Rabu, 11 November 2009

Pelancaran dan Kutipan Tabung adik Nazirah Alia bt Noor Ismail

En Noor Ismail ketika hadir di pejabat saya


Sekitar gambar-gambar semasa kutipan di pasar malam Kg Lindungan

Tidak kira apa bangsa agama semuanya sudi menderma




Terima Kasih kepada semua yang terlibat AMK Kelana Jaya dan MPP Kg Lindungan

Alhamdulillah kutipan yang dapat ialah sebanyak Rm 231.00

Saya berasa terkejut dengan berita yang saya baca beberapa hari yang lalu di akhbar Sinar Harian tentang kisah adik Nazirah Alia bt Noor Ismail dan penderitaan yang dialaminya kebetulan pula ianya tinggal di kawasan zon 24...

Hasil perbincangan dalam mesyuarat AMK Cabang Kelana Jaya yang lalu jawatankuasa bersetuju untuk melancarkan kutipan tersebut...
Pada hari jumaat yang lepas pembantu saya Sdr Hafizi telah mengatur pertemuan dengan En Noor Ismail bagi mendapatkan butiran cerita dan hospital PPUM anaknya...

Menurut En Noor Ismail kes anaknya merupakan kes terpencil yang jarang sekali di temui di Malaysia dan beliau memerlukan Rm175 utk setiap 5 minggu semasa anaknya berumur 1tahun kini tetapi ianya akan bertambah banyak lagi ubat apabila umurnya meningkat...

Adik Nazirah Alia juga katanya telah beberapa kali melakukan pembedahan sehinggakan adik Naziran takut dan fobia melihat sesiapa sahaja yang berpakaian kemas kerana ia menyangkakan doktor yang akan melakukan pembedahan terhadapnya...
Penyakit yang dialami oleh adik Nazirah ini merupakan penyakit kekurangan enzim dibadan dan ianya merupakan penyakit seumur hidup yang dialami adik yang berusia 1 tahun ini...
Sama-samalah kita membantu dan meringankan bebanan En Noor Ismail yang kini hanya berkerja di sebuah kilang di Shah Alam dan katanya beliau kini tidak boleh bekerja lebih masa atau diluar kawasan semata mata kerana anaknya...
Atas rasa keinsafan dan simpati saudara sama-sama kita menghulurkan derma kepada En Noor Ismail di acc RHB Bank 112-24-6000-4059-2...

Tiada ulasan: