Sabtu, 13 Mac 2010

Masalah Kuil Di Pjs 5 Taman Desa Ria







Isnin 08 march yang lepas saya bersama Yb Nik Nazmi,Ahli Majlis Selvaraja,MBPJ,Pejabat Tanah,JPS dan juga wakil penduduk telah mengadakan lawatan ke kuil di Pjs 5 Taman Desa Ria...

Hasil dari aduan dan rungutan dari penduduk kami mengambil kata sepakat untuk melawat tapak kuil tersebut yang telah dibina lebih dari lima tahun dahulu ...

Menurut kata jawatankuasa kuil tersebut mereka telah memohonnya dari pejabat tanah namun tidak ada apa-apa jawapan sehingga kini tetapi menurut pelan asalnya ianya juga melibatkan pihak Tnb pada permulaannya tetapi setelah dialaih rentes elektrik tersebut ianya bukan lagi dibawah Tnb...

Pihak JPS sendiri memang tidak boleh meluluskan tapak tersebut kerana ianya telah melanggar peraturan-peraturannya dan terdapat pula tambahan lama dan baru lagi...

Pada permulaannya ianya menjadi agak tegang perbincangan tersebut namun ianya tidaklah menjadi begitu serius sangat dan masih boleh dikawal jawatankuasa kuil tersebut menyangkakan kami akan mengambil tindakan dan akan merobohkannya pada hari itu...

Penduduk juga membantah struktur binaan yang baru dibina dan sering membuat bising di kawasan kuil tersebut...

Apa pun kami mengambil kata sepakat bahawa akan ada satu mesyuarat berkenaan kuil tersebut pada hari selasa ini 16/03 bersama Yb Dr Xavier di pejabatnya ....

Syarahan Perdana Pakatan Rakyat 2 Tahun - Di Stadium Malawati Shah Alam










Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor


Ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim

Pengerusi Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor

Ucapan dari Yb Lim Kit Siang

Yb Nasharuddin Timbalan Presiden PAS

Pengerusi Pas Selangor

Tan Sri Dato Seri Khalid Ibrahim

Simbolik Perasmian Konvensyen

Bersama AMK Kelana Jaya

Sempat berborak dengan mantan Ketua Wanita Selangor Kak Maznah

Satu lagi sejarah telah tertulis buat ketiga-tiga parti iaitu PKR,DAP dan juga PAS apabila diadakan Konvensyen Pakatan Rakyat bagi Negeri Selangor ...

Tujuan Konvensyen ini adalah salah satu tujuannya ialah untuk mengilap balik kekuatan dan keyakinan ahli serta penyokong atau pendokong parti tentang apa sahaja fitnah yang mendatang dan bertepatan pula dengan sambutan dua tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor ini...

Turut sama hadir ialah Ketua Umum Dato Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat ...

Dalam pengisian program tersebut yang di penuhi dengan ucapan-ucapan kepimpinan parti-parti Pakatan Rakyat amat baik sekali dan ianya mungkin 70/80% boleh dijadikan iktibar atau pedoman dalam perjuangan ini....

Pada Konvensyen tersebut juga diadakan simbolik perasmian pokok yang kononnya ditaman oleh ketiga-tiga pemimpin parti iaitu Tan Sri Khalid (PKR),Yb Teressa (DAP) dan Yb Dato Hassan Ali (PAS)...

Apa pun sekalung tahniah diucapkan kepada Pengerusi Program tersebut Tuan Syed Shahir dan rakan-rakan yang bertungkus lumus menganjurkan konvensyen tersebut dan khabarnya arahan yang diterima untuk mengadakannya amat singkat waktunya...

Jumaat, 12 Mac 2010

Program Kitar Semula (Kotak Minuman)

Ucapan Perasmian oleh Dato Bandar

Persembahan dari anak-anak Sek Kebangsaan Kelana Jaya

Setakat petang itu jumlah kotak minuman terkumpul ialah 289,669

Antara ahli-ahli majlis MBPJ yang turut hadir

Arca Menara MBPJ di hiasi dengan kotak

Program kitar semula (kotak minuman) telah dirasmikan oleh Dato Bandar Petaling Jaya Dato Roslan Sakiman di One Utama Bandar Sri Damansara...




Program Mesra Penduduk Di PPRT Lembah Subang

Bersama Yb Dr Nasir dan juga Pengarah Aduan Ym Tg Nazarudin

Dam papan antara sukan rakyat yang dipertandingkan

Yb Dr Nasir melepaskan pertandingan tarik tali antara blok


Sdr Halil (ahli majlis kawasan) merasmikan gelanggang bola jaring


Persembahan oleh anak-anak penduduk tersebut

Ucapan perasmian oleh Yb Dr Nasir ( ADUN KAwasan )

Turut hadir Ahli Majlis Sdr Selvaraja

Selepas sahaja Program di Mentari Court saya berkesempatan ke Program Mesra Penduduk di PPRT Lembah Subang ...

Dalam program tersebut yang dibawah penyeliaan ahli majlisnya Sdr Halil amat menarik sekali dengan kehadiran juga Yb Dr Nasir Hashim ADUN Kawasan tersebut...

Apa yang dapat dilihat program tersebut dapat mengeratkan lagi silaturrahim bukan sahaja antara penduduk malahan pemimpin-pemimpin masyarakat yang hadir pada hari tersebut dan dengan beberapa penyertaan dari agensi-agensi kerajaan antaranya pihak Zakat,Tabung Haji,AADK,pejabat ADUN,Jabatan Kebajikan dan beberapa agensi lagi selain dari pihak MBPJ sendiri sudah tentu akan lebih memudahkan lagi pertanyaan atau urusan penduduk di situ...

Program tersebut juga saya lihat banyak acara-acara yang diadakan antaranya sukan-sukan rakyat dan juga futsal dan banyak pula hadiah-hadiah yang disediakan pada hari tersebut selain dari cabutan bertuah...

Saya cuba juga hendak mengadakan program tersebut dikawasan saya namun menurut kata Jabatan Sosial di zon saya sebelum ini pernah dibuat dan terpaksalah menanti giliran sekiranya hendak dibuat dan mungkin juga selepas bulan enam tahun ini...

Tahniah buat Ahli Majlis kawasan tersebut dan juga pihak MBPJ serta agensi-agensi lain yang terlibat....

Khamis, 11 Mac 2010

Kempen Cegah Denggi Mentari Court

Ucapan Perasmian

Antara penduduk yang turut sama hadir

Pegawai Kesihatan MBPJ menerangkan tentang bahaya aedes

Pengerusi Surau Mentari Court


Peralatan yang disediakan oleh pihak MBPJ


Pada 06 march yang lalu saya bersama kakitangan Jabatan Kawal Selia (Kesihatan) MBPJ beserta JMC dan juga penduduk Mentari Court mengadakan program gotong royong serta kempen cegah denggi ...

Rentetan selepas sahaja kes denggi yang membawa kepada kematian di Pjs 5 dan juga kes denggi yang semakin meningkat sertakesedaran masyarakat yang terlalu kurang tentang denggi saya bersama pihak MBPJ akan mengadakan kempen ini di seluruh zon 24 tanpa mengira dibawah pihak majlis atau pun tidak penyeliaannya .....

Jika dua bulan lepas telah diadakan di seluruh kawasan Desa Mentari dan Kg Lindungan selepas itu di Pjs 5 Desaria (Fasa 1) kini saya mengadakannya di Mentari Court dan insyaalah pada hujung bulan march atau awal februari saya akan mengadakannya di Pjs 5 ( fasa2) pula dan yang terakhir pula akan diadakan di Pjs 10 ...

Saya amat berharap agar setiap daripada kita sama-sama menjaga kebersihan kawasan persekitaran dan yang harus diingat nyamuk aedes ini amat menggemari kawasan takungan air yang bersih bukannya yang kotor...



Sambutan Tahun Baru Cina - MBPJ



Pada hari sabtu ini 13/03 ini pihak MBPJ akan mengadakan sambutan tahun baru cina di kawasan parkir dewan sivik MBPJ ...

Majlis ini akan diadakan bermula dari jam 7 malam dan diselang selikan dengan berbagai acara lagi disertakan juga hadiah-hadiah cabutan bertuah yang boleh dimenanggi oleh setiap pengunjung...

Sekali lagi saya bagi pihak majlis ingin menjemput seluruh penduduk khasnya Petaling Jaya amnya Selangor untuk hadir bersama meraikannya...

Jumaat, 5 Mac 2010

Pesta Ponggal Di Desa Ria Pjs 5 (fasa 1)




Turut diserikan dengan tarian naga

Selepas sambutan tahun baru cina di SS 7 kami bergegas pula ke Desa Ria Pjs 5 bagi menjayakan majlis penutupan pesta ponggal di Pjs 5 Dun Seri Setia ....

Majlis perasmiannya pula telah dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Yb Dr Xavier yang telah sudi hadir tetapi saya tidak dapat menghadirkan diri pada pagi tersebut atas urusan tertentu...

Manakala majlis penutupannya telah dilakukan oleh Yb Nurul Izzah Anwar dan juga Yb Nik Nazmi ...

Dalam program tersebut saya telah dimaklumkan oleh Pengarah Pogram tersebut Sdr Chandrabos bahawa terdapat sebanyak 300 lebih periuk telah dimasak dalam program tersebut dan ini merupakan kali kedua mereka menjayakannya...

Apa pun tahniah saya ucapkan kepada MPP saya sdr Chandrabos dan rakan-rakannya atas usaha mereka mengadakannya...