Khamis, 15 April 2010

Pusat Tuisyen Sukarelawan Mentari Di Desa Mentari

Ucapan perasmian oleh Yb Nik Nazmi

Antara ibu bapa yang hadir

Persembahan pelajar-pelajar

Turut kelihatan guru sekolah rendah Yb Nik Nazmi disebelahnya

Sumbangan kepada pelajar-pelajar



Minggu lepas 11/04 ahad saya berkesempatan menghadiri perasmian Pusat Tuisyen Sukarelawan 'Mentari Project' oleh Yb Nik Nazmi ADUN Seri Setia di Blok 8 Desa Mentari...

Al kisahnya Pusat Tuisyen tersebut telah mula di buka pada tahun 2008 (sebelum pilihanraya) oleh Yb Nik Nazmi dan beberaapa orang lagi rakan-rakannya secara sukarela sehingga kini pun masih lagi secara sukarelaan yang diketuai oleh Kak Mawarni dan dibantu oleh anaknya Yassir serta rakan-rakannya yang lain...

Ketika bermulanya Pusat Tuisyen ini ianya ditempatkan di tingkat 12 Desa Mentari dan sekarang ianya telah berpindah di tingkat bawah kedai dan juga pertambahan pelajar yang ramai berbeza dari awal penubuhannya dahulu...

Sekalung tahniah saya ucapkan buat Yb Nik Nazmi dan juga tenaga pengerak Pusat Tuisyen ini

atas kejayaan yang dikecapi untuk membela pelajar-pelajar disini dengan bayaran cuma rm 10 sahaja...

Tahniah...semoga ianya membuahkan kejayaan...........

Tiada ulasan: