Khamis, 1 Oktober 2009

Isu Pasar Malam PJS 10/2


Taklimat dari Pengarah Perlesenan Pn Hjh Shahrinaz

Bersama Persatuan Penjaja dan pihak MBPJ

Dilokasi tapak yang dicadangkan
Semalam 30/09 saya bersama beberapa pegawai MBPJ serta wakil dari Persatuan Penjaja turun ke tapak cadangan pengalihan pasar malam dari PJS 10/2 ke PJS 8/9 kawasan Mentari ...

Dalam perbincangan itu kami bertukar pandangan dan pendapat dan pada dasarnya kesemuanya bersetuju untuk diadakan di tempat tersebut...

Sebelum ini tempat tersebut pernah disuarakan oleh peniaga-peniaga kedai berhampiran supaya tempat tersebut dimajukan kerana mereka memikirkan tempat tersebut sesuai untuk aktiviti perniagaan...

Selepas melihat tapak kami bermesyuarat di pejabat saya bagi membincangkan tindakan selanjutnya dan tugasan yang akan dilakukan oleh pihak -pihak terbabit...

Akhirnya keputusannya telah diperolehi dan insyallah jika tidak ada apa-apa pemasalahan pasar malam tersebut akan dipindahkan sekurang kurangnya pada 11/11/09 dan akan dilesenkan pada Januari tahun hadapan...

Mungkin ada penduduk di PJS 10/2 tertanya tanya mengapa tidak dipindahkan dengan segera pasar malam tersebut,sebenarnya menurut Jabatan Perancang selepas kain rentang (banner) pemberitahuan/bantahan selepas 21hari tempohnya tanpa ada bantahan barulah boleh ianya dijalankan...

Dalam perbincangan tersebut juga kita bercadang pada awal tahun hadapan selepas dilesenkan kita akan mengadakan pasar malam tersebut menjadi pasar malam pelancongan di Petaling Jaya dan akan di jadikan pasar malam contoh dan kita akan menyeragamkan canopy,baju dan sebagainya kepada peniaga-peniaga pasar malam tersebut...

Tiada ulasan: