Isnin, 11 Januari 2010

Penasihat Ekonomi Selangor Turun Ke Desa Mentari & Lembah Subang

Dato Seri diapit oleh Yb Hj Yaakob Sapari (exco Kerajaan Negeri) bersama Ketua Cabang PKR Kelana Jaya merangkap Tim MPN Selangor Tuan Syed Shahir


Gambar-gambar Dato Seri baru turun dari blok 2 Desa Mentari


Dato Seri Anwar di Lembah Subang


Turut hadir Yb Dr Nasir Hashim ADUN Kota Damansara


Pada hari sabtu yang lepas Penasihat Ekonomi Negeri Selangor YAB Dato Seri Anwar Ibrahim telah sudi turun ke Desa Mentari dan Lembah Subang bagi melihat sendiri pemasalahan rakyat di kawasan rumah pangsa kos rendah dan juga rumah PPR di Lembah Subang...

Banyak aduan rakyat yang diajukan kepada Dato Seri sendiri yang mana ianya melibatkan hampir 80% dari pihak Mentari Properties sendiri dan selebihnya melibatkan MBPJ dan pihak kerajaan Negeri Selangor...

Dalam ucapan Dato Seri sendiri beliau amat faham tentang masalah-masalah tersebut namun kebanyakkan masalah ini juga sejak dari tahun BN memerintah lagi tetapi mereka tidak pandai untuk menyelesaikannya dan beliau dengan beberapa pihak terutam ADUN sendiri akan cuba menyelesaikannya sedikit demi sedikit...

Antara isu yang dibangkitkan oleh wakil penduduk tersebut ialah pemasalahan Cf,air percuma kerajaan negeri yang tidak dapat dinikmati,penyelenggaraan lif dan sebagainya lagi,masalah masjid (yang dijanji pihak BN) dan masalah sekolah tamil...

Berbeza dengan penduduk di Lembah Subang yang menyatakan keluhan tentang pembayaran sewa bulanannya yang lebih dari kemampuan taraf hidup mereka...

Apa pun terima kasih dan tahniah kepada Dato Seri yang sudi turun kebawah bertemu dengan rakyat marhaein bagi mendengar keluhan dan aduan dari rakyat sendiri...

Dan kita berharap semoga segala pemasalahan-pemasalahan tersebut akan dapat diselesaikan dengan sebaiknya...



Tiada ulasan: