Kelihatan dua gambar yang berbeza maksud dan maknanya ...
- Gambar Pm Najib beriaya-iaya benar menjiwai adat kebudayaan kaum India demi mencapai matlamatnya SATU MALAYSIA,sewaktu beliau berjumpa dengan kaum India di Brickfield beberapa bulan yang lalu...
- Gambar yang satu lagi terpaksa di letak lambang keris UMNO sebab tak sanggup hendak melihat kepala lembu yang diusung oleh puak-puak ini (kesian lembu nasib baik tak boleh bercakap)...
Apa dah jadi dengan UMNO niii ...
Pagi tadi saya menghadiri kuliah subuh di Masjid Kg Melayu Subang,alhamdulillah ust tersebut (dah lupa namanya-gayanya macam ust Ismail Kamus) ada menceritakan serba sedikit tentang perihal kuil dan agama-agama lain...
Dalam kuliahnya ia menyatakan bahawa islam adalah agama yang menghormati agama yang lain darinya dan rasullah sendiri menghormati agama lain/kaum lain hatta perihal kepercayaan serta anutan mereka...
Katanya lagi kes seperti di Shah Alam ini adalah contoh yang amat buruk bangsa agama kita terhadap agama lain untuk pembinaan kuil walaupun katanya terdapat rungutan penduduk bahawa penganut agama hindu kurang disitu tetapi atas dasar menghormati agama lain tidak ada salahnya jika dibuat disitu dan kita sedia maklum mereka tidak menggunakan duit kita pun malahan mereka meminta keizinan lagi tanda hormatnya mereka kepada kita...
Memang kita tahu islam agama rasmi sudah berapa banyak masjid yang dibina tetapi masjid pula lebih banyak kipas dari orang...
Satu soalan dari ustaz itu...
Adakah orang islam yang bising itu adalah sebahagiannya penduduk situ yang sering dan kerap mukanya dilihat di masjid/ surau berdekatan yang sering mengimarahkan rumah allah ?
Tambahan pula satu lagi tindakan yang memalukan agama bangsa kita kenapa sampai hendak diseret kepala lembu yang pada kepercayaan kaum hindu ianya satu penghormatan yang tinggi terhadap lembu,islam tidak pernah diajar menghina sebegini ,kata ustaz tersebut...
Memanglah cadangan tersebut datangnya dari pihak kerajaan Barisan Nasional dahulu dan telah dipersetujui dalam minitnya kini kerajaan baru terpaksa melaksanakannya pula...
Sebagaimana dalam ayat 108 dari Surah al-An’aam.
Firman Allah bermaksud, “Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudia, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan