cadangan tersebut datangnya dari pihak kerajaan Barisan Nasional dahulu dan telah dipersetujui dalam minitnya kini kerajaan baru terpaksa melaksanakannya pula...
Sebagaimana dalam ayat 108 dari Surah al-An’aam.

Firman Allah bermaksud, “Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudia, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.”

BAHAYA !!!! Tindakan Berbentuk Perkauman

KENYATAAN MEDIA28 OGOS 2009

MENGUTUK TINDAKAN KUMPULAN MENGHINA AGAMA HINDU

Parti Keadilan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan 50 orang yang kononnya mewakili penduduk Seksyen 23 di Shah Alam yang telah mengarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu.Tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.

Keadilan menegaskan bahawa tiada anggota dari Parti Keadilan Rakyat yang terlibat mahupun dibenarkan untuk menyertai protes seperti ini.Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian.Keadilan juga percaya bahawa tindakan ini berupa satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana yang tegang di Selangor lantas memberi peluang untuk UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama.

Keadilan menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas untuk menjaga keamanan dan keharmonian dan tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang jelasnya salah disisi undnag-undang dan berbentuk provokasi dan menggugat ketenteraman awam dan hubungan antara kaum/agama.Keadilan juga kesal kerana pihak polis Selangor gagal menghalang kejadian ini dari berlaku dan sebaliknya Ketua Polis Selangor menyatakan bahawa tindakan boleh diambil hanya sekiranya terdapat laporan polis.

Ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini.Keadilan meminta semua pihak yang berkenaan untuk bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh diambil kesempatan oleh pihak UMNO yang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor dengan mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.

Latheefa Koya
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat

Khamis, 27 Ogos 2009

Lawatan Pasar Ramadhan Kelana Jaya


Bersama Dato Bandar Roslan Sakiman membuat lawatan di Pasar Ramadhan Kelana Jaya
Peniaga mengambil kesempatan berjumpa dengan Dato Bandar Petaling Jaya

Turut bersama MPP zon 22 dibawah pengerusinya Tuan Hj Muzamil

Selepas lawatan berbuka puasa di Hotel Hilton Pj bersama kakitangan dan ahli Majlis
yang terlibat dalam lawatan tersebut
- Banyak yang perlu diperbaiki untuk kesenangan peniaga dan keselesaan pembeli/pengunjung
Ramadhan tersebut
- Masih ada lagi peniaga yang tidak mengikut peraturan umpanya memakai apron dan topi yang
diberi oleh pihak MBPJ

Sekitar Gambar Permatang Pasir

SATU MALAYSIA DAH BENCI
Penat tak berbaloi

Kak terbalik keris tu ...macam mana nak menikam tu yang kalah

Dato Seri Anwar Ibrahim baru selesai membuang undi


Dah kalah apa lagi ...balik lah

Ini sudah mendatangkan kemarahan....

Dr Hatta Ramli dengan penuh semangat
gambar dari : perisikrakyat

Tambah Imej

Rabu, 26 Ogos 2009

Program PEKAWANIS sumbangan kepada ibu tunggal

Puan Sri Salbiah sedang menyampaikan ucapan berkenaan peranan kaum wanita terutama ibu tunggal


Sedang menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ibu tunggal



Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Rahim Nasir sangat menarik dan berkesan


Sumbangan ditaja oleh Permodalan Negeri Selangor (PNB)

Pagi tadi jam 10.30 pagi Yang Berbahgia Puan Sri Salbiah (isteri MB Selangor) menyampaikan ucapan sekaligus memberi sumbangan kepada ibu ibu tunggal di DUN Seri Setia...

Dalam program itu juga beliau menyatakan bahawa kerajaan Negeri Selangor PEKAWANIS akan mengadakan berbagai-bagai program untuk kaum wanita dinegeri Selangor umpamanya Laman Dapur dan sebagainya...
Turut sama dalam program ini ialah Yb Nik Nazmi (ADUN SERI SETIA) dan juga tazkirah disampaikan oleh Ust Rahim Nasir turut kelihatan juga Pn Azizan ketua Wanita Cabang Kelana Jaya serta MPP zon 24 turut hadir sama...

Kartika ...



Kartika Sari Dewi Shukarno ...
Satu nama yang tidak pernah kita kenali sebelum ini (pelik juga namanya) mencetuskan kontrovesi kepada rakyat Malaysia...

Dek kerana arak Kartika dikenakan hukuman sebatan sebanyak enam kali,cuba kita bayangkan betapa sakitnya apabila punggung kita disebat walau sekali pun inikan pula enam kali (masyaallah) dengan cara hukuman yang tidak mengikut ciri-ciri yang sepatutnya ...
Saya cukup tabit spring dengan kartika ini (bukan kerana minum arak) tetapi kerana keikhlasan beliau untuk menerima hukuman atas perbuatan yang telah dilakukannya,beliau redha atas kesilapan dan hasutan syaitan itu dan mungkin itulah balasan yang haras diterima dimuka bumi ini diakhirat wallahualam...
Bila kita lihat dan baca dimedia Kartika telah bersedia untuk dihukum dengan hati yang terbuka apabila pihak berwajib datang mengambilnya dirumah untuk dibawa ke Pahang...
Tetapi yang menjadi kemusykilannya bukanlah kerana hukuman ditangguhkan tetapi kerana ada pula pihak yang bersuara kononnya hukuman sebegini tidak sepatutnya dilakukan,minta buat rayuan,tidak berperi kemanusiaan dan akan ada macam-macam lagi ayat yang akan keluar dalam beberapa hari lagi...
Persoalannya kenapa orang lain yang terlebih dari tuan punya badan sedangkan tuan punya badan telah redha atas apa yang dijatuhkan hukumannya ada yang terlebih pandai di Malaysia ini itu masalahnya terutama bab hukum hakam agama...

Isnin, 24 Ogos 2009

Punca Anak-Anak Menderhaka

1. Kecenderungan anak itu sendiri yang tidak mahu menghormati danberbakti kepada ibu bapanya. Dirinya dipenuhi dengan sifat-sifat kejiyang sentiasa mendorongnya untuk menderhaka kepada ibu bapanya.

2. Faktor keturunan juga mempengaruhi sifat seorang anak untukmenderhaka kepada Ibu bapanya. Anak yang dilahirkan oleh ibu bapa yangsuka menderhaka kepada ibu bapanya dahulu juga bertanggungjawabmewariskan sifat suka menderhaka itu tadi kepada anak yangdilahirkannya.

3. Pengaruh pangkat kebesaran dan harta kekayaan antara punca mengapaanak itu sanggup menderhaka kepada ibu bapanya. Anak yang begini akanmudah menutupkan tanggungjawabnya kepada mereka sebaliknya ia sentiasasibuk dengan urusan pekerjaan, sahabat handai dan mengumpul hartasehingga tiada masa untuk melawat kedua orang tuanya.

4. Pengaruh isteri yang rupawan. Segala kata-kata yang di ucapkan olehiserinya yang menabur fitnah terhadap ibu bapanya terus di terima tanpausul periksa. Ia lantas menjadi berang dan terus memaki hamun mereka.

5. Mementingkan diri sendiri. Baginya jika berbakti pada keduanyaditakuti akan ditimpa kesusahan dan kemiskinan. Jika sering menziarahikeduanya bimbang pula masanya akan terbuang, mengganggu urusan pekerjaandan mengurangi masa untuk bersuka ria bersama rakan-rakan.

6. Anak yang kurang mendapat didikan agama, bersahabat denganrakan-rakan yang suka membuat maksiat serta kecenderungan anak itusendiri yang suka kepada maksiat.

Wallahua'alam

Ahad, 23 Ogos 2009

Sebab ADUN Lunas keluar Parti ????

Akhirnya ADUN Lunas Mohd Radzi telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan mengistiharkan diri sebagai calon Bebas...

Saya teringat pesanan bapa saudara saya sebelum pilihanraya yang lepas...

Katanya cuba check nama Mohd Radzi yang khabarnya hendak bertanding disalah satu DUN di Negeri Kedah...

- saya cuba bertanya beliau "siapa dia ni,pak su kenalkah dia ni" katanya kalau PKR dapat halang dari dia bertanding lagi bagus...

- Ini dah semakin pelik dengan kata-kata beliau ini...

" Apa pasal pak su cakap macam tu" tanya saya

" Dia nii ada kes dengan POS Malaysia masa pak su kerja dulu (Pegawai Penyiasat POS Malaysia) kes dia ni tak selesai lagi dan ada cubaan dia ni cuba sembunyi diri ketika itu"katanya

Saya cuba bertanya lagi "Apa kes di nii "

" Kes songlap duit POS (wang Pos) masa dia bertugas di Pejabat Pos UUM kesnya pun tak habis lagi"kata Pak su saya

Menurutnya lagi "tolong bagi tahu kepimpinan parti jangan bagi dia bertanding nanti akan susahkan parti balik dan memalukan parti dia nii licik orangnya,make sure bagi tahu dia orang macam Azmin Ali ke mey kena bagi tahu cepat sebelum dia boleh bertanding" katanya...

Lalu saya mengadu kepada Yb Azmin Ali tentang perkara ini namun katanya dia akan lihat dan siasat tapi akhirnya Mohd Radzi bertanding juga bagi DUN Lunas...

Akhirnya saya terfikir balik apa yang dinyatakan oleh Pak su saya memang benar kini dan hari ini beliau mengistiharkan diri keluar parti ...

Saya berpandangan bahawa beliau keluar parti salah satu sebabnya ialah kes beliau yang masih belum selesai lagi hingga kini dan atas desakan dan ugutan ini beliau terpaksa mengambil keputusan segera untuk istiharkan diri sebagai calon bebas...

Kesilapan Kita sebagai Ibu Bapa

40 KESILAPAN IBU BAPA

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9) Kurang melahirkan kasih sayang
10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13) Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15) Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17) Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18) Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21) Tidak menggunakan bahasa yang betul
22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23) Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24) Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33) Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39) Tidak tegas mendidik anak-anak
40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama


Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali

Sabtu, 22 Ogos 2009

Berapa Kes Sebenar H1N1

Adakah jumlah sebenar kes H1N1 yang dinyatakan oleh kerajaan adalah jumlah yang sebenar benarnya ???????
Pada pandangan saya masih banyak lagi angka kematian akibat H1N1 yang disorok jumlahnya oleh kerajaan Malaysia...

Kenapa...Mengapa ...Apa relevannya jumlahnya disorokkan

Kes Pegawai Atasan SPRM Selangor

KEGIATAN RASUAH, SALAHLAKU DAN PENYELEWENGAN PEGAWAI ATASAN SPRM SELANGOR.

Dengan segala hormatnya, kami merujuk kepada perkara di atas.
Adalah dimaklumkan bahawa kami pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rasa terpanggil untuk mendedahkan tentang salahlaku dan amalan rasuah seorang Pegawai Atasan SPRM iaitu TIMBALAN PENGARAH (TP) SPRM Selangor yang bernama PKPj

I HISHAMUDDIN BIN HASHIM yang mana ianya adalah bersangkutan dengan kes TEOH BENG HOCK dan kes yang melibatkan pemilikan rumah banglo DATO’ SERI DR MOHAMAD KHIR BIN TOYO di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

2. Untuk pengetahuan Y. Bhg. Tan Sri / Dato / Tuan / Puan, TP sememangnya terlibat secara langsung dengan siasatan kes penyelewengan dana Kerajaan Negeri Selangor bagi peruntukan YB Ean (Adun Seri Kembangan). Penglibatan beliau bukan hanya untuk arahan rasmi sahaja, bahkan beliau juga memberikan arahan kepada pegawai bawahan untuk mencari sedaya mungkin tentang kesalahan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor sekarang. Beliau bertindak sedemikian adalah kerana beliau ada membuat pakatan dengan Khir Toyo untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor sekarang. Ekoran daripada tindakan beliau yang gelojoh, maka kematian Teoh Beng Hock telah terjadi. Timbul beberapa persoalan yang mencurigakan kepada kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia tentang macammana Teoh Beng Hock boleh mati. Kami semua mengesyaki TP yang bertanggungjawab dengan kematian Teoh Beng Hock berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:

i) TP telah memberikan arahan kepada semua pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam operasi itu, untuk tidak melibatkan beliau langsung dalam kes ini. Sebenarnya beliaulah yang memberikan semua arahan di dalam operasi ini dan juga operasi-operasi lain di SPRM Selangor. Sebenarnya beliau takut untuk dikaitkan kerana ini boleh merungkaikan komplot beliau dengan Khir Toyo.

ii) Pihak kimia telah menjumpai kesan cap jari dan DNA lelaki misteri pada sebelah depan di bahagian 2 sisi tali pinggang Teoh Beng Hock. Mengikut pada pengetahuan kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia, TP mempunyai teknik soalsiasat yang tersendiri iaitu beliau selalu menyoalsiasat seseorang dengan cara memegang di bahagian hadapan tali pinggang individu dan mengangkatnya beberapa kali serta menggoncangnya.

iii) Proses pengambilan DNA ke atas pegawai-pegawai SPRM Selangor telah dilakukan sebanyak 2 sesi. Pada sesi pertama pengambilan sampel DNA dibuat, TP telah bergegas melarikan diri untuk tidak memberikan sampel DNAnya. Walaubagaimanapun, TP dikatakan telah memberikan sampel DNAnya semasa sesi yang kedua tetapi keraguan yang timbul ialah TP telah memberikan sampel DNAnya di dalam bilik pejabatnya, sedangkan semua pegawai SPRM termasuk pengarah SPRM sendiri telah memberikan sampel DNA masing-masing di dalam bilik mesyuarat secara beramai-ramai. Kenapa TP memberikan sampel DNA secara tersembunyi? Adakah DNA yang diberi itu adalah DNA beliau? Kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia merasa pelik kerana tiada seorang pun sampel DNA yang berpadanan dengan DNA lelaki misteri? Kami mengesyorkan supaya ujian DNA terhadap TP mestilah dilakukan sekali lagi dengan disaksikan oleh orang-orang yang boleh dipercayai.

iv) Kami mendapat maklumat mengatakan bahawa TP telah mengarahkan pegawai bawahannya untuk mengelap / mengesat kesan cap cari pada tingkap yang dipercayai tempat Teoh jatuh. Ini terbukti apabila pihak polis tidak menjumpai apa-apa kesan cap jari baru atau lama pada tingkap tersebut. Persoalannya, kenapa TP mengarahkan untuk bertindak sedemikian?

v) Kami mengesyaki berdasarkan maklumat yang diperolehi bahawa TP tidak mengetuk kad perakam waktunya (punch-card) semasa beliau hendak balik daripada pejabat pada 16hb Julai 2009, jam 6.10 pagi. Ini penting kerana ia boleh membuktikan bahawa TP adalah orang yang terakhir melihat Teoh. Persoalannya, kenapa beliau tidak mengetuk kad perakamnya sedangkan beliau adalah seorang yang selalu mengetuk kadnya.. Untuk rekod, beliau adalah seorang yang teliti dengan kad perakamnya.

3. Untuk pengetahuan Y. Bhg. Tan Sri / Dato / Tuan / Puan, TP berkenaan adalah sangat berkuasa dalam menjalankan operasi siasatan di Sekitar Selangor, mahupun seluruh Malaysia. Di SPRM Selangor sahaja, beliau adalah orang yang paling penting untuk membuat keputusan samada sesuatu kes dituduh ataupun tidak walaupun kuasa tersebut sepatutnya dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP). Keputusan yang dibuat oleh beliau itu cenderung kepada kepentingan peribadi dan konco-konconya. Jadi tidak hairanlah jika beliau meneraju Unit Siasatan SPRM / BPR Selangor sejak belasan tahun lagi iaitu semenjak daripada kerajaan Negeri Selangor diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional (Khir Toyo) dan sehingga Kerajaan Negeri Selangor sekarang. Beliau telah dinaikkan pangkat dengan begitu cepat sekali iaitu daripada Gred 41 hingga Gred 54 dengan hanya memakan masa lebih kurang 16 tahun sahaja tanpa bertukar ke tempat lain dan kekal di SPRM Selangor sehingga sekarang. Jika diikutkan kepada dasar jabatan SPRM / BPR, setiap pegawai yang dinaikkan pangkat atau bertugas melebihi 5 tahun di suatu negeri, pegawai tersebut akan ditukarkan ke tempat lain bagi mengelakkan pegawai tersebut terjerumus dengan masalah rasuah setempat. Salah satu sebab beliau tidak ditukarkan ke mana-mana adalah kerana beliau ditugaskan untuk "menjaga" kepentingan Dato" Seri Dr Khir Toyo di Selangor. Oleh yang demikian, sebagai balasan, Khir Toyo juga perlu "menjaga" kepentingan beliau di Selangor.

4. Kesan daripada keadaan beliau yang selesa di BPR / SPRM Selangor dari dulu hingga sekarang, beliau telah terlibat dengan pelbagai perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Antara perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa TP yang dapat kami kesan / siasat adalah seperti berikut:

i) Menutup kes Khir Toyo berkenaan dengan keluluskan projek pembinaan jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hamper disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan ialah Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, iaitu tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang member keuntungan minimum RM20 juta.

ii) Memiliki aset yang melebihi emolumennya seperti:
a. Mempunyai beberapa buah rumah sewa yang mana salah satunya adalah Rumah Teres 2 tingkat (Mewah) yang dibeli dengan harga istimewa daripada Pemaju Kumpulan Lebar Daun Development Sdn Bhd, hasil daripada penutupan kes yang disiasat ke atas Group Executive Chairman, Dato' Noor Azman @ Noor Hizam bin Mohd Nurdin. Kes tersebut disiasat oleh BPR Selangor dalam beberapa tahun yang lepas serta beberapa buah rumah lagi yang beliau miliki. Untuk mengaburi mata awam dan pegawai-pegawai bawahan, beliau hanya tinggal di Kuarters Kerajaan di Kg. Atap, Kuala Lumpur.
b. Mempunyai sebuah stesen Minyak Petronas di sebelah kiri Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) KM 8.6 – KM 8.7, Seksyen 1, Lebuh Raya Persekutuan, Shah Alam, 40000 Selangor berdekatan dengan Bulatan Melati, yang menghala dari Shah Alam ke Klang, didaftarkan diatas nama abang beliau. Stesen minyak tersebut adalah baru beroperasi pada tahun ini (2009) yang mana ianya dibina di atas (sebahagian daripada) kawasan perkuburan cina. Beliau berjaya mendapat tapak bagi membina stesen minyak tersebut hasil daripada kuasa yang beliau ada dan juga daripada zaman pemerintahan Khir Toyo di Selangor.
c. Mempunyai beberapa bidang tanah di sekitar Shah Alam, yang mana salah satunya dipercayai di sebelah SACC Mall yang baru yang mana ianya didaftarkan di atas nama isteri kepada seorang pemandu di SPRM Selangor bernama Abdullah b Azim, seorang suri rumah sepenuh masa dan berumur lewat 30-an.

iii) Pernah ditangkap berkhalwat dengan Pegawai Bawahan berpangkat Penyiasat bernama Nor Azlina bt Mustafa di tepi Tasik Shah Alam pada awal tahun 2009 oleh 2 orang anggota polis, sebaliknya beliau menunjukkan kad kuasa beliau dan memaklumkan kepada anggota polis berkenaan bahawa beliau dan pegawai tersebut sedang menjalankan operasi dan mereka telah dilepaskan. Setelah beberapa siri ‘keintiman’ beliau bersama dengan Penyiasat tersebut telah diketahui oleh banyak pihak termasuklah isterinya sendiri. Tindakan yang diambil oleh Jabatan hanyalah menukarkan penyiasat tersebut ke SPRM Ibu Pejabat, Putrajaya. Tindakan ini tidaklah berkesan kerana Azlina masih lagi selalu bersama dengan TP di pejabat Selangor.

5. Tujuan Surat ini dibuat adalah untuk menegakkan keadilan dan mencegah penganiayaan khususnya di dalam SPRM dan amnya di Malaysia. Kami di SPRM sudah tidak tahan melihat kerenah beliau yang mendapat restu daripada pihak atasan seperti kata pepatah “beraja dimata, bersultan dihati”. Kami di SPRM sendiri sudah hilang punca untuk mencari jabatan / institusi / NGO yang boleh mengenegahkan isu ini agar tindakan yang sepatutnya dapat diambil.

6. Kami pegawai-pegawai SPRM amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak Y. Bhg. Dato’ / tuan / puan yang boleh mewar-warkan perkara ini kepada rakyat dan pihak yang bertanggungjawab agar ada satu organasasi / NGO yang boleh mengambil tindakan yang sepatutnya atau independent investigation sehingga perkara ini boleh dibawa ke kabinet. Perkara ini sangat penting kerana ia melibatkan integriti seorang pegawai yang berkhidmat di sebuah jabatan yang menguatkuasa undang-undang tentang kesalahan integriti manusia. TP sekarang cenderung dan berusaha sedaya upaya dengan mengerahkan pegawai bawahannya untuk mencari kesalahan PKR yang memerintah negeri Selangor sekarang dengan harapan PKR akan tumbang di Selangor dan rahsianya akan selamat. Untuk pengetahuan pihak Y. Bhg. Dato’ / tuan / puan juga, TP sekarang takut apabila berita tentang Dato’ Seri Khir Toyo telah keluar di media dan beliau amat takut jika kes tersebut akan membongkarkan tentang kesnya.

7.. Harapan kami adalah, ada pihak yang berani menyuarakan maklumat kami agar tindakan kami ini mendapat perhatian daripada pihak yang berwibawa dan tindakan yang adil dapat dikenakan kepada beliau dan dihadapkan ke muka pengadilan. Kami sendiri sudah tidak mampu untuk mengambil tindakan ke atas beliau kerana beliau mempunyai “cable” dengan pihak atasan.

8. Kerjasama daripada pihak Y. Bhg. Tan Sri / Dato’ / tuan / puan amatlah dihargai dan diharapkan daripada tindakan Y. Bhg. Tan Sri / Dato’ / tuan / puan ini, banyak lagi maklumat-maklumat yang boleh membongkarkan manusia-manusia yang tidak berintegriti disalurkan agar SPRM dan pegawai-pegawainya bersih daripada rasuah.

Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK SPRM/NEGARA YANG DICINTAI"
Kami yang menurut perintah,PEGAWAI-PEGAWAI SPRM MALAYSIA

Pelajar UNISEL inginkan perubahan (REFORMASI)




Kenyataan Penuh Bekas Rakan Kongsi Calon BN Permatang Pasir




Ini kenyataan penuh bekas rakan kongsi calon BN20 Aug 2009 12:35PM
Kenyataan penuh yang dibaca oleh Yusri Isahak dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini

PADA tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tersebut.Saya dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli.
Setelah semua dipersetujui saya telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut. Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi.
Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman. Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi.
Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.
Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.
Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.
Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.
Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.
Seyugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?
Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.
Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat.
Apakah dakwaaan Ahmad Masalam ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!
Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Penyerahan Kurma dan Makan buah tempatan di MBPJ

Pengarah Akauntan menerima buah kurma dari Dato Bandar Petaling Jaya


Kakitangan sedang menanti agihan buah kurma dari Dato Bandar Petaling Jaya


Macam-macam buah-buahan ada ...


Bersama Dato bandar Petaling Jaya menikmati buah-buahan tempatan

Petang tadi selepas solat jumaat telah diadakan penyerahan buah kurma untuk kesemua kakitangan MBPJ semperna menyambut Ramadhan dan juga majlis makan buah-buahan tempatan semperna dengan kejayaan pihak majlis mendapat sijil ISO dan juga memenangi pertandingan kawad Piala Menteri Besar Selangor...

Tazkirah Ramadhan Bersama Ust Badrul Amin









Pagi tadi jam 10.15am telah berlangsung tazkirah Ramadhan oleh Ust Badrul Amin bin Baharom di dewan banquet MBPJ...

Kutemui Ramadhan lagi







Insyallah esok kita temui ramadhan tahun ini...

Jika esok Ramadhan kita temui alhamdulillah...

Kita telah melalui bulan rejab,syaban dan insyaallah ramadhan,apakah telah terlaksana amalan kita sedari ramadhan yang dahulu atau rejab yang terkini atau syaban terkini atau ramadhan yang ini...

Atau kita membiarkannya berlalu pergi begitu sahaja...
Semoga ramadhan kali ini akan lebih ibadah kita dan lebih lagi menginsafi kekurangan kita...