Ahad, 22 November 2009

Kursus Asas Pengurusan PBT- Ahli Majlis

Bersama Ahli Majlis Shah Alam juga rakan dalam parti sejak tahun 2000 Sdr Tan Ah Kaw

Yang Berbahgia Dato Ishak selaku Pengarah ILPBT merasmikan kursus tersebut

Ketua Pengajar kami Sdr Rosli yang mempunyai banyak pengalaman yang kami dapat dari beliau melalui kursus ini

Puan Azizah dari MBPJ sedang mengajar kami tentang borang aktiviti di zon masing-masing

Bersama Hj Ghazali Ahli Majlis MBPJ
Perbincangan secara berkumpulan sedang dijalankan

Pembelajaran tentang mewujudkan blog dan facebook

Persiapan terakhir sebelum persembahan dari setiap kumpulan pada penutup petang itu

Sijil yang diterima sebagai kenangan /penghargaan

Senamrobik diadakan pada hari pertama dan kedua basah habis

Ucapan penutup tamat kursus oleh Yb Phillip ADUN Teluk Datuk

Kursus tersebut berlangsung di ILPBT (Institut Latihan Pihak Berkuasa Tempatan) Morib selama 3 hari 2 malam...
Dalam kursus tersebut banyak yang kami pelaji antaranya perihal akta dan undang-undang PBT,Penguatkuasaan dan tindakan,pengiraan bajet di setiap PBT,Perancang Bandar,pengisian borang peruntukan sosial yang baru yang akan digunakan,tugas dan peranan jawatankuasa-jawatankuasa yang ada di PBT dan sebagainya lagi...
Pada kursus ini juga kami diberi tahu tentang beberapa perkara penting yang kami tidak tahu dan ianya perlu dijadikan teladan untuk kami perbaiki lagi...
Saya secara peribadi ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya menghabiskan kursus ini selama 3hari 2malam dan kepada tenaga pengajar yang diketuai oleh Sdr Rosli dan rakan-rakan terima kasih atas ilmu yang diberi kepada kami kepada Pengarah ILPBT Dato Ishak anda begitu sporting sekali....
Terima Kasih....







Tiada ulasan: