Selasa, 5 Oktober 2010

Pemilihan Pimpinan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Kelana Jaya

Jawatankuasa membuat persiapan sejak dari awal pagi lagi
Semasa proses pembuangan undi memilih pimpinan (mcm p/raya umum)
Dikawal oleh Pasukan RELA
Menunggu giliran untuk membuang undi
Kaunter semakan pengundi dan pondok panas
Sdr Rafizi Ramli tiba untuk merasmikan mesyuarat AMK Kelana Jaya
Ucapan terakhir saya selaku Ketua AMK Kelana Jaya
Mesyuarat Agung AMK Kelana Jaya bermula
Mesyuarat Agung Cabang Kelana Jaya
Ucapan Perasmian oleh Tuan Syed Shahir selaku Tim MPN Selangor
Saf kepimpinan yang baru
Bersama seluruh jawatankuasa
Rakan-rakan AMK Kelana Jaya
Tanggal 02/10 yang lalu PKR Cabang Kelana Jaya telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang bagi tahun 2010 ini...

Mesyuarat Agung kali ini amat berbeza dari tahun-tahun sebelum ini dimana kesemua 205 cabang PKR di seluruh negeri perlu mengadakan pemilihan antaranya Pengerusi Tetap,Timbalan Pengerusi Tetap, Ketua Cabang,Timbalan Cabang,Naib Ketua serta Jawatankuasa dan juga pemeriksa kira-kira begitu juga peringkat AMK dan Wanita...

Pemilihan kali ini melibatkan dua penjuru antara Ketua Cabang,Timbalannya serta Naib dan juga jawatankuasa yang lain pula...

Bagi AMK Kelana Jaya pula saya melepaskan jawatan saya yang telah saya sandang hampir tujuh tahun lamanya dulu kepada Sdr Azman Yusof bagi menerajuinya begitu juga dengan wanita yang diterajui oleh Puan Aisyah selaku Ketua Wanita PKR Cabang Kelana Jaya yang dilepaskan oleh Puan Azizan mantan ketua wanita ...

Alhamdulillah 95% pasukan yang diketuai oleh Tuan Syed Shahir telah memenangi pemilihan kali ini yang boleh dikatakan sengit sekali...

Apa pun tahniah diucapkan kepada yang menang janganlah dianggap bahawa kemenangan ini adalah masanya untuk mendabik dada manakala yang kalah terus menuding jari menyalahkan antara satu sama lain sama-samalah kita bergabung kembali bagi memastikan kemenangan ini akan kekal di Parlimen Kelana Jaya dan DUN Seri Setia malahan insyallah kita ke Putra Jaya pula...

Tiada ulasan: