Isnin, 16 November 2009

Sumbangan Tabung Adik Nazirah Alia bt Noor Ismail






Alhamdulillah saya dan AMK Kelana Jaya berjaya mengutip derma bagi Tabung Nazirah Alia dan kami beserta Yb Nik Nazmi dan juga PeBT (Penggerak Belia Tempatan) telah menyerahkan kutipan tersebut kepada En Noor Ismail pada hari sabtu yang lalu di rumah beliau di Mentari Court...

Dalam kunjungan tersebut turut sama hadir Ketua Wanita Cabang Kelana Jaya Pn Azizan dan juga Timbalan Ketua Cabang Kelana Jaya Tuan Hj Yusof...

Kutipan yang berjaya dikutip dari orang ramai adalah sebanyak Rm 2202 manakala tambahan peribadi dari Yb Nik sebanyak Rm 1000 beserta kelengkapan dapur juga di beri...

Menurut bapa adik Nazirah anaknya akan melakukan pembedahan kali ke5 pada hari ini (isnin) di PPUM dan menurutnya lagi kes anak beliau hanya boleh dirujuk di PPUM sahaja...




Program Kecemerlangan Pelajar Sek Kafai Anggur Tmn Dato Hormat


Yb Nik menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang pada hari itu

Disebelah saya Pengerusi Sekolah tersebut Tuan Hj Mohd Noor

Sumbangan dari Yayasan Syawal

Bergambar beramai-ramai bersama pelajar dan tenaga tenaga pengerak sekolah tersebut


Sabtu lepas saya sempat bersama Yb DUN Seri Setia Yb Nik Nazmi menghadiri program majlis penyampaian kecemerlangan pelajar Sekolah Kafai Anggur Taman Dato Hormat Pjs 10...

Program ini merupakan kali ke dua kami hadir dan sambutan majlis pada hari itu sungguh membanggakan dengan persembahan nasyid,khutbah (kanak-kanak) dan juga ucapan wakil pelajar yang disampaikan...

Apa pun harapan mereka agar tahun depan ada peruntukan yang dapat disalurkan dari pihak ADUN...

Tahniah dari saya kepada semua pelajar yang berjaya begitu juga dengan ibu bapa yang mendidiknya serta tidak dilupakan juga kepada guru-guru dan juga seluruh jawatankuasa Sekolah Kafai Anguur Taman Dato Hormat...





Sabtu, 14 November 2009

Pelepasan Pemain Futsal MBPJ ke P Langkawi




Khamis lepas saya sempat berjumpa dengan pemain-pemain futsal wanita yang akan menyertai kejohanan futsal piala Felda kali ke 2...

Pusingan pertama akan dilangsungkan di Pulau Langkawi bermula hari ini (sabtu) dengan pertemuan Melaka dan Selangor selepas ini di terengganu dan Johor manakala perlawanan akhir di Perak...

Kalau diikutkan sejarah tahun lepas pasukan Futsal MBPJ pernah mendapat tempat ketiga tahun lepas...
Apa pun saya mendoakan agar pasukan futsal ini akan membuahkan kejayaan yang lebih cemerlang lagi pada kejohanan kali ini...

Jumaat, 13 November 2009

Kutipan derma ke 2 adik Nazirah Alia

Sebelum menjalankan kutipan kami sempat makan malam dahulu bersama Yb Nik


Dj malam itu mengumumkan kehadiran kami untuk kutipan derma


Pada hari rabu yang lepas saya bersama Amk Kelana jaya serta Yb Nik Nazmi turun bagi mengutip derma untuk adik Nazirah Alia yang kini sakit di Mentari Court...
Kutipan kali ke dua ini kami lakukan di kawasan luaran Tabung Haji Kelana Jaya maklumlah hendak masuk untuk kutip di dalam tidak boleh walau bagaimanapun alhamdulillah kutipan mlm itu hampir rm 400 berjaya dikutip...
Terima kasih kepada semua yang terlibat pada malam itu...



Rabu, 11 November 2009

Pelancaran dan Kutipan Tabung adik Nazirah Alia bt Noor Ismail

En Noor Ismail ketika hadir di pejabat saya


Sekitar gambar-gambar semasa kutipan di pasar malam Kg Lindungan

Tidak kira apa bangsa agama semuanya sudi menderma




Terima Kasih kepada semua yang terlibat AMK Kelana Jaya dan MPP Kg Lindungan

Alhamdulillah kutipan yang dapat ialah sebanyak Rm 231.00

Saya berasa terkejut dengan berita yang saya baca beberapa hari yang lalu di akhbar Sinar Harian tentang kisah adik Nazirah Alia bt Noor Ismail dan penderitaan yang dialaminya kebetulan pula ianya tinggal di kawasan zon 24...

Hasil perbincangan dalam mesyuarat AMK Cabang Kelana Jaya yang lalu jawatankuasa bersetuju untuk melancarkan kutipan tersebut...
Pada hari jumaat yang lepas pembantu saya Sdr Hafizi telah mengatur pertemuan dengan En Noor Ismail bagi mendapatkan butiran cerita dan hospital PPUM anaknya...

Menurut En Noor Ismail kes anaknya merupakan kes terpencil yang jarang sekali di temui di Malaysia dan beliau memerlukan Rm175 utk setiap 5 minggu semasa anaknya berumur 1tahun kini tetapi ianya akan bertambah banyak lagi ubat apabila umurnya meningkat...

Adik Nazirah Alia juga katanya telah beberapa kali melakukan pembedahan sehinggakan adik Naziran takut dan fobia melihat sesiapa sahaja yang berpakaian kemas kerana ia menyangkakan doktor yang akan melakukan pembedahan terhadapnya...
Penyakit yang dialami oleh adik Nazirah ini merupakan penyakit kekurangan enzim dibadan dan ianya merupakan penyakit seumur hidup yang dialami adik yang berusia 1 tahun ini...
Sama-samalah kita membantu dan meringankan bebanan En Noor Ismail yang kini hanya berkerja di sebuah kilang di Shah Alam dan katanya beliau kini tidak boleh bekerja lebih masa atau diluar kawasan semata mata kerana anaknya...
Atas rasa keinsafan dan simpati saudara sama-sama kita menghulurkan derma kepada En Noor Ismail di acc RHB Bank 112-24-6000-4059-2...

Ahad, 8 November 2009

Sidang Akhbar Kempen Tembak Gagak


Pada jumaat 06/11 yang lalu saya selaku Pengerusi Kempen Tembak Gagak Petaling Jaya telah mengadakan sidang akhbar bagi kempen tersebut...
Kempen tersebut akan diadakan dan dirasmikan pada 15/11 jam 12 tengahari oleh Dato Bandar Petaling Jaya dan akan dilangsungkan pada 15,22 & 29/11/09 di seluruh kawasan Petaling Jaya yang terdapat banyak gagak-gagak berkeliaran...
Pada hari jumaat tersebut sahaja telah ada 80 orang penembak dari 20 kumpulan yang telah bersetuju untuk menyertainya...
Mereka ini terdiri dari kalangan penembak-penembak yang telah hampir 20 tahun menyertai kempen tersebut sejak dari dahulu lagi cuma bezanya pihak penganjur (MBPJ) memberi Rm 3.00 seekor berbanding dahulu cuma Rm2.50 sahaja...
Saya juga berharap agar kempen ini tidak mendatangkan masalah dan pihak media perlu mewarwarkan dalam media tentang kempen ini supaya penduduk tidak terkejut dengan bunyi tembakan ini nanti dan berharap juga agar ianya berjalan dengan sukses dan jayanya...

Rabu, 4 November 2009

13 Aurat wanita

TIGA BELAS AURAT WANITA

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tan gan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Sura h An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti -

Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D An Nasaii dan Ibn Majah. Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud :

Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali .

Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.

Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Wanita-wanita yang dikasihi sekelian..tunggu apa lagi, tutuplah auratmu, kerana ianya perintah dari Allah, Allah yang menciptakan kamu, Rabb yang memberikan kita kehidupan kekal abadi diakhirat kelak, baik atau buruk diatas rahmat Dia dan bagaimana buku amal kita diterima kelak.

Jangan tunggu apa lagi, kita tidak pasti bila ajal maut kita atau bila Allah pilih kita untuk diberi hidayah..para isteri, tidak sayangkah anda pada suami2 anda? suami2 anda akan ditanya, dipersoalkan kelak dihadapan Allah..kasihan pada mereka..suami-suami? tidak cintakah lagi pada isteri?

Isteri anda akan menerima azab yang berat di akhirat..Na'uzubillahhimin zaliq..bersama-samalah kita berpesan untuk kebaikan bersama dan berdoa ke hadrat Allah atas kesilapan-kesilapan dan dosa-dosa yang telah kita lakukan, sentiasa bermuhasabah dan menginsafi diri sendiri serta tidak putus asa daripada meminta rahmat Allah s.w.t kerana ia adalah sifat kaum-kaum yang beriman..

Rabbana aatina fiddunya hasanah wafil aakhirati hasanah waqina 'azabannar. Amin.

Selasa, 3 November 2009

Perbicaraan Kes Hj Yahya Saari

Pagi tadi saya hadir sebentar bagi memberi sokongan dan semangat kepada Tuan Hj Yahya Saari atas dasar persahabatan di Mahkamah Shah Alam...

Kes Hj Yahya merupakan kes yang pertama selepas kerajaan PR Selangor memerintah...

Dalam kes tersebut Hj Yahya di tuduh salah guna kuasa meminta Rm 50000 dari sebuah syarikat bagi menjayakan program makan malam semperna 100 hari pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat...

Saya juga merupakan jawatankuasa penganjuran majlis makan malam tersebut yang mana sebagai jawatankuasa kita juga ada meminta penajaan beberapa badan badan bukan kerajaan juga bagi sama-sama menjayakannya dan segala dokumen-dokumen bagi menjayakan majlis tersebut juga telah disemak setiap kali mesyuarat program tersebut ...

Tetapi pada pandangan saya mungkin ada anasir anasir buruk yang cuba menjatuhkan Hj Yahya
Saari selepas sahaja kemenangan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tambahan pula beliau sebagai Pembantu Khas MB pada ketika itu...
Apa pun kita sama-sama menunggu keputusan yang akan di bicarakan di mahkamah bermula hari ini semoga sama-sama kita mendoakan agar ianya berjalan dengan baik beserta keputusannya juga...

Isnin, 2 November 2009

Majlis Perkahwinan Adik M Nizam


Selepas sahaja taklimat Migrasi oleh SYABAS saya sempat meluangkan masa bagi menghadiri majlis perkahwinan adinda kepada Mohd Nizam / Mat Lampam meriah betul majlis pada hari itu...

Masakan yang di masak secara gotong royong memang sedap masakan ala-ala kampung di jamu pula dengan tapai dan air ketum tu yang hebatnya tu...
Apa pun tahniah kepada Mat sekeluarga atas daya usaha mereka adik beradik bagi menjayakan majlis ini kepada mereka juga saya ucapkan terima kasih atas jemputan ini semoga bahgia ke alam syurga anda sekeluarga....

Ahad, 1 November 2009

Taklimat Migrasi Akaun Meter Pukal oleh Syabas








Pada 31/10 yang lalu saya telah menganjurkan Program Taklimat Migrasi Akaun Meter Pukal ke Indivudu kepada seluruh JMC/JMB dan Persatuan Penduduk di Zon 24 majlis berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Dato Hormat Jln PJS 10/34 ...
Taklimat pada hari tersebut diketuai oleh En Kelvin Siew Weng Hoe selaku Pengurus Kanan Wilayah Petaling Zon Selatan bersama rakan-rakannya yang lain ...
Banyak persoalan yang ditimbulkan oleh Persatuan tentang meter Pukal dan Individu yang dibangkitkan apa pun penduduk seharusnya mematuhi segala peraturan yang ditetapkan...
Dalam ucapan saya pada pagi itu saya menekankan kepada JMB-JMB tentang sebelum penyerahan seharusnya dipastikan akaun pemaju telah diselesaikan tanpa ada tunggakan-tunggakan yang terkumpul...
Selain daripada itu juga antara syarat yang menjadi kewajipan ialah Persatuan seharusnya menubuhkan JMB sebelum di tukar ke meter Individu...






Anugerah Kejiranan Petaling Jaya (MBPJ)

Ucapan Perasmian Anugerah disampaikan oleh YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor
Sesuatu yang membanggakan Persatuan Penduduk Blok 3 Desa Mentari menerima hadiah "Merit"

Bergambar bersama MB dan Jawatankuasa Blok 3 Desa Mentari



Kelihatan isteri Dato Bandar menyampaikan buah tangan kepada Puan Sri Salbiah
Persembahan tarian Bangra dari kanak-kanak Penduduk PJS 2 menghiburkan tetamu

Ini meja makan Ahli-ahli Majlis MBPJ

Persatuan Penduduk Blok 3 Desa Mentari

Tahniah... Sekalung tahniah saya utuskan buat Persatuan Penduduk Blok 3 Desa Mentari atas daya usaha bersama mereka membuahkan hasil...
Sesuatu yang harus dipuji Persatuan ini seringkali mengadakan aktiviti mereka sendiri dengan perbelanjaan yang mereka sendiri kutip kepada setiap penduduk dan mereka merupakan Persatuan Penduduk yang paling aktif dikawasan saya ini...