Jumaat, 12 Mac 2010

Program Mesra Penduduk Di PPRT Lembah Subang

Bersama Yb Dr Nasir dan juga Pengarah Aduan Ym Tg Nazarudin

Dam papan antara sukan rakyat yang dipertandingkan

Yb Dr Nasir melepaskan pertandingan tarik tali antara blok


Sdr Halil (ahli majlis kawasan) merasmikan gelanggang bola jaring


Persembahan oleh anak-anak penduduk tersebut

Ucapan perasmian oleh Yb Dr Nasir ( ADUN KAwasan )

Turut hadir Ahli Majlis Sdr Selvaraja

Selepas sahaja Program di Mentari Court saya berkesempatan ke Program Mesra Penduduk di PPRT Lembah Subang ...

Dalam program tersebut yang dibawah penyeliaan ahli majlisnya Sdr Halil amat menarik sekali dengan kehadiran juga Yb Dr Nasir Hashim ADUN Kawasan tersebut...

Apa yang dapat dilihat program tersebut dapat mengeratkan lagi silaturrahim bukan sahaja antara penduduk malahan pemimpin-pemimpin masyarakat yang hadir pada hari tersebut dan dengan beberapa penyertaan dari agensi-agensi kerajaan antaranya pihak Zakat,Tabung Haji,AADK,pejabat ADUN,Jabatan Kebajikan dan beberapa agensi lagi selain dari pihak MBPJ sendiri sudah tentu akan lebih memudahkan lagi pertanyaan atau urusan penduduk di situ...

Program tersebut juga saya lihat banyak acara-acara yang diadakan antaranya sukan-sukan rakyat dan juga futsal dan banyak pula hadiah-hadiah yang disediakan pada hari tersebut selain dari cabutan bertuah...

Saya cuba juga hendak mengadakan program tersebut dikawasan saya namun menurut kata Jabatan Sosial di zon saya sebelum ini pernah dibuat dan terpaksalah menanti giliran sekiranya hendak dibuat dan mungkin juga selepas bulan enam tahun ini...

Tahniah buat Ahli Majlis kawasan tersebut dan juga pihak MBPJ serta agensi-agensi lain yang terlibat....

Tiada ulasan: