Pada jumaat 06/11 yang lalu saya selaku Pengerusi Kempen Tembak Gagak Petaling Jaya telah mengadakan sidang akhbar bagi kempen tersebut...
Kempen tersebut akan diadakan dan dirasmikan pada 15/11 jam 12 tengahari oleh Dato Bandar Petaling Jaya dan akan dilangsungkan pada 15,22 & 29/11/09 di seluruh kawasan Petaling Jaya yang terdapat banyak gagak-gagak berkeliaran...
Pada hari jumaat tersebut sahaja telah ada 80 orang penembak dari 20 kumpulan yang telah bersetuju untuk menyertainya...
Mereka ini terdiri dari kalangan penembak-penembak yang telah hampir 20 tahun menyertai kempen tersebut sejak dari dahulu lagi cuma bezanya pihak penganjur (MBPJ) memberi Rm 3.00 seekor berbanding dahulu cuma Rm2.50 sahaja...
Saya juga berharap agar kempen ini tidak mendatangkan masalah dan pihak media perlu mewarwarkan dalam media tentang kempen ini supaya penduduk tidak terkejut dengan bunyi tembakan ini nanti dan berharap juga agar ianya berjalan dengan sukses dan jayanya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan