Isnin, 10 Ogos 2009

Kunjungan pelajar UITM Melaka




Petang sabtu selepas program gotong royong masjid saya terus bergegas balik ke pejabat terlupa pula ada temujanji dengan pelajar-pelajar Uitm Melaka ingin berjumpa dan menemubual saya untuk kajian mereka...

Dalam temubual mereka banyak berkisar tentang tugasan ahli majlis MBPJ katanya cuma tiga orang sahaja yang dipilih untuk ditemubual ...

Selain dari itu mereka ada bertanya apa peranan ahli majlis kepada penduduk,peranan ketua-ketua jabatan dan juga peranan kerajaan negeri yang baru ini (katanya),mereka agak terkejut juga banyak perkara yang mereka tidak sangka dan tidak mengetahui telah saya ceritakan kepada mereka dan nampaknya mereka berfikiran terbuka untuk mendengarnya dan mengetahuinya...

Yang paling penting mereka mendapat satu ilmu atau perkara baru yang mungkin boleh mereka ceritakan kepada rakan-rakan mereka atau pun pensyarah mereka tentang apa yang kami sebagai ahli majlis atau pun kerajaan Pakatan Rakyat buat untuk rakyat selama ini...

Gotong Royong Masjid Al Husna (Bdr Sunway)







Sebelum itu mohon maaf kepada pengunjung yang mana saya tidak dapat mengemaskini blog kerana ada pemasalahan laptop ini...(now dah ok)

Sabtu (08/08) yang lalu saya bersama kariah Masjid Al Husna dibawah kawasan zon saya menjayakan gotong royong masjid semperna bulan Ramadhan yang akan tiba...

Turut sama dalam program tersebut dan merasmikannya adalah Yb Nik Nazmi Adun Seri Setia berserta dengan kehadiran Ketua Cabang PKR Kelana Jaya Tuan Syed Shahir berserta rakan-rakan dari Cabang Kelana Jaya...

Gotong Royong tersebut diadakan dari jam 8pagi hinggalah jam 4petang menurut kata jawatankuasa Masjid Mejar Sidek inilah pertama kali ianya dibuat semenjak pertukaran pengurusan jawatankuasa yang baru...

Tahniah saya ucapkan kepada pihak masjid dan seluruh jawatankuasa yang terlibat begitu juga dengan kelengkapan yang disediakan oleh pihak MBPJ dan juga Alam Flora...

Sabtu, 8 Ogos 2009

Operasi Penguatkuasa bersama Imigresen
















Gambar sekitar serbuan yang melibatkan rumah urut dan pub yang pekerjanya tiada passport disekitar P.Jaya

Jumaat, 7 Ogos 2009

Undian ISA ZALIM..Hasil Kajian KDN

Majoriti pengunjung laman web berita Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggesa akta ISA dimansuhkan kerana ia disifatkan sebagai kejam...

Daripada 522 responden, setakat ini, 481 atau 92 peratus mahu Akta Kementerian Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, sementara hanya 36 responden bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk menyemak akta kontroversi itu. Undian yang bermula hampir jam 9 malam tadi memuatkan lima soalan, masing-masing dengan tiga pilihan jawapan, bermula dengan "pada pandangan anda, ISA adalah..."...

Semakan Malaysiakini mendapati 597 responden atau 88 peratus menganggapnya "kejam", manakala 51 responden atau 9 peratus menyifatkan akta itu sebagai "undang-undang pencegahan" daripada kegiatan mengancam keselamatan negara.Majoriti responden, kira-kira 89 peratus daripada 621 responden, yang menentang akta itu menyatakan mereka "faham dan tahu sepenuhnya mengenai ISA", 51 responden menjawab "saya keliru" dan selebihnya memilih "saya tidak tahu dan tidak faham...

"Mereka, 599 responden atau 89 peratus, juga mengetahui isu ISA melalui bahan bacaan dan hanya 51 responden "tangkap muat" berhubung isu tersebut, sementara 22 lagi melalui "cakap-cakap" pihak lain. Ditanya soalan Amerika Syarikat dan Britain mempunyai akta menentang keganasan masing-masing yang "dirujuk daripada pelaksanaan ISA di Malaysia", 324 responden atau 48 peratus menyatakan mereka mengetahui perkara itu. Manakala 328 responden lagi atau 49 peratus menjawab soalan itu "tidak memberi apa-apa makna kepada mereka", selebihnya memilih jawapan "saya tidak tahu...

"Berdasarkan undian topik-topik yang lepas, tempoh tinjauan di potal berita KDN itu dijalankan selama seminggu.
NONE

ISA - BN Khianati Janji Tun Razak




Perbahasan tentang wajar atau tidak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan makin hangat disiarkan media...

Di satu pihak, ISA adalah akta zalim yang ketinggalan zaman dan sepatutnya dicampakkan ke dalam bakul sejarah. Malah Menteri Penerangan, Dato' Seri Rais Yatim dalam thesis kedoktorannya berhubung undang-undang drakonian di Malaysia menyatakan sentimen yang sama. Jika pendiriannya terhadap ISA kini berubah dan tidak selari dengan pandangannya dalam thesis Phd itu, jelas beliau tidak amanah terhadap ilmu...

Di satu pihak lain, ISA nampaknya mahu terus dikekalkan. Alasannya mudah, ISA bagi mereka adalah undang-undang berbentuk preventif (mencegah) yang kononnya masih perlu untuk keamanan dan keharmonian negara. Selepas lebih 50 tahun merdeka, rupa-rupanya sebahagian rakyat negara ini masih mentah pemikirannya sehingga gemar mengungkit dan mengapi-apikan sentimen perkauman (seperti yang menjadi amalan beberapa pemimpin ultra Melayu dan penulis ultra Melayu di akhbar ultra Melayu - Utusan Melaysia). Oleh itu ISA perlu bagi mendisiplinkan golongan ini...

Apa yang menghairankan, tidak ramai atau mungkin tidak ada langsung individu ultra Melayu yang ditahan di bawah ISA walaupun isu-isu yang dibangkitkan mereka begitu prejudis, melampau dan dusta. Lihat sahajalah isu azan Subuh yang memangsakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok...

Teresa ditahan di bawah ISA kerana tulisan berunsur menghasut, provokatif dan bohong seorang penulis pelampau Melayu di sebuah akhbar ultra Melayu. Ironinya penulis itu tidak langsung ditahan di bawah ISA malahan masih terus menulis dengan gaya dan bentuk rasis yang sama walaupun kini berhadapan dengan tuntutan mahkamah berjumlah RM30 juta!
Soalnya kini, wajar atau tidak ISA dihapuskan. Bagi menjawab persoalan ini baik rasanya kita meninjau kembali sebab dan punca sebenar ISA diperkenalkan hampir 50 tahun lalu...

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Tun Abdul Razak Husain ketika membentangkan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri di Dewan Rakyat pada 21 Jun 1960 beberapa kali menegaskan bahawa tujuan utama Akta itu digubal adalah untuk memerangi pengganas komunis...

Abdul Razak menegaskan:
"... Kerajaan bercadang hendak menamatkan darurat yang ada pada ketika sesudah 12 setengah tahun lama-nya iaitu akan tamat pada 31 hb Julai (1960). Oleh itu mustahaklah diadakan Rang Undang-undang termasuklah Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Bill.
"Seperti yang telah diterangkan, kerap kali bahawa sungguhpun Darurat akan tamat pada 31 hb. Julai ini, tetapi musuh iaitu pengganas komunis masih lagi ada di negeri kita di antara sempadan Tanah Melayu. ..

"Sudah saya terangkan tadi lebih kurang 580 orang lagi pengganas komunis di sempadan Tanah Melayu dan barangkali 90 orang lagi ada dalam negeri Tanah Melayu. Jadi, mustahak-lah kita mengadakan satu undang-undang supaya dapat Kerajaan meneruskan serangan terhadap pengganas-pengganas komunis ini supaya dapat dihapuskan dengan seberapa segera..."
Bagi Tun Razak dan Kerajaan Perikatan pada waktu itu, ISA amat penting bagi membanteras gerakan subversif kamunis yang "hendak menjatuhkan Kerajaan negeri ini dan hendak merosakkan keamanan"...

ISA bagi Tun Razak digubal untuk:

1. Hendak menjalankan peperangan di sempadan antara Tanah Melayu dengan Siam (Thailand) supaya pengganas komunis akan dihapuskan dengan segera.
2. Hendak mencegah anasir-anasir pengganas komunis yang ada dalam negeri ini yang menjalankan pekerjaan dengan cara meresap atau subversif.
Bagi Tun Razak, "kuasa-kuasa yang banyak sedikit" perlu diberikan kepada pihak Kerajaan, tentera dan polis bagi menjalankan tugas melawan pengganas komunis di sempadan Siam melalui peperangan...

Bagaimanapun kuasa yang diberikan itu (terutamanya kepada pihak tentera) hanya boleh digunakan dalam kawasan-kawasan yang tertentu yang telah diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan (security areas) antaranya di kawasan-kawasan sebelah utara negeri Perlis, timur Kedah, utara Perak, dan barat Kelantan...

Dalam aspek mencegah anasir-anasir subversif komunis yang ada dalam Tanah Melayu pada ketika itu, Tun Razak menjelaskan secara terperinci Fasal 8 ISA berkenaan kuasa menahan orang yang difikirkan merbahaya kapada keselamatan negara...

Menurut beliau: "Saya suka terangkan di sini Kerajaan tidak suka hendak memberi perintah supaya seseorang itu ditahan. Akan tetapi oleh sebab difikirkan kadang-kadang mustahak kerana keselamatan negeri, maka terpaksa di-gunakan kuasa ini. Dan apabila seseorang itu telah ditahan, Kerajaan berusaha supaya mereka itu dapat dilepaskan dengan seberapa segera.
Secara jelas Tun Razak memberi jaminan bahawa ISA hanya akan digunakan Kerajaan untuk membanteras penularan anasir subversif komunis dan mereka yang ditahan di bawah akta ini akan 'dibebaskan secepat mungkin'...

Malangnya selepas hampir 50 tahun ISA digubal dan Parti Komunis Malaya (PKM) telah meletakkan senjata dan seterusnya dibubarkan, ISA diperalatkan kerajaan BN untuk menahan aktivis politik yang mengancam keselamatan BN...

ISA juga digunakan secara meluas untuk menahan individu-individu 'bukan komunis' yang disifatkan sebagai mengancam keselamatan negara (termasuk dalam mendokong kempen 'memerangi keganasan' Amerika Syarikat), walaupun ia bertentangan dengan tujuan dan matlamat sebenar penggubalan ISA...

Bagi para pendokong ISA, ingatan Tun Razak ini wajar diberikan perhatian serius:
"Dan saya boleh memberi akuan kapada Dewan ini bahawa kuasa-kuasa yang akan diberi kapada Kerajaan akan digunakan dengan cermatnya dan dengan semata-mata memikirkan kepada kepentingan dan keselamatan negeri." ..FIKIRKANLAH

Khamis, 6 Ogos 2009

GERAK @ SPRM











Antara GERAK dengan SPRM mana lebih berkuasa...

Sejarah GERAK (Gerakan Anti Korupsi) telah kita ketahui ianya ditubuhkan oleh Ezam Md Nor semasa beliau masih lagi dalam Parti Keadilan Rakyat,ketika itu beliau begitu banyak mendedahkan atau melapurkan segala penyelewengan pimpinan kerajaan tidak kira parti politik atau pun bukan politik kini beliau telah menjadi ahli UMNO dan telah menyerahkan tampuk kepimpinannya kepada Mohd Nazree yang menjadi pengerusi GERAK...
Manakala SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah diperbahrui namanya,kalau dulu dikenali dengan nama BPR (Badan Pencegah Rasuah),setelah di persetujui di Parlimen,pada dasarnya nampak hebat dan digeruni...
Tetapi kini kalau diamati nampaknya GERAK yang lebih gerak dari SPRM,GERAK yang lebih pacuannya dari SPRM dan yang lebih hebatnya segala laporan yang melibatkan wakil rakyat (YB) Pakatan Rakyat segera diambil tindakan...
Cuba kita bayangkan dan fikirkan pada ketika zaman Ezam Md Nor dahulu kenapa banyak aduan tidak diindahkan malahan tidak dilayan langsung,tetapi amat berbeza sekali selepas Pakatan Rakyat memerintah banyak aduan yang terus diambil dan disiasat,dari kes LEMBU hinggalah kes MANUSIA terbunuh/dibunuh...
SPRM cuba jadi kuda tunggangan kerajaan BN dan juga GERAK semata-mata ingin menghasut dan memesong dan juga menakut-nakutkan fikiran rakyat Malaysia,kita tahu banyak kes-kes yang lebih besar seperti MRR 2,kes Khir Toyo-rumah berpuluh juta & jam beratus ribu ditambah pula kes Balkis,kes Stadium Terengganu dan yang lain-lain lagi melibatkan pimpinan BN tidak langsung ada jawapan hasil dari siasatannya...
Siasat dah siasat mana hasilnya mana jawapannya mana kesnya bongkarkanlah,mana perginya GERAK kenapa tak DESAK...
Kadang-kadang kita lebih pantas melapurkan kes-kes yang melibatkan pemimpin BN dari GERAK walaupun kununnya NGO yang hendak mempertahankan Anti Korupsi...







9 Mimpi Rasullah S A W

Subject: Antara 9 mimpi Nabi Muhammad SAW

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW 'Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........'

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah dis ed iakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku s ed ang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskan nya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang s ed ang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambi l ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, s ed angkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkan nya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHI MNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis- nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: 'SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT'

SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor)




SYABAS sesuatu nama dan makna yang indah kalau disebut dihujung lidah...

Tetapi apakan daya hanya indah sebut dari nyata...

Saya baru didatangi oleh Pengerusi JMB Pangsapuri Kayangan En Michael /Lim yang juga Jawatankuasa MPP Zon 24 yang menceritakan pemasalahan bekalan air di Pangsapuri Kayangan...

Masalah beliau dan juga penduduk ini telah hampir 4- 5 bulan tetapi masih belum diselesaikan oleh pihak pemaju (Farlim) dan juga SYABAS,alkisahnya pihak pemaju dahulu ada menyatakan bahawa segala hutang tertunggak bil air umpamanya telah diselesaikan oleh pihak pemaju kerana terdapat Rm 50k untuk deposit air jika berlaku pemasalahan ke atas penduduk...

Pada bulan yang lepas beliau dan beberapa ahli jawatankuasa JMB beserta wakil pemaju (FARLIM) dan juga wakil dari SYABAS telah hadir bermesyuarat yang dipengerusikan oleh Yb Iskandar Samad selaku Exco Perumahan Pengurusan Bangunan dan Setinggan di bangunan Kerajaan Negeri...

Dalam mesyuarat tersebut beliau meminta agar pihak FARLIM membayar semula hutang kepada pihak SYABAS dan sekaligus beliau meminta agar pihak SYABAS menuntut hutang terus kepada pihak pemaju,tetapi hingga kini kedua dua pihak tidak memperdulikan segala arahan beliau selaku Exco Kerajaan Negeri dan akhirnya pemasalahan ini di tanggung oleh pihak penduduk sendiri sehingga kini...
Saya masih ingat lagi semasa pihak Yb ADUN Seri Setia Nik Nazmi mengadakan mesyuarat tiga bulan yang lalu bagi menyelesaikan masalah tersebut bersama penduduk dan dijemput bersama pihak SYABAS serta pemaju (FARLIM) untuk hadir tetapi setelah kami menunggu hampir 2 jam kedua-duanya tidak langsung hadir dan memohon maaf atau menghubungi kami atas ketidak hadiran tersebut,ini menimbulkan tiada persefahaman antara mereka...
Selain dari itu kita juga tahu sejarah SYABAS ini sejak dari pemerintahan kerajaan baru ini pihak SYABAS banyak menimbulkan pemasalahan dan seolah olah tidak mahu jalan penyelesaian terhadap segala pemasalahan bukan sahaja pada kerajaan negeri Selangor sahaja malahan rakyat Negeri Selangor sendiri...
Sampai bila begini...

Selasa, 4 Ogos 2009

Keluhan oh keluhan




Sejak dua tiga hari ini kita di momok momokkan dengan kisah di media eletronik dan cetak tentang keluhan peniaga peniaga kononnya mengalami kerugian yang berlipat kali ganda kerana perhimpunan Anti ISA...

Keluhan peniaga ini ditemuramah dari gedung yang besar seperti MYDIN hinggalah ke gerai yang sekecil kecilnya...

Kononnya mereka tidak dapat langsung berniaga dari pagi lagi hingga ke petang malahan tak ada langsung yang menyokong walaupun ramai peserta demonstrasi hadir di sebuah restoran umpamanya untuk beli air atau singgah makan beramai-ramai...

Yang menjadi persoalannya bukanlah kerana demonstrasi ini kedai-kedai ditutup tetapi adalah kerana permohonan yang dipohon tidak pernah diberi kelulusan kepada penganjur perhimpunan tersebut...
Anda cuba bayangkan jika pihak polis memberi kelulusan untuk peserta mengadakan perhimpunan dan juga menjaga keselamatan peserta himpunan ini serta menjaga jalanraya dan sebagainya lagi sudah pasti tidak jadi sebegini...

Kita ambil contoh di negara Indonesia kita boleh lihat demonstrasinya begitu aman (walaupun tak semua) tetapi pihak polis dapat mengawalnya serta memberi kerjasama kepada orang yang datang,ini dapat saya sendiri melihatnya semasa kunjungan saya disana beberapa bulan yang lalu...
Inilah bezanya demokrasi diMalaysia akhirnya rakyat juga yang akan dipersalahkan walau dalam apa jua pemasalahan yang melanda ...











Pemasalahan Pasar Malam

Pasar Pagi dan Pagi Malam dikawasan saya boleh dikatakan kesemuanya pasar pagi dan pasar malam yang tidak berlesen antaranya :-

1) Pjs 6 - Kg Lindungan
2) Pjs 10 - Taman Sri Subang,Taman Dato Hormat

Boleh dikatakan kesemua pasar pagi dan pasar malam tersebut telah beroperasi sejak 10 tahun yang lalu dan ada juga yang telah beroperasi 8 tahun yang lalu...

Pasar malam yang di Pjs 10 Taman Sri Subang pula telah mengganggu penduduk perumahan tersebut dan menjadi satu isu yang besar bagi penduduk disana dan ada yang terpaksa berpindah dari situ...

Saya telah berbincang dengan pihak MBPJ bahawa segala pemasalahan berkenaan pasar pagi dan pasar malam dikawasan ini akan diselesaikan selepas hari raya memandangkan bahagian perlesenan kini sedang sibuk bagi menyelesaikan lesen ramadhan...

Begitu juga dengan pemasalahan pasar malam di Pjs 10 Taman Sri Subang ianya insyallah akan dialaihkan dalam tahun ini juga...

Pihak MBPJ pun buat masa ini telah mengadakan temuduga dibeberapa tempat dikawasan saya berhubung dengan pemasalahan ini...

Insyallah selepas sahaja hari raya ini saya akan menumpukan khusus bab pasar pagi dan malam dikawasan saya ini...

Sabtu, 1 Ogos 2009




Hidup...Hudup...hiduk rakyat
















H

Sekitar Gambar Mansuhkan ISA













Letih juga lama tak berlari dikejar polis dan semburan gas serta air pemedih mata...
Namun begitu bagi saya ianya cukup berjaya bagi membuktikan pada dunia bahawa sesungguhnya rakyat Malaysia mahukan agar ISA dihapuskan juga membuktikan bahawa rakyat Malaysia yang hadir tadi sekitar 10000 orang terutama golongan muda sudah muak dan benci kepada pemerintahan yang zalim

Gotong Royong pembersihan kubur Bkt Tandang PJS 5 Desa ria
















Pagi tadi telah diadakan gotong royong pembersihan kubur di kawasan saya iaitu di Bukit Tandang PJS 5 Desaria...
Bagi saya inilah kali pertama program sebegini saya dapat lakukan semenjak menjadi ahli majlis...
Usaha sebegini harus dipuji dan saya sempat bertanya sdr Abu selaku penjaga kubur disini,beliau menyatakan bahawa sebelum ini kurang sambutan untuk gotong royong pembersihan seperti ini tapi kali ini sambutannya alhamdulillah,beliau juga meminta beberapa benda yang perlu dibaiki seperti pondok kubur atau rumah pekerja yang terdapat beberapa banyak kerosakkan dan juga tiada tandasnya pula,menurut beliau lagi permohonan ini telah dipohon sejak 2 tahun lepas lagi kepada mantan Yang Berhormat dikawasan Dun Seri Setia ini...
Namun begitu saya akan cuba memohon agar ianya dapat diperbaiki semula untuk kegunaan beliau juga ...
Selain dari kariah setempat turut sama dalam gotong royong ini juga adalah dari PKR cabang Kelana Jaya ...





Mesyuarat JMC Mentari Court





Semalam jam 9.00pm saya dijemput untuk merasmikan mesyuarat Agung Kali Pertama JMC Mentari Court di Dewan MBPJ Kg Lindungan...
Menurut Pengerusinya mesyuarat kali pertama ini tiada pemilihan hanya bentangan sahaja...
Yang hebatnya dan menjadi kemusykilannya bila saya sampai saya melihat mesyuarat ini adanya pengawal-pengawal (bonser)yang berbadan sasa,terfikir juga saya bahawa ada pertandingan ke mesyuarat ini,mungkin ada pertandinganlah maka ianya diberi kawalan keselamatan yang ketat...
Satu lagi yang hebat dan saya perlu mengucapkan tahniah kepada wakil pemaju iaitu Hj Mat Shazrein dari Mentari sudi menjadi pengacara majlis (mc) malam itu malahan beliau juga merupakan seorang ahli jawatankuasa JMC pula...
Memang sukar untuk kita melihat pemaju sendiri untuk turut serta sebagai jawatankuasa JMC tambahan pula beliau merupakan pemilik asal syarikat ini..
Tahniahserta terima kasih sekali lagi saya ucapkan dan saya mengharapkan JMC ini akan berjaya dimasa hadapan,insyaallah saya akan cuba selesaikan pemasalahan penduduk dikawasan luar Mentari Court ini kerana ianya di bawah selian MBPJ...



Jumaat, 31 Julai 2009

Panduan Kenali ...SB




Panduan kenali ...


SB SB yang akan turun di setiap program-program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat ...




Cuba perhatikan trademark dia orang nii...kasut boot sama je,bentuk rambut pun sama...




Kenali Mereka dan Jejaki mereka...

Tahniah..Perlantikan Ahli Majlis

Sekalung Tahniah pada rakan-rakan yang baru selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis
sesungguhnya banyak ujian dan rintangan yang perlu dihadapi oleh rakan-rakan...

Kepada ahli-ahli majlis yang baharu seperti Sdr Irwan -MPK,Sdr Hamiruddin -MDHS,Sdr Abd Latif -MPAJ dan yang lain-lain lagi semoga saudara tabah dalam setiap tugasan yang dilakukan...

Bagi yang telah memohon jawatan Ahli Majlis tetapi tak dapat janganlah terlalu kecewa ingatlah ada hikmah disebaliknya...

Insyaallah dengan semangat dan kekuatan yang ada saudara saya yakin dan percaya saudara mampu melakukan tugasan yang diberi kepada rakyat...

Khamis, 30 Julai 2009

Mesyuarat Penuh Majlis


Pagi tadi saya menghadiri Mesyuarat Kali Pertama Full Board kali pertama selepas angkat sumpah kali ke 2 sebagai Ahli Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya...
Banyak perkara yang diperbincangkan bagi satu anjakan yang baru untuk kami perbincangkan bagi kami merialisasikan tugas baru kami selaku Ahli Majlis...
Walaupun pada hakikatnya satu ujian yang besar yang perlu kami tempohi untuk tugasan ini...
Alhamdulillah saya masih lagi berada
dalam zon 24 zon yang sama seperti dahulu serta jawatankuasa yang sama juga seperti yang dulu...
Zon 24 ini merupakan zon yang terakhir dalam kawasan MBPJ,merangkumi Pjs 5,6,7,8 dan 10,penduduknya pula merangkumi sekitar 73000 orang penduduk...
Sahaja saya berseloka dalam mesyuarat tadi,apabila ada ahli majlis yang dok bising-bising berkenaan kawasan zon yang perlu ditukar suka sama suka,tapi tak ada seorang pun yang hendak kawasan saya walaupun saya menawarkan secara rela kepada mereka,katanya tempat saya penduduk ramailah, brutallah, nanti tak tidur malamlah dan bermacam-macam lagi...
Bagi saya kecil atau besar itu bukan ukuran yang penting kita telah diberi amanah perlu dilaksanakan dengan amanahnya...
Saya juga mengambil kira tanggungjawab yang diamanah oleh YB Nik Nazmi supaya saya membantu beliau dikawasan zon 24 ini kerana selain dari itu saya juga telah mengenali dan tinggal di kawasan tersebut sejak 1979 lagi...
Apa pun mesyuarat penuh tadi nampak banyak perkara-perkara yang perlu diselesaikan lagi terutama antara ahli-ahli majlis dan juga jabatan-jabatan,saya juga mencadangkan agar jabatan-jabatan yang terdapat banyak kakitangannya perlu dirombak semula bagi menampung jabatan yang kurang kakitangannya pula kerana inilah salah satu puncanya banyak kerja-kerja yang tergantung dan tidak dapat dilaksanakan...

Mesyuarat Bersama Mentari Properties




Baru sebentar tadi saya mempengerusi dan menghadiri satu mesyuarat bersama pihak pemaju iaitu Mentari Properties serta pihak MBPJ berkenaan keretakkan bangunan...
Permulaannya memanglah pihak pemaju akan mempertahankan hak beliau dengan seribu satu alasan,namun saya memberitahu beliau ini melibatkan nyawa manusia yang tidak boleh ditukar ganti sekiranya terjadi apa-apa kepada penduduk...
Kisah keretakkan dan ketidak stabilan bangunan /kediaman blok 2 desa mentari ini telah mendapat liputan meluas dibeberapa akhbar-akhbar tempatan tentang kisah ini sehingga ianya dilawati oleh Exco Perumahan Negeri YB Iskandar Samad sendiri...
Menurut kata pihak Mentari perkara sebegini sememangnya biasa berlaku pada semua bangunan di Malaysia ini tambahan pula ianya adalah tapak tanah lombong sekaligus menimbulkan kerisauan kepada penduduk...
Pihak Mentari juga menyatakan bahawa kerja kerja pembaikkan telah pun mula dibuat dan akan dipantau dari masa ke semasa...
Alkisahnya blok ini telah mengalami berbagai kerosakkan sebelum seperti bumbung tercabut pada tahun 2004 apabila dipukul angin dan pihak Mentari pun menyatakan bahawa keseluruhan bangunan/kediaman dari blok 1-8 (dibawah jagaan saya) telah pun mempunyai CFkekal...
Terdapat juga rungutan dari pihak Mentari bahawa beliau menghadapi masalah pembayaran penyelengaraan dari penduduk,bagi saya itu bukan alasan untuk beliau menyatakan alasannya...
Walau bagaimana pun saya minta pihak Mentari memberi segala lapuran terperinci dari MBPJ,perunding (arkitek) Mentari serta kerja-kerja telah dan akan dibuat diserahkan pada saya dan dibincangkan dalam masa seminggu dari sekarang...

Rabu, 29 Julai 2009

Pro ISA vs ANTI ISA




GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) vs PEWARIS (Majlis Pemuafakatan Ummah)...




Antara dua NGO yang kini sama mempertahankan Prinsip untuk tetap mengadakan perhimpunan secara aman...

Ada tujuan yang berbeza dari kedua dua NGO ini :-

GMI - ingin minta dimansuhkan ISA tanpa perlu mengkaji dan dikaji lagi kerana rakyat telah lama diugut dan menderita...

PEWARIS - ingin minta diteruskan ISA ini tanpa perlu mengkaji dan dikaji lagi kerana rakyat akan bertindak tanpa batasan dan tanpa rasa takut kepada kerajaan...

Cuma apa yang saya lihat disini mengapa ada perhimpunan dari kalangan kedua dua NGO ini dalam waktu,masa dan tempat yang sama,sedangkan perhimpunan AMAN ini telah dirancang beberapa bulan yang lalu oleh sebuah NGO terlebih dahulu...

Apakah ada perancangan yang membuatkan rakyat marah dan bergaduh sesama sendiri atau pun strategi yang dirancang untuk menggagalkan misi yang dirancang sebelum ini...


SIAPAKAH PUNCA SEMUA INI...


Strategi BN


Hari ini kita baca diakhbar menyatakan bahawa terdapatnya strategi BN untuk menawan Selangor dan kita sendiri tahu Najib akan guna apa sahaja tipu muslihat untuk beliau dan BN akan tawan Selangor...


Persoalannya apakah yang patut,perlu dan telah kita lakukan untuk mempertahankan negeri Selangor,walaupun pada hakikatnya banyak lagi kelemahan yang perlu diatasi...Kena buka dan lapang dada kita pokoknya " Tepuk dada tanya iman "
Hasil kajian bukan sahaja Yb Yb diganggu gugat malahan ahli majlis juga diganggu gugat,dimana segala kerja-kerja kawasan yang bermasalah sengaja dilewat-lewatkan untuk minimbulkan kebencian masyarakat setempat terhadap ahli majlis kawasan...
Maklumat yang diterima bahawa kini segala kemahuan dan juga keperluan remaja-remaja akan dituruti dan pengurangan serbuan terhadap mat-mat rempit juga akan berkurangan serta segala bentuk hiburan dan konsert-konsert akan diberi secara percuma demi untuk menarik golongan pengundi-pengundi muda...
Dan sedikit masa lagi akan disediakan litar-litar motosikal secara percuma untuk anak-anak muda ini...
Oleh itu mana-mana pihak harus bersedia walau dalam apa keadaan pun bagi mempertahankan negeri Selangor dari kuncu-kuncu kezaliman dan kerakusan dunia oleh mereka ini...


Tahniah ...Merah Kuning


Pasukan Selangor sudah pasti gembira dengan keputusan Tan Sri MB yang akan memberi hadiah melancung ke luar negara...
Tetapi disebalik kegembiraan ini jangan kita lupa dan alpa bahawa disebalik kegembiraan ini jangan pula akan kedukaan kita untuk musim akan datang dan yang paling penting misi pasukan Selangor untuk menjuarai satu lagi piala iaitu Piala Malaysia...
Disamping itu juga peminat Selangor ingin melihat kemenangan besar menentang pasukan dari Bandung Indonesia jangan nanti kita leka dan bergumbira tetapi kita kecundang dengan Pasukan ini...
Sudah pasti selepas ini rakyat Selangor akan mahu melihat kemenangan bukan sahaja dimusim ini tetapi dimusim-musim akan datang juga ...
Kita juga berharap agar Pasukan Selangor akan bersih recordnya dan juga prestasinya pada masa akan datang seperti tahun ini...

Ahad, 26 Julai 2009

RED GIANT...MERAH KUNING

Sekalung Tahniah...

Buat sdr Zack (pengurus Selangor) dan keseluruhan pasukan Selangor diatas kejayaan kali ke 2 bagi musim ini ,walau sejuta rintangan namun berkat ketabahan kejayaan jua hasilnya...

Saya sebagai anak jati Selangor amat berbangga atas kejayaan yang telah lama diimpikan ini...

Kini Pasukan Selangor tekad memburu satu lagi kejuaraan iaitu Piala Malaysia bagi musim ini...

Sebenarnya pada pandangan saya mutu bola sepak kini terserlah dengan kehebatan yang dapat ditunjukkan oleh anak-anak tempatan (walau digelar jaguh kampung),berbanding tahun sebelum ini yang dimonopolikan oleh pemain import...

Kini masyarakat Malaysia sudah mula mengenali siapa Amri Yahya siapa Nizarudin siapa Safee dan beberapa pemain lagi yang dah mula mendapat perhatian masyarakat Malaysia,kalau dulu sudah tentu pemain import lebih diingati dan dikenali namanya...

Apa pun kita mengharapkan agar Pasukan Merah Kuning tidak akan diselaputi dengan gejala gejala yang tidak ingini selepas ini dan sampai bila-bila pun agar disanjung dan di minati...

SYABAS MERAH KUNING
- Kau Tetap Dihati -

Perlantikkan Ahli Majlis

Syukur kehadirat illahi berkat doa kedua ibu bapa,isteri keluarga tercinta serta rakan-rakan semua saya dilantik semula menjadi ahli majlis MBPJ bagi tempoh sepenggal lagi...

Ramai juga rakan-rakan serta penduduk yang merasa hairan kenapa perlantikan saya terlalu lama masa yang diambil,tidak kurang juga kata-kata yang tidak sedap didengar kedengaran dihujung telinga,namun itu bagi saya satu ujian yang harus ditempuhi...

Hasil dari kajian terperinci yang dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor tentang perlantikan Ahli Majlis,saya di maklumkan alamatnya adalah diluar kawasan (tinggal di Shah Alam) maka dengan itu kajian terperinci dilakukan sekali lagi tentang kehadiran mesyuarat akitiviti,prestasi dan sebagainya lagi amatlah meyakinkan pihak Kerajaan Negeri untuk memilih dam melantik semula saya di MBPJ...

Pada 22hb Julai 2009 jam 10.30am saya telah selesai dalam upacara mengangkat sumpah buat kali ke dua bagi penggal 2009-2010...

Insyaallah dengan berkat doa semua serta kerjasama anda semua saya akan cuba perbaiki segala kelemahan atau perkara-perkara yang tertangguh sebelum ini untuk saya lakukan,memanglah agak sukar untuk melakukannya tetapi yang penting satu ANJAKAN perlu ada iaitu ANJAKAN PARADIGMA........

Kemaafan DiPinta

Mohon kemaafan ...

Sejak sekian lama tidak berkesempatan bagi memenuhi ruang anjakan paradigma ini...terkadang merasakan bahawa masa tidak pernah mencemburui kita tetapi kita yang tidak menghargai masa sebenarnya...

Insyaallah saya akan cuba memenuhi inspirasi ini didalam Anjakan Paradigma kita bersama....