Jumaat, 29 Januari 2010

Tanah Perkuburan Islam Jln PJS 5 Desaria

Turut serta dari Pejabat Tanah dan Daerah Petaling


Antara sebahagian sahaja yang diperbaiki semula


Sempadan kawasan dibawah selian saya


Sebagaimana yang dipaparkan dalam ADUAN RAKYAT TV3 pada hari rabu yang lalu saya sempat meninjau keadaan di tanah perkuburan ini pada hari isnin yang lalu (sebelum disiarkan)...

Dalam tinjauan saya masih belum siap sepenuhnya kerja-kerja pembaikan semula yang dijalankan oleh (Dato Samin) penyumbang penambah baikan tempat tersebut...

Kita amat berterrima kasih kepada beliau tetapi janganlah sampai tidak menghormati perasaan waris si mati hinggakan korekannya terkena kepada liang lahat ini yang menimbulkan kemarahan mereka dan mereka lebih mengenali Dato Samin ini peribadinya dan sebagainya lagi sebelum ini yang merupakan bekas ahli majlis jawatankuasa bahagian Umno Pjs dan mempunyai mahligai di Taman Medan serta beliau mempunyai banyak kes kes pasir semasa pemerintahan dahulu...

Pada dua bulan yang lepas saya ada meminta supaya penguatkuasa memantau keadaan tersebut namun ianya terlepas pandang mungkin kerana ianya dilakukan selepas waktu bekerja dan juga saya difahamkan bahawa tanah yang diratakannya bukanlah kawasan saya tetapi ianya telah berada di kawasan Pjs 3 dan tanah tersebut telah di wakafkan sebagai tapak tanah perkuburan islam...

Tiada ulasan: