Khamis, 30 September 2010

Rumah Terbuka MBPJ







Pada hari jumaat yang lepas pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah mengadakan jamuan rumah terbuka hari raya di Stadium Kelana Jaya pada jumaat 24/10 yang lalu...

Seperti kebiasaannya sememangnya sambutan kehadiran yang mengunjungi rumah terbuka ini memang ramai tidak kira apa golongan agama bangsa pun hadir ...

Tahun ini majlis rumah terbuka ini diadakan seprti juga tahun-tahun yang lalu iaitu di Stadium MBPJ Kelana Jaya...

Antara tetamu VVIP yang hadir adalah Tan Sri Menteri Besar Selangor serta Exco Negeri Dato Hassan Ali ...

Sidang Akhbar Calon-calon Exco AMK Pusat (Generasi Reformasi)



Sidang akhbar yang diadakan di Hotel Media Tropicana pada 01/09/2010
Kami dari "GENERASI REFORMASI" menawarkan diri untuk berkhidmat dalam organisasi AMK Pusat....
Kami berharap agar kami diberi peluang untuk mengharungi cabaran ini baru menjadikan ianya satu "HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA'....

Rabu, 29 September 2010

Bersama Calon Exco AMK Pusat



Antara gambar-gambar sewaktu kami ke Kg Gajah dan juga di Debat Calon Ketua Amk pusat di Taiping Perak...

Selasa, 28 September 2010

Ziarah Dan Sumbangan Di Surau Blok 8 Desa Mentari


Semasa ucapan saya di surau blok 8 Desa Mentari saya terlebih dahulu memohon kepada semua jemaah kerana sumbangan tersebut sepatutnya diberi pada bulan ramadhan yang lalu tetapi atas beberapa sebab termasuk menjaga almarhum bapa saya maka ianya terpaksa di tunda pada malam tersebut...

Pada malam tersebut saya turut juga menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Penduduk yang akan mengadakan jamuan aidilfitri pada hari ahad 26hb yang lalu ...

Tahlil Dan Jamuan Aidilfitri Di Rumahku

Jawatankuasa Penduduk PJS 10 yang turut hadir
Sdr Zakaria dan juga Saudara Hamidi dari MPN Selangor

Sdr Onn dan juga Sdr Suban dari Pangsapuri Damai
Yb Nik Nazmi dan isteri sedang menanti chau kueh tiau
Turut hadir Yb Amiruddin Shaari ADUN Bt Cave

Antara rakan-rakan yang hadir Sdr Nasir Isa dan juga Dato Hamidin
Rakan-rakan dari Desa Mentari
Alhamdulillah telah tertunai hajat kami sekeluarga terutama ibu saya sendiri untuk mengadakan majlis tahlil dan jamuan kepada rakan-rakan dan saudara mara...
Majlis tersebut telah diadakan pada 19/09 yang lalu yang mana turut dihadiri bersama Yb Yaakob Sapari Exco Kerajaan Negeri serta Yb Hee Loi Sian Ahli Parlimen PJS...
Sekali lagi ingin saya sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir di majlis kami ini mohon maaf andai ada kekurangan dari segi layanan serta hidangan dan sebagainya lagi terhadap tetamu yang hadir pada hari tersebut...

Rabu, 15 September 2010

Ziarah Ramadhan - Penyampaian Sumbangan di Blok 5 Desa Mentari



Alhamdulillah saya diberi kesempatan sekali lagi untuk hadir di Surau Blok 5 Desa Mentari bagi menyempurnakan pemberian sumbangan kepada orang kurang berkemampuan di Blok 4,5,6 dan 7 Desa Mentari...

Disamping itu juga penyampaian sumbangan kepada jawatankuasa dan petugas-petugas surau pada bulan ramadhan diberikan juga pada malam tersebut...

Tidak dilupakan juga mereka yang telah khatam quran turut diberi hadiah oleh jawatankuasa surau tersebut...

Dalam ucapan pada malam tersebut saya turut mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua bagi pihak almarhum bapa saya sendiri serta saya dan keluarga...

Apa pun ingin saya ucapkan tahniah kepada jawatankuasa surau Al istiqamah blok 5 Desa Mentari atas daya usaha yang dijalankan pada setiap tahun,terima kasih juga atas jemputan...

Sabtu, 11 September 2010

Ziarah Ramadhan - Desaria & Blok 2 Desa Mentari

Berbuka puasa bersama jemaah surau di Taman Desaria 5A
Antara sumbangan dari ADUN Seri Setia kompang dan beras
Ucapan Ketua Cabang PKR K Jaya Tuan Syed Shahir
Ucapan Yb Nik Nazmi ADUN Seri Setia
Moreh di surau Al Azhar blok 2 Desa Mentari
Ziarah Ramadhan kali ini adalah di Surau Alukwah di Pjs 5 Desaria untuk program berbuka puasa manakala terawih pula di surau Al Azhar di Blok 2 Desa Mentari...

Program ziarah ramadhan kali ini turut disertai bersama Yb Nik Nazmi dan untuk terawih pula disertai oleh Tuan Syed Shahir Ketua Cabang PKR Kelana Jaya...

Di Surau Al Azhar pula pada malam itu turut diadakan majlis sumbangan oleh Yb Nik Nazmi dan juga Tuan Syed Shahir kepada pihak yang tidak berkemampuan menjelang aidilfitri khusus bagi penduduk di blok 1,2,3 dan juga 7 Desa Mentari...

Dalam ucapan saya, saya memohon maaf kerana ramadhan tahun ini saya tidak berkesempatan untuk hadir diseluruh surau zon 24 atas sebab menjaga allahyarham bapa saya ketika ia sakit begitu juga dengan ibu saya selepas kematian bapa saya walau bagaimana pun insyallah saya akan cuba menziarahi ke surau-surau selepas hari raya ini...

Pemergian Allahyarham Bapaku


Rakan-rakan dari Unit AMAL PAS Selangor




Kain hijau ini almarhum beli di Mekah beliau berpesan pakaikan untuknya semasa meninggal dan selepas itu disedekahkan










Di makamkan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara

AL FATIHAH...

Tanggal 29/09/2010 jam 2.30am aku telah kehilangan bapaku yang tercinta Hj Abu Bakar Bin Basirudin di rumahku ....

Almarhum bapaku telah mengalami berbagai penyakit yang ganjil selama hampir empat bulan dan telah dimasukkan di PPUM sebanyak dua kali...

Alhamdulillah kami semua redha allah taala mengambilnya dalam bulan ramadhan ini dengan keadaan yang begitu mudah sekali hanya mengalami sesak nafas selama 15minit sahaja...

Aku bersyukur kepada allah taala bahawa bagiku segala yang beliau inginkan atau berkehendak dapat aku laksanakan sehinggalah beliau ke liang lahat dapat aku menguruskannya sekeluarga...

Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang menziarahinya semasa beliau di PPUM atau pun dirumah semasa beliau hidup ,sebelum atau selepas beliau meninggal ,kepada yang bersedekah juga aku ucapkan terima kasih dan alhamdulillah kehadiran rakan-rakan almarhum cukup ramai sekali hanya allah yang membalasnya...

Kami sekeluarga juga mohon maaf bagi pihak almarhum sekiranya beliau ada terkasar bahasa secara sedar atau pun tidak disedari kepada sahabat-sahabat sekiranya beliau ada berhutang dan perlu dituntut bolehlah berjumpa dengan kami waris-warisnya dan sama-samalah kita berdoa agar amalannya diterima oleh allah subhanallahhitaala...