Sabtu, 30 Januari 2010

Penutupan Program Tembak Gagak 09 MBPJ












Sekitar gambar-gambar penutupan program tembak gagak

Operasi Bersepadu Pencegahan Aedes Dan Pembersihan Kawasan

Ketika sidang akhbar sebelum operasi bermula

Terjah kerumah penduduk untuk operasi denggi



Antara sampel jentik-jentik

Tempat pembiakan nyamuk aedes (belaan pemilik)

Sebanyak 8 ekor anjing liar ditangkap dalam operasi tersebut sehingga jam 11 tengahari

Hari khamis yang lalu satu Operasi Bersepadu Pencegahan Aedes dan Pembersihan Kawasan telah diadakan diseluruh kawasan Pjs 5 & Pjs 6 di zon 24...

Dalam operasi tersebut yang dikendalikan oleh jabatan Aduan sebanyak 6 agensi terlibat antaranya - 1) TNB
2) NKVE
3) ALAM FLORA
4) Kontraktor kawasan
5) MBPJ
6) Pihak Media

Dalam operasi ini sebanyak 8 ekor anjing liar telah ditangkap dan banyak tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes dikesan ...

Apa pun saya berharap agar sikap penduduk sendiri yang perlu peka tentang kebersihan dan kesihatan walaupun telah berkali kali gotong royong dibuat sikap penduduklah yang paling penting sekali jika tidak berubah maka buruklah jawapannya...

Operasi pada hari tersebut telah bermula dari jam 7 pagi yang dimulakan oleh semburan dari Unit Forging dan berakhir juga oleh Unit Forging dengan semburan terakhir pada jam 7 malam...

Jumaat, 29 Januari 2010

Isu Kepala Babi Hutan Di Masjid Taman Dato Harun

Kelihatan Yb Azmin Ali dan Yb Hee Loi Sian (Ahli Parlimen Pjs)

Mb Selangor dan beberapa pegawai yang hadir


Semakin biadap dan kurang ajar manusia yang meletakkan kepala babi hutan dan wang kertas Rm 1 di dalam kawasan Masjid di Taman Dato Harun dan juga di Taman Sentosa...

Kadangkala saya terfikir juga apakah ada manusia yang berani meletakkan kepala tersebut di dalam kawasan masjid dan khabarnya ianya berbalut penuh dengan plastik yang membolehkan ianya dipegang dengan adanya balutan plastik tersebut...

Saya juga terfikir apakah motif sebenar si peletak kepala tersebut dan adakah berani bangsa selain bangsa melayu untuk masuk di kawasan Taman Dato Harun dan melakukan perkara tersebut mungkin kalau ianya ditangkap kepalanya sendiri akan diletakkan disitu...

Apa pun ini suatu perbuatan yang kejam dan boleh mencetuskan isu perkauman di negeri Selangor terutamanya...

Tanah Perkuburan Islam Jln PJS 5 Desaria

Turut serta dari Pejabat Tanah dan Daerah Petaling


Antara sebahagian sahaja yang diperbaiki semula


Sempadan kawasan dibawah selian saya


Sebagaimana yang dipaparkan dalam ADUAN RAKYAT TV3 pada hari rabu yang lalu saya sempat meninjau keadaan di tanah perkuburan ini pada hari isnin yang lalu (sebelum disiarkan)...

Dalam tinjauan saya masih belum siap sepenuhnya kerja-kerja pembaikan semula yang dijalankan oleh (Dato Samin) penyumbang penambah baikan tempat tersebut...

Kita amat berterrima kasih kepada beliau tetapi janganlah sampai tidak menghormati perasaan waris si mati hinggakan korekannya terkena kepada liang lahat ini yang menimbulkan kemarahan mereka dan mereka lebih mengenali Dato Samin ini peribadinya dan sebagainya lagi sebelum ini yang merupakan bekas ahli majlis jawatankuasa bahagian Umno Pjs dan mempunyai mahligai di Taman Medan serta beliau mempunyai banyak kes kes pasir semasa pemerintahan dahulu...

Pada dua bulan yang lepas saya ada meminta supaya penguatkuasa memantau keadaan tersebut namun ianya terlepas pandang mungkin kerana ianya dilakukan selepas waktu bekerja dan juga saya difahamkan bahawa tanah yang diratakannya bukanlah kawasan saya tetapi ianya telah berada di kawasan Pjs 3 dan tanah tersebut telah di wakafkan sebagai tapak tanah perkuburan islam...

Khamis, 28 Januari 2010

Perjumpaan Bersama MPN Selangor Dan PKR Cabang Kelana Jaya

Kelihatan Sdr Hamidi sedang memberi kata-kata aluan dari pihak MPP Selangor

Yb Hee sedang menjawab beberapa soalan dalam sessi dailog tersebut

Yb Nik Nazmi juga sedang memberi beberapa pandangan dalam sessi tersebut
Tim Ketua Cabang Tuan Hj Yusof sedang menanyakan beberapa soalan

Barisan kepimpinan MPN Selangor

Antara Jawatankuasa yang hadir pada malam tersebut

Pada 25/01 tempohari satu kunjungan mesra oleh Majlis Pimpinan Negeri Selangor bertempat di pejabat PKR Cabang Kelana Jaya di Usj 4 Subang Jaya...

Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Yb Hee Loi Sian yang bertindak sebagai Naib MPN Selangor yang mewakili Timbalan MPN Tuan Syed Shahir selaku Ketua Cabang Kelana Jaya...

Antara pimpinan lain yang turut hadir ialah Sdr Hamidi (S/u) Sdr Zakaria (Tim S/u) dan juga Sdr Subuh (Penolong S/u) serta Sdr Sharipudin (Ketua Cabang PJS)...

Banyak perkara yang diperbincangkan pada malam itu dalam sessi dailog antara Jawatankuasa Cabang dan juga MPN Selangor...

Apa pun sama-sama kita berharap agar perjumpaan tersebut akan mendatangkan kebaikan bagi kedua-dua pihak supaya ianya menjadi satu titik permulaan kejayaan bagi PKR Cabang Kelana Jaya itu sendiri...





Ceramah Agama Bersama Ustaz Suhaimi Bin Watid Di Blok 7 Desa Mentari






Saya bersama Yb Nik Nazmi berkesempatan untuk sama-sama hadir dalam program Ceramah bersama Ustaz Suhaimi bin Watid dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) walaupun kami terpaksa meninggalkan program tersebut sebelum ke penghujungnya...

Tahniah kepada KRT Blok 7 Desa Mentari atas daya usaha menganjurkan program ini dan alhamdulillah kehadiran pun baik pada malam itu walaupun cuaca tidak baik hujan sepanjang malam...

Rabu, 27 Januari 2010

Senamrobik Bersama Dato Bandar & Kakitangan Majlis









Pada hari sabtu yang lalu saya sempat bersama dalam program senamrobik bersama Dato Bandar P Jaya serta beberapa orang kakitangan MBPJ....

Program sebegini diadakan pada setiap bulan bermula pada bulan disember yang lalu ...

Selain dari kakitangan pihak majlis juga menjemput penduduk Petaling Jaya bagi menyertainya dan pada pagi tersebut turut juga diadakan pertandingan terompah gergasi secara terbuka kepada semua ...