Isnin, 16 November 2009

Sumbangan Tabung Adik Nazirah Alia bt Noor Ismail






Alhamdulillah saya dan AMK Kelana Jaya berjaya mengutip derma bagi Tabung Nazirah Alia dan kami beserta Yb Nik Nazmi dan juga PeBT (Penggerak Belia Tempatan) telah menyerahkan kutipan tersebut kepada En Noor Ismail pada hari sabtu yang lalu di rumah beliau di Mentari Court...

Dalam kunjungan tersebut turut sama hadir Ketua Wanita Cabang Kelana Jaya Pn Azizan dan juga Timbalan Ketua Cabang Kelana Jaya Tuan Hj Yusof...

Kutipan yang berjaya dikutip dari orang ramai adalah sebanyak Rm 2202 manakala tambahan peribadi dari Yb Nik sebanyak Rm 1000 beserta kelengkapan dapur juga di beri...

Menurut bapa adik Nazirah anaknya akan melakukan pembedahan kali ke5 pada hari ini (isnin) di PPUM dan menurutnya lagi kes anak beliau hanya boleh dirujuk di PPUM sahaja...




Tiada ulasan: