Nampaknya penambahan kes kematian penyakit H1N1 telah menghampiri 40 orang,namun apa tindakan yang dibuat oleh Kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan...
Berbagai rungutan yang kita dengar dari ibu bapa penjaga serta guru-guru yang meminta agar sekolah-sekolah cuti persekolahan ditutup lebih awal dari sepatutnya,memandangkan kebanyakkannya terdiri dari kalangan murid-murid sekolah yang begitu terdedah dengan wabak H1N1 ini ...
Namun begitu apakah pihak Kementerian atau Kerajaan sendiri yang tidak peka dengan rungutan ini atau masih ingin menanti angka kematian mencecah 50orang atau hendak menanti cuti sekolah bermula tepat pada masa dan waktunya...
Inilah yang meresahkan ibubapa,begitu juga dengan saya yang bergelar bapa,memanglah kalau dirumah anak-anak ini dipesan berulang kali agar memakai penutup mulut (mask) tetap bila disekolah siapa yang akan memesan atau memantaunya ini yang semakin menjadi keresahan kita...
Namun kita masih mengharap dan berharap sekali lagi agar pihak kerajaan segera menutup sekolah-sekolah bagi mempercepatkan cuti persekolahan penggal ini...
Rabu, 12 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan