Sabtu, 3 April 2010

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Blok 3 Desa Mentari







Pada 28/03 yang lalu saya sempat menghadiri dan merasmikan mesyuarat agung Persatuan Penduduk Blok 3 Desa Mentari ...

Dalam mesyuarat agung itu saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada mereka walaupun tidak ada pemilihan namun kehadiran agak ramai juga dan dihadiri oleh berbagai juga pelbagai kaum dan bangsa penduduk di blok 3 itu...

Saya hanya sempat hadir pada pagi tersebut dan merasmikannya tetapi penutupannya telah diadakan oleh Yb Nik Nazmi...

Dalam ucapan saya pada pagi tersebut saya amat berterima kasih kepada blok 3 kerana atas daya usaha mereka sehinggakan mereka sanggup untuk menjual minyak masak terbuang dan juga kotak-kotak bagi menambahkan pendapatan persatuan bagi menjayakan berbagai aktiviti di blok 3 Desa Mentari ini...

Saya juga menyatakan kepada mereka bahawa blok 3 ini boleh dijadikan contoh terbaik untuk dijadikan contoh kepada setiap blok di Desa Mentari...

Tiada ulasan: