Khamis, 4 Mac 2010

Lompat si Katak Lompat !!!!!!!!





Lompat si katak Lompat....
Lompatlah tinggi tinggi....
Cepatlah ayuh cepat....
Dapat ganjaran tinggi....

Politik digemparkan dengan keajaiban ketiga-tiga Ahli Parlimen PKR iaitu Parlimen Bayan Baru,Nibong Tebal dan Bagan Serai dan khabarnya akan ada lagi yang mengekorinya menurut kata mantan Setiausaha Agung Dato Salahudin...

Berbagai andaian yang dibuat oleh orang ramai tentang mereka ini hanya allah sahaja yang tahu apa tujuan dan agenda mereka-mereka ini...

Apakah mereka memang tidak berpuas hati dengan kepimpinan sekarang atau ada kepimpinan yang lain dari parti yang lain cuba mempengaruhi mereka-mereka ini...

Saya cuba juga memahami pendirian mereka-mereka ini dan harus menghormati pendirian seseorang itu tanpa boleh memaksanya untuk mengikut kehendak kita...

Kadang-kadang bermain difikiran saya apakah duit yang dibagi habuannya atau mereka mempunyai matlamat atau pendirian yang tegas dan juga tidak berpuas hati dengan kepimpinan atasan PKR ...

Kadang-kadang saya terfikir juga mereka ini buka mata duitan kot....

Cuma yang menjadi pemasalahan dan perspektif yang burok kepada rakyat apabila ianya dimainkan isu ini setiap hari di media cetak dan elektronik sekaligus menjadi satu ketakutan kepada ahli-ahli dan penyokong parti (yang tidak kuat kekuatannya) ...

Tetapi adakah rakyat memikirkan atau mengigati sejarah Umno sendiri yang pernah keluar parti antara seperti Tunku Abd Rahman,Tun Onn Jaafar,Tun Hussin Onn,Tun Mahathir sendiri dan ramai lagi yang tidak pernah disiarkan secara besar diakhbar...

Apa pun sebagai pendokong parti saya mencadangkan agar pilihanraya akan datang diadakan satu kursus khas atau pemilihan khas secara terperinci tentang calon yang akan dipilih akan datang dan harus bermula daripada sekarang juga...

Tiada ulasan: