Seminggu dua ini Dato Seri Anwar Ibrahim dihujani dengan puluru dan meriam mortar kepada beliau berkenaan isu " Anwar Pengkhianat Melayu"...
Bicara inilah yang akan dimomokkan untuk menjadi modal bagi Pilihanraya K ecil dan juga Pilihanraya ke 13 yang makin hampir...
Digembar gemburkan dalam media cetak dan elektronik bahawa DSAI inilah pengkhianat melayu,lalu yang tak tahu apa-apa mula mempercayainya,tetapi berbeza pula yang mengetahuinya makin bencilah mereka kepada makhluk-makhluk allah yang menghina ini...
Kita cuba renung dan fikirkan sejenak siapa yang hendak menjadi pengkhianat melayu :
1) siapa anak melayu yang menghapuskan kuasa raja-raja melayu...
2) siapa anak melayu katanya nak membantu melayu akhirnya ia yang mengkayakan hanya golongan melayu tertentu manakala melayu yang lain dibiarkan sahaja...
3) siapa anak melayu yang menghapuskan PPSMI pada awalnya kini tarik semula itu pun dua tahun akan datang...
4) siapa anak melayu yang menafikan hak rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak...
5) siapa anak melayu yang memecat Dato Ishak baharum dalam kes ratu cantik melayu...
dan banyak lagi yang perlu kita renung dan fikirkan ...ingat kata laksamana Hang Tuah -Takkan Melayu Hilang Di dunia - cuma melayu yang sering lupa dunia...
Selasa, 11 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan