Pada hari rabu yang lepas saya bersama Amk Kelana jaya serta Yb Nik Nazmi turun bagi mengutip derma untuk adik Nazirah Alia yang kini sakit di Mentari Court...
Jumaat, 13 November 2009
Kutipan derma ke 2 adik Nazirah Alia
Pada hari rabu yang lepas saya bersama Amk Kelana jaya serta Yb Nik Nazmi turun bagi mengutip derma untuk adik Nazirah Alia yang kini sakit di Mentari Court...
Rabu, 11 November 2009
Pelancaran dan Kutipan Tabung adik Nazirah Alia bt Noor Ismail
Sekitar gambar-gambar semasa kutipan di pasar malam Kg Lindungan
Ahad, 8 November 2009
Sidang Akhbar Kempen Tembak Gagak
Rabu, 4 November 2009
13 Aurat wanita
1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.
5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tan gan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Sura h An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti -
Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D An Nasaii dan Ibn Majah. Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud :
Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali .
Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.
Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Wanita-wanita yang dikasihi sekelian..tunggu apa lagi, tutuplah auratmu, kerana ianya perintah dari Allah, Allah yang menciptakan kamu, Rabb yang memberikan kita kehidupan kekal abadi diakhirat kelak, baik atau buruk diatas rahmat Dia dan bagaimana buku amal kita diterima kelak.
Jangan tunggu apa lagi, kita tidak pasti bila ajal maut kita atau bila Allah pilih kita untuk diberi hidayah..para isteri, tidak sayangkah anda pada suami2 anda? suami2 anda akan ditanya, dipersoalkan kelak dihadapan Allah..kasihan pada mereka..suami-suami? tidak cintakah lagi pada isteri?
Isteri anda akan menerima azab yang berat di akhirat..Na'uzubillahhimin zaliq..bersama-samalah kita berpesan untuk kebaikan bersama dan berdoa ke hadrat Allah atas kesilapan-kesilapan dan dosa-dosa yang telah kita lakukan, sentiasa bermuhasabah dan menginsafi diri sendiri serta tidak putus asa daripada meminta rahmat Allah s.w.t kerana ia adalah sifat kaum-kaum yang beriman..
Rabbana aatina fiddunya hasanah wafil aakhirati hasanah waqina 'azabannar. Amin.
Selasa, 3 November 2009
Perbicaraan Kes Hj Yahya Saari

Isnin, 2 November 2009
Majlis Perkahwinan Adik M Nizam



Ahad, 1 November 2009
Taklimat Migrasi Akaun Meter Pukal oleh Syabas

Anugerah Kejiranan Petaling Jaya (MBPJ)
Ucapan Perasmian Anugerah disampaikan oleh YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor
Kelihatan isteri Dato Bandar menyampaikan buah tangan kepada Puan Sri Salbiah
Persembahan tarian Bangra dari kanak-kanak Penduduk PJS 2 menghiburkan tetamu
Ini meja makan Ahli-ahli Majlis MBPJJumaat, 30 Oktober 2009
Adun Port Klang - Badrul Hisham

Kisah si Badrul Hisham ini sudah tidak mengejutkan saya dan rakan-rakan dalam PKR Selangor ...
Dah lama saya mengenali si Badrul Hisham nii sebelum Pilihanraya lagi orangnya pun tak banyak cakap cuma agak pelik kenapa bila menang berbeza sekali perangainya sehinggalah kini...
Saya sendiri telah menjangkakan bahawa suatu hari nanti si Badrul ini akan keluar parti atas desakan orang orang tertentu dan orang di sekelilingnya yang cuba mengambil kesempatan atas kelemahan dan kesihatannya yang tidak memberangsangkan (tak boleh cerita sakit apa nanti sensitif) ...
Badrul Hisham dalam media semalam menyatakan kononnya pihak PKR dan MB Selangor tidak mempedulikannya dan tidak menyelesaikan masalahnya dan menuduh bahawa mencampuri urusan beliau di Dun Port Klang walhal beliau sendiri pun tidak menghormati Tuanku Sultan Selangor untuk menghadiri program yang Tuanku hadir...
Sebenarnya kerajaan negeri telah banyak kali menasihati beliau namun tidak di indahkannya beliau juga tidak menjaga dan membuka bilik khidmat masyarakat Dun malahan Tan Sri MB sendiri yang meminta agar Yb Nik Nazmi mengendalikannya dan telah melantik sdr Irwan (Ketua AMK Klang) mengendalikannya namun sikap beliau masih lagi diam membisu...
Ingatlah rakyat yang telah memilih sdr ... tanpa rakyat sudah tentu hidup sdr pun tidak menentu
Khamis, 29 Oktober 2009
Kempen Tembak Gagak


Pagi tadi telah berlangsungnya mesyuarat kali ke2 Kempen Tembak Gagak MBPJ...Selasa, 27 Oktober 2009
Deepavali Dun Seri Setia






