Selasa, 5 Oktober 2010

Pemilihan Pimpinan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Kelana Jaya

Jawatankuasa membuat persiapan sejak dari awal pagi lagi
Semasa proses pembuangan undi memilih pimpinan (mcm p/raya umum)
Dikawal oleh Pasukan RELA
Menunggu giliran untuk membuang undi
Kaunter semakan pengundi dan pondok panas
Sdr Rafizi Ramli tiba untuk merasmikan mesyuarat AMK Kelana Jaya
Ucapan terakhir saya selaku Ketua AMK Kelana Jaya
Mesyuarat Agung AMK Kelana Jaya bermula
Mesyuarat Agung Cabang Kelana Jaya
Ucapan Perasmian oleh Tuan Syed Shahir selaku Tim MPN Selangor
Saf kepimpinan yang baru
Bersama seluruh jawatankuasa
Rakan-rakan AMK Kelana Jaya
Tanggal 02/10 yang lalu PKR Cabang Kelana Jaya telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang bagi tahun 2010 ini...

Mesyuarat Agung kali ini amat berbeza dari tahun-tahun sebelum ini dimana kesemua 205 cabang PKR di seluruh negeri perlu mengadakan pemilihan antaranya Pengerusi Tetap,Timbalan Pengerusi Tetap, Ketua Cabang,Timbalan Cabang,Naib Ketua serta Jawatankuasa dan juga pemeriksa kira-kira begitu juga peringkat AMK dan Wanita...

Pemilihan kali ini melibatkan dua penjuru antara Ketua Cabang,Timbalannya serta Naib dan juga jawatankuasa yang lain pula...

Bagi AMK Kelana Jaya pula saya melepaskan jawatan saya yang telah saya sandang hampir tujuh tahun lamanya dulu kepada Sdr Azman Yusof bagi menerajuinya begitu juga dengan wanita yang diterajui oleh Puan Aisyah selaku Ketua Wanita PKR Cabang Kelana Jaya yang dilepaskan oleh Puan Azizan mantan ketua wanita ...

Alhamdulillah 95% pasukan yang diketuai oleh Tuan Syed Shahir telah memenangi pemilihan kali ini yang boleh dikatakan sengit sekali...

Apa pun tahniah diucapkan kepada yang menang janganlah dianggap bahawa kemenangan ini adalah masanya untuk mendabik dada manakala yang kalah terus menuding jari menyalahkan antara satu sama lain sama-samalah kita bergabung kembali bagi memastikan kemenangan ini akan kekal di Parlimen Kelana Jaya dan DUN Seri Setia malahan insyallah kita ke Putra Jaya pula...

Aidilfitri Di Zon 24

Jamuan Aidilfitri di Kondo Aman Pjs 10


Jamuan Aidilfitri di Kg Lindungan



Rumah Terbuka Blok 1 Desa Mentari


Jumaat, 1 Oktober 2010

Perasmian Pecah Tanah Tadika Rakyat Di Pjs 6 Kg Lindungan






Pada 24/10 yang lalu telah diadakan Perasmian Pecah Tanah Tadika Rakyat di Pjs 6 Kg Lindungan ...

Perasmian pecah tanah ini telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Abd Khalid Ibrahim selepas sahaja beliau menghadiri rumah terbuka Aidilfitri MBPJ...

Tadika Rakyat ini akan dibina secepat yang mungkin bagi membantu penduduk-penduduk DUN Seri Setia dan kawasan sekitarnya yang masih lagi berpendapatan rendah...

Tadika Rakyat ini mempunyai lapan bilik darjah yang dipisahkan empat darjah bagi aliran bahasa malaysia manakala empat lagi didalam aliran bahasa tamil...

Anggaran kos pembinaan tadika rakyat ini menelan belanja hampir rm 500,000 ribu yang pihak DUN terpaksa mencari sebanyak Rm 150,000 bagi mencukupi Rm 500,000 yang diberi oleh kerajaan Negeri Selangor...

Insyaallah dengan ujudnya tadika rakyat ini akan meringankan bebanan penduduk setempat untuk menghantar anak-anak ke tadika tersebut...

Khamis, 30 September 2010

Rumah Terbuka MBPJ







Pada hari jumaat yang lepas pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah mengadakan jamuan rumah terbuka hari raya di Stadium Kelana Jaya pada jumaat 24/10 yang lalu...

Seperti kebiasaannya sememangnya sambutan kehadiran yang mengunjungi rumah terbuka ini memang ramai tidak kira apa golongan agama bangsa pun hadir ...

Tahun ini majlis rumah terbuka ini diadakan seprti juga tahun-tahun yang lalu iaitu di Stadium MBPJ Kelana Jaya...

Antara tetamu VVIP yang hadir adalah Tan Sri Menteri Besar Selangor serta Exco Negeri Dato Hassan Ali ...

Sidang Akhbar Calon-calon Exco AMK Pusat (Generasi Reformasi)



Sidang akhbar yang diadakan di Hotel Media Tropicana pada 01/09/2010
Kami dari "GENERASI REFORMASI" menawarkan diri untuk berkhidmat dalam organisasi AMK Pusat....
Kami berharap agar kami diberi peluang untuk mengharungi cabaran ini baru menjadikan ianya satu "HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA'....

Rabu, 29 September 2010

Bersama Calon Exco AMK Pusat



Antara gambar-gambar sewaktu kami ke Kg Gajah dan juga di Debat Calon Ketua Amk pusat di Taiping Perak...