Rabu, 24 Mac 2010

Gotong Royong Blok 7 Desa Mentari








Pada hari ahad yang lalu saya bersama Yb Nik Nazmi menghadiri gotong royong blok 7 Desa Mentari anjuran KRT Blok 7 Desa Mentari...

Kami sempat menghadiri pada pagi itu dan terpaksa meniggalkan program tersebut selepas perasmian kerana ada jemputan lain yang perlu dihadiri saya sendiri terpaksa bergegas ke Usj bagi menghadiri jemputan dari Dewan Pemuda Pas (DPP Kelana Jaya) Mesyuarat Agung Tahunan mereka di Usj 6...

Dalam program tersebut masih ada lagi sikap dari penduduk yang masih tidak mahu berkerjasama untuk menjayakannya nasib baik ada kakitangan dari MBPJ yang turut sama membantu...

Selasa, 23 Mac 2010

Pengedaran Beg (Hari Tanpa Beg Plastik) Di Dua Speedmart 99 zon 24

Di Speedmart 99 Desa Mentari




Speedmart 99 Farlim


Saya bersama ADUN Seri Setia Yb Nik Nazmi serta rakan-rakan yang lain telah mengedarkan beg dari kerajaan Negeri Selangor kepada penduduk-penduduk serta pengunjung di dua Speedmart 99 di zon 24...

Beg tersebut diedarkan semperna dengan kempen tanpa beg plastik pada hari sabtu di Negeri Selangor dan alhamdulillah sambutan memuaskan terhadap penduduk-penduduk cumanya jika ianya diatur sebelah petang mungkin ianya akan menjadi lebih ramai lagi pengunjung ...

Apa pun menurut kata Yb Nik Nazmi beliau meminta akan mengadakan program ini pada waktu petang pada masa akan datang...

Isnin, 22 Mac 2010

Operasi MBPJ bersama AADK










Operasi bersama Penguatkuasa Mbpj dan AADK (Agensi Anti Dadah) Selangor telah diadakan di dua cybercafe dan satu pub yang terletak di Lembah Subang ,Kg Cempaka dan juga di SS20 Damansara...

Dalam operasi tersebut telah ada 5 tangkapan yang melibatkan keputusan air kencing negatif terhadap mereka ...

Saya amat bersetuju dengan operasi sebegini kerana ianya melibatkan agensi anti dadah dan sudah tentu ianya melibatkan penagih-penagih samada kokain,heroin,ganja,pil dan berbagai-bagai lagi yang boleh dikesan...

Pihak AADK juga kini mempunyai kuasa dan juga memiliki gari bagi menggari mereka ini...

Selepas ini saya bercadang untuk mengadakan operasi sebegini di zon saya sendiri terutamanya di Kg Lindungan...

Perancangan Penubuhan JMB Di Desaria Pjs 5 Fasa 1






Pada hari khamis yang lalu 18/03 saya bersama beberapa orang dari Jabatan Landskap,Pembangunan,Aduan,Alam Flora dan juga kontraktor kawasan melawat di desaria Pjs 5 Fasa 1 bagi membincangkan tentang penubuhan JMB yang hendak ditubuhkan...

Syarikat pemaju terdahulu iaitu TD Management telah lama mengabaikan persekitaran kawasan tersebut dan menyebabkan ianya menjadi kotor dan tidak terurus...

Turut hadir bersama ialah sdr Chandrabos (MPP Zon 24) Ah Tong (Persatuan Penduduk) serta beberapa orang lagi penduduk...

Dari kesimpulan perbincangan tersebut akan ada satu dailog antara sdr Chandrabos dan beberapa orang jawatankuasa Persatuan serta pihak saya juga pihak MBPJ dan juga syarikat yang ingin menubuhkan JMB seperti mana yang diterangkan oleh sdr Chandrabos dalam masa yang terdekat ini...

Penambahan Dan Pembaikkan Semula Hentian Bas Di Zon 24

Di Pjs 8/9 berdekatan Pangsapuri Damai
\
Di hadapan blok 7 Desa Mentari

Di Padang Fasa 2 Desa Mentari


Hentian bas di Kg Lindungan masih lagi MPPJ
Setelah hampir 30 tahun perjanjian bersama (akan habis tahun depan)antara MDPJ ketika itu dengan Parasign amatlah menyedihkan kerana di kawasan Pjs antaranya kawasan zon saya terabai dan tidak dipedulikan untuk memperbahrui atau menyediakan hentian bas ini...

Dalam mesyuarat yang lalu dimana saya sendiri mempegerusikannya saya menekankan tentang perkara ini dan mengambil keputusan segera untuk meninjau tempat-tempat yang perlu dibuat dikawasan zon 24 ini...

Hasil tinjauan bersama pihak MBPJ dan juga Parasign hampir 15 tempat yang perlu dibaiki dan di tambah di zon 24 ini...

Isnin, 15 Mac 2010

Majlis Minum Petang PAS Kelana Jaya - Tabung Bangunan PAS Kawasan






Terima kasih atas jemputan terutama kepada Mejar Sidek untuk sama-sama saya menghadiri jamuan minum petang yang dianjurkan oleh Pas Kawasan Kelana Jaya semalam di dewan SS 15 Subang Jaya...

Dalam program tersebut dihadiri oleh Yb Khalid Samad,Yb Dato Husam Musa, Yb Mujahid Yusof Rawa serta Yb Khalid Jaafar ...

Program tersebut bagi saya cukup bermakna apatah lagi kalangan ahli Pas Kawasan yang mana pada hari tersebut hampir rm 50,000 berjaya dikutip dan didermakan oleh berbagai agensi swasta...

Insyallah dengan berkat usaha Sdr Ir Hj Izham dan rakan-rakan dalam Pas Kawasan saya mendoakan semoga impian akan menjadi kenyataan Pas Kawasan Kelana Jaya untuk membeli bangunan bagi dijadikan pejabat Pas Kawasan...

Sambutan Maulidur Rasul Di Masjid Al Husna Bdr Sunway







Sambutan Maulidur Rasul yang terakhir dizon 24 telah diadakan di Masjid Al Husna Sunway pada 13/03 yang lalu...

Alhamdulillah program pada malam itu selepas sahaja solat maghrib dimulakan dengan ucapan oleh Nazir Masjid Hj Shukri dan Ucapan Perasmian oleh Yb Nik Nazmi kemudiannya diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada mantan jawatankuasa masjid yang lalu yang disampaikan oleh Yb Nik Nazmi selepas itu kami dijemput untuk melawat kedai HPA dan gerai-gerai jualan yang berdekatan...

Selepas itu diadakan ceramah agama oleh ustaz-ustaz yang diundang pada malam itu...

Saya mengucapkan tahniah kepada seluruh jawatankuasa-jawatankuasa baru Masjid Al Husna atas daya usaha menganjurkan sambutan maulidur rasul ....

Sabtu, 13 Mac 2010

Ziarah Dan Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran




Sebanyak tiga buah rumah telah terlibat dengan kebakaran pada hari selasa lepas pada jam 1.36 pagi di Pjs 5 Desa ria...

Saya bersama Sdr Suhaimi (P A Yb Nik Nazmi) serta Pn Azizan (ketua Wanita Cabang) dan juga rakan-rakan yang lain turut sama hadir menziarahi mangsa kebakaran tersebut...

Menurut kata mangsa semasa kebakaran mereka sekeluarga sedang tidur dan bernasib baik apabila dikejutkan oleh jiran bersebelahan dalam kebakaran tersebut...

Kini hanya satu keluarga yang saya tempatkan mereka di rumah PPRT Lembah Subang atas kehendak mereka sendiri manakala sebuah rumah telah rosak dan penghuninya tiada manakala sebuah lagi perlu dibaik pulih...

Menurut kata penduduk mereka mengesyaki punca kebakaran adalah dari rumah yang tiada penghuni tersebut yang berada di tepi sekali dan di jadikan sebagai tempat menghisap dadah...

Dalam ziarah tersebut saya juga menyampaikan sumbangan derma dari Amk Kelana Jaya untuk mangsa tersebut...