Sabtu, 13 Mac 2010

Ziarah Dan Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran




Sebanyak tiga buah rumah telah terlibat dengan kebakaran pada hari selasa lepas pada jam 1.36 pagi di Pjs 5 Desa ria...

Saya bersama Sdr Suhaimi (P A Yb Nik Nazmi) serta Pn Azizan (ketua Wanita Cabang) dan juga rakan-rakan yang lain turut sama hadir menziarahi mangsa kebakaran tersebut...

Menurut kata mangsa semasa kebakaran mereka sekeluarga sedang tidur dan bernasib baik apabila dikejutkan oleh jiran bersebelahan dalam kebakaran tersebut...

Kini hanya satu keluarga yang saya tempatkan mereka di rumah PPRT Lembah Subang atas kehendak mereka sendiri manakala sebuah rumah telah rosak dan penghuninya tiada manakala sebuah lagi perlu dibaik pulih...

Menurut kata penduduk mereka mengesyaki punca kebakaran adalah dari rumah yang tiada penghuni tersebut yang berada di tepi sekali dan di jadikan sebagai tempat menghisap dadah...

Dalam ziarah tersebut saya juga menyampaikan sumbangan derma dari Amk Kelana Jaya untuk mangsa tersebut...






Tiada ulasan: