Ahad, 16 Ogos 2009

Skim Mesra Usia Emas




Semalam di pejabat saya telah diadakan penyampaian skim mesra usia emas anjuran Kerajaan Negeri Selangor dan Rangkaian emas,program ini telah dihadiri bersama Yb Rodziah,Yb Nik Nazmi dan juga Pegawai Daerah Petaling (DO) Dato Zulkifli serta beberapa orang yang menerimanya...

Sebenarnya dari apa yang saya lihat masih banyak lagi terutama orang melayu/bumiputera yang masih lagi tidak peka atau ramai yang memohon mengisi borang ini,begitu juga dikawasan saya kebanyakkannya permohonan yang banyak adalah dari kaum cina sendiri...
Kalau di pejabat saya yang sering mengisi borang ini adalah warga emas yang berbangsa cina sendiri yang hadir,yang hebatnya mereka kemudiannya mewar warkan kepada rakan-rakan mereka begitu juga sebaliknya yang mereka lakukan kepada rakan-rakan yang lain...

Saya ada menyatakan bahawa kemungkinan publisiti dari pihak kerajaan negeri sendiri dan juga pihak penyelaras yang membuatkan skim ini kurang diketahui oleh masyarakat atau rakyat negeri Selangor ...

Tiada ulasan: