Alhamdulillah semalam telah berjaya memindahkan pasar malam dari Pjs 10 ke Pjs 8 Taman Sri Subang dan insyallah sama-sama berdoa supaya ianya akan berjaya diletakkan disitu...
Saya semalam dihujani banyak panggilan-panggilan dan ugutan dari pekedai-pekedai sekeliling kawasan pasar malam tersebut tentang ujudnya pasar malam dikawasan itu...
Mereka tidak bersetuju untuk saya memindahkan pasar malam tersebut kerana bagi mereka alasannya adalah kerana kerugian yang akan mereka tanggung kesan dari keujudan pasar malam tersebut dan juga kesesakkan tempat parkir mereka...
Pada dasarnya aduan telah mereka hantar tetapi aduan tersebut setelah disemak ianya tidak berasas sama sekali kerana yang membuat aduan kebanyakkannya diluar kawasan tersebut...
Saya terpaksa mengambil keputusan untuk memindahkannya hasil daripada perbincangan saya bersama Ketua Cabang dan juga ADUN Seri Setia yang bersetuju untuk memindahkannya kerana aduan dan rungutan dari penduduk Pjs 10 yang terpaksa menanggung derita kesesakkan di kawasan tersebut...
Hasil dari lawatan saya semalam saya mendapati kawasan tersebut amatlah tersusun dan tiada kesesakkan disitu dan dipantau oleh pihak Penguatkuasa MBPJ sendiri...
Namun begitu saya telah berjanji dengan Persatuan Peniaga Pasar Malam dan juga pihak pekedai tersebut untuk mengadakan sessi dailog bersama mereka selepas ini...
Terima Kasih kepada semua yang membantu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan