Jumaat, 30 April 2010

Isu Tapak Sekolah Dan Kuil KTM Desaria


Satu lawatan telah dibuat oleh saya dan juga Sdr Suhaimi Pembantu Khas Yb ADUN bersama sama Arkitek yang turut sama dalam lawatan tersebut...

Dalam perbincangan tersebut pihak Kuil KTM bersetuju sekolah tersebut dibina dahulu tetapi dalam masa yang sama pihak Pejabat Tanah dan juga MBPJ mestilah memikirkan tentang tapak kuil yang baharu untuk digantikan...

Menurut arkitek sekolah menengah tersebut tapak kuil itu merupakan tapak padang sekolah dan ianya perlu dipindahkan sebelum 80% dari bangunan sekolah tersebut siap ...

Walau bagaimana pun saya akan berbincang dengan beberapa pihak bagi urusan perpindahan tanah tersebut pada tahun ini juga...

Lawatan Tapak Masjid Kg Lindungan






Satu lawatan tapak masjid Kg Lindungan telah diadakan bersama Yb Nik Nazmi beserta Jawatankuasa Masjid Kg Lindungan dan juga kontraktor Masjid tersebut...

Hasil dari lawatan tersebut pihak kontraktor akan memulakan tugasannya pada hari tersebut juga dan sehingga hari ini kerja-kerja meratakan tanah telah pun dijalankan oleh kontraktor tersebut...

Menurut jangkaan pihak kontraktor tersebut masjid tersebut akan disiapkan dalam masa dua tahun paling maksimum katanya...

Apa pun kita berharap agar ianya akan terhasil dan tercapai hajat penduduk Kg Lindungan untuk melihat sendiri masjid yang besar yang dapat menampung jumlah jemaah di Kg Lindungan ini...









Khamis, 29 April 2010

Lawatan Sambil Bertukar Pandangan Di Sarawak

Di Dewan Undangan Negeri Sarawak



Kilang Pasu

Pasar Tamu DBKU terkenal dengan ikan masin



Lawatan ke Muzium Sarawak

Di Dewan Bandaraya Kuching Utara


Di Bandaraya Kuching Selatan

Dato Bandar Kuching Selatan

Kilang kek lapis terkenal




Dato Bandar Kuching Utara

Makan tengahari berlatar belakangkan Gunung Santubong


Pada 31/03 sehingga 02/04/2010 telah diadakan lawatan sambil bertukar pandangan ke Sarawak ....

Antara yang terlibat Dato Bandar,Ahli-ahli Majlis serta Pengarah-pengarah dan juga kakitangan berkenaan yang turut serta...

Banyak yang boleh dipelajari dan menilai perbezaan yang boleh dilihat...

Antara tempat yang kami kunjungi ialah Majlis Bandaraya Kuching Selatan,Dewan Bandaraya Kuching Utara,Muzium Kuching,Tempat membuat pasu,tempat membuat dan menjual kek lapis terkenal,Pasar satok dan DUN Sarawak...

Memandangkan hari dan waktu yang terhad kami 3hari 2malam maka lawatannya agak terbatas dan tidak semua tempat yang terkenal di Sarawak kami kunjungi...

Khamis, 15 April 2010

Kunjungan Dan Ziarah Di Blok 5 Desa Mentari

Kanak-kanak pengidap lukimia



"Tok Wan" suami kepada warga emas yang terlantar sakit

Bersama setiausaha Persatuan Penduduk Blok 5 Desa Mentari
Jawatankuasa UMNO turut hadir

Isteri Yb Nik Nazmi Dr Eiman turut sama mengunjungi









Pusat Tuisyen Sukarelawan Mentari Di Desa Mentari

Ucapan perasmian oleh Yb Nik Nazmi

Antara ibu bapa yang hadir

Persembahan pelajar-pelajar

Turut kelihatan guru sekolah rendah Yb Nik Nazmi disebelahnya

Sumbangan kepada pelajar-pelajar



Minggu lepas 11/04 ahad saya berkesempatan menghadiri perasmian Pusat Tuisyen Sukarelawan 'Mentari Project' oleh Yb Nik Nazmi ADUN Seri Setia di Blok 8 Desa Mentari...

Al kisahnya Pusat Tuisyen tersebut telah mula di buka pada tahun 2008 (sebelum pilihanraya) oleh Yb Nik Nazmi dan beberaapa orang lagi rakan-rakannya secara sukarela sehingga kini pun masih lagi secara sukarelaan yang diketuai oleh Kak Mawarni dan dibantu oleh anaknya Yassir serta rakan-rakannya yang lain...

Ketika bermulanya Pusat Tuisyen ini ianya ditempatkan di tingkat 12 Desa Mentari dan sekarang ianya telah berpindah di tingkat bawah kedai dan juga pertambahan pelajar yang ramai berbeza dari awal penubuhannya dahulu...

Sekalung tahniah saya ucapkan buat Yb Nik Nazmi dan juga tenaga pengerak Pusat Tuisyen ini

atas kejayaan yang dikecapi untuk membela pelajar-pelajar disini dengan bayaran cuma rm 10 sahaja...

Tahniah...semoga ianya membuahkan kejayaan...........

Jumaat, 9 April 2010

Mesyuarat Agung AMK Dan Cabang Kelana Jaya

Sekitar Gambar Mesyuarat Agung Tahunan AMK & Cabang Kelana Jaya

Yb Amirudin sudi merasmikan MAT AMK K Jaya

Gimik Perasmian

Ketika lagu " Kami Arus Perjuangan "

Cenderahati dari AMK K Jaya

Persidangan berlangsung

Saya menjadi pengacara majlis untuk MATC Kelana Jaya

Perasmian oleh YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor

Ucapan aluan oleh Ketua Cabang Tuan Syed Shahir

Antara perwakilan yang hadir


Persidangan sedang berjalan



Maka bermulalah pemilihan bagi perwakilan ke Kongres

Ahad lepas 04/04 selesai dan lega rasanya apabila saya dan rakan-rakan dapat menunaikan tanggungjawab dengan mengadakan mesyuarat AMK Cabang Kelana Jaya tahun 2009...

Dalam mesyuarat agung kali ini tidak ada pemilihan yang diadakan melainkan dengan pemilihan perwakilan ke kongres yang akan diadakan pada bulan may ini di Kota Baharu Kelantan...

Mesyuarat Agung AMK pada petang itu telah dirasmikan oleh Naib Ketua AMK Pusat merangkap ADUN Bt Caves Sdr Amirudin Saari...

Walaupun dengan kehadiran hanya 50 orang alhamdulillah dapat mencukupi korum/jumlah untuk mengadakan mesyuarat agung AMK ini...

Namun begitu dalam ucapan saya,saya menekankan perlunya kehadiran keahlian terumannya dari golongan muda yang baru ingin menceburi parti ini dapat ditarik untuk bersama...

Pada malam tersebut pula diadakan Mesyuarat Agung Cabang Kelana Jaya yang dirasmikan oleh Tan Sri Menteri Besar dengan kehadiran hampir 200 orang...

Apa pun saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam Mesyuarat Agung AMK dan Cabang Kelana Jaya...