Selasa, 3 November 2009

Perbicaraan Kes Hj Yahya Saari

Pagi tadi saya hadir sebentar bagi memberi sokongan dan semangat kepada Tuan Hj Yahya Saari atas dasar persahabatan di Mahkamah Shah Alam...

Kes Hj Yahya merupakan kes yang pertama selepas kerajaan PR Selangor memerintah...

Dalam kes tersebut Hj Yahya di tuduh salah guna kuasa meminta Rm 50000 dari sebuah syarikat bagi menjayakan program makan malam semperna 100 hari pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat...

Saya juga merupakan jawatankuasa penganjuran majlis makan malam tersebut yang mana sebagai jawatankuasa kita juga ada meminta penajaan beberapa badan badan bukan kerajaan juga bagi sama-sama menjayakannya dan segala dokumen-dokumen bagi menjayakan majlis tersebut juga telah disemak setiap kali mesyuarat program tersebut ...

Tetapi pada pandangan saya mungkin ada anasir anasir buruk yang cuba menjatuhkan Hj Yahya
Saari selepas sahaja kemenangan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tambahan pula beliau sebagai Pembantu Khas MB pada ketika itu...
Apa pun kita sama-sama menunggu keputusan yang akan di bicarakan di mahkamah bermula hari ini semoga sama-sama kita mendoakan agar ianya berjalan dengan baik beserta keputusannya juga...

Tiada ulasan: