Isnin 08 march yang lepas saya bersama Yb Nik Nazmi,Ahli Majlis Selvaraja,MBPJ,Pejabat Tanah,JPS dan juga wakil penduduk telah mengadakan lawatan ke kuil di Pjs 5 Taman Desa Ria...
Hasil dari aduan dan rungutan dari penduduk kami mengambil kata sepakat untuk melawat tapak kuil tersebut yang telah dibina lebih dari lima tahun dahulu ...
Menurut kata jawatankuasa kuil tersebut mereka telah memohonnya dari pejabat tanah namun tidak ada apa-apa jawapan sehingga kini tetapi menurut pelan asalnya ianya juga melibatkan pihak Tnb pada permulaannya tetapi setelah dialaih rentes elektrik tersebut ianya bukan lagi dibawah Tnb...
Pihak JPS sendiri memang tidak boleh meluluskan tapak tersebut kerana ianya telah melanggar peraturan-peraturannya dan terdapat pula tambahan lama dan baru lagi...
Pada permulaannya ianya menjadi agak tegang perbincangan tersebut namun ianya tidaklah menjadi begitu serius sangat dan masih boleh dikawal jawatankuasa kuil tersebut menyangkakan kami akan mengambil tindakan dan akan merobohkannya pada hari itu...
Penduduk juga membantah struktur binaan yang baru dibina dan sering membuat bising di kawasan kuil tersebut...
Apa pun kami mengambil kata sepakat bahawa akan ada satu mesyuarat berkenaan kuil tersebut pada hari selasa ini 16/03 bersama Yb Dr Xavier di pejabatnya ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan