Rabu, 12 Ogos 2009

Ziarah sahabat lama






Semalam saya bersama Yb Nik Nazmi sempat kami meluangkan masa bagi menziarahi dan menghulurkan sumbangan sedikit bagi sahabat lama yang saya kenali semasa kecil lagi iaitu sdr Khairuddin Ariffin ...

Beliau telah diserang penyakit strok beberapa bulan yang lalu dan isterinya ada bertemu saya memohon bantuan dari pihak MBPJ saya pun agak terkejut bila mendengar berita ini...

Kalau diiukut pemahaman politik memanglah beliau ini seorang penentang kuat terhadap Pakatan Rakyat dan bagi beliau ketika itu (masa Sihat) dulu semua yang dibuat oleh Pakatan Rakyat adalah menipu dan pendek kata kalau dicincang darah sekali pun tetap sokong UMNO,tetapi kami merasakan sifat kemanusiaan,persahabatan dan sebagai pemimpin kami harus mengunjunginya...

Alhamdulillah beliau dan keluarga menyambut kami dengan rasa gembira dan tidak menyangka atas kunjungan kami ini...

Tiada ulasan: