Selasa 12/01 yang lalu saya bersama kakitangan di Jabatan landskap MBPJ telah menjayakan satu penyerahan taman permaianan PJS 5 zon 24 kepada pihak Persatuan Penduduk Blok 3 Desa Mentari untuk diawasi dan dijalankan sebarang aktiviti yang perlu dijalankan...
Penyerahan sebenarnya telah lama di rancangkan tetapi atas beberapa sebab tertentu ianya terpaksa ditunda sehinggalah pada hari selasa yang lepas telah pun diadakan satu majlis yang ringkas untuk penyerahan taman tersebut...
Taman tersebut telah pun diterima oleh pihak Persatuan Penduduk Blok 3 Desa Mentari yang diketuai oleh Pengerusi Tuan Hj Ghazali dan beberapa jawatankuasa serta penduduk...
Masih ada beberapa taman lagi di zon 24 yang saya rasa perlu di serahkan kepada persatuan penduduk untuk diawasi dan insyaallah saya akan selesaikannya dalam bulan ini juga...
Terima kasih atas kerjasamaa semua...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan