Isnin, 6 September 2010

Operasi "Merdeka" Di Hotel & Pub Sekitar Zon 24









Pada tarikh malam 30 ogos yang lalu saya bersama pihak Penguatkuasa Mbpj,JAIS,AADK dan juga jawatankuasa Masjid Al Husna serta surau-surau berhampiran mengadakan Operasi "Merdeka"...

Setelah saya mengemukakan idea bagi mengadakan operasi ini pihak-pihak terbabit bersetuju mengadakannya dan alhamdulillah hasil perbincangan yang begitu singkat akhirnya berjaya juga dilakukan operasi ini...

Operasi "Merdeka" ini telah dimulakan pada jam 10 malam dimana pihak JAIS dan pihak Masjid serta surau serta tidak ketinggalan juga dari Unit Amal PAS telah membuat serbuan di taman Pjs 10 Tmn Sri Subang dan telah berjaya menahan dua pasangan didalam kereta sementara Penguatkuasa Mbpj pula mengadakan serbuan di pusat hiburan di Pjs 10 ...
Kami berkumpul semula di masjid Al Husna dan meneruskan operasi di hotel-hotel (budget) pada jam 1 pagi hasil daripada serbuan tersebut 8 pasangan "sehati sejiwa" di tangkap atas dakwaan berkhalwat didalam bilik masing-masing di samping itu juga pihak JAIS telah menemui beberapa bungkusan kondom yang disorokkan...

Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan operasi ini dan saya merancangkan operasi ini akan diadakan sekerap yang mungkin...


Tiada ulasan: