Jumaat, 7 Mei 2010

Gambar-gambar Penamaan Calon & Pilihanraya Hulu Selangor



Payung Terjun yang digunakan oleh BN semasa pencalonan


Menunggu giliran berceramah bersama Dr Mansor (Tim Ketua Menteri P Pinang)

Sempat juga bergambar dengan Dato Zaid Ibrahim

Di Pekan K Kubu Bahru




Selesai proses Penamaan Calon





Bantahan kami kepada Pegawai SPR yang bertugas




Dibilik Gerakan Cabang Kelana Jaya di Ampang Pecah




Jumaat, 30 April 2010

Isu Tapak Sekolah Dan Kuil KTM Desaria


Satu lawatan telah dibuat oleh saya dan juga Sdr Suhaimi Pembantu Khas Yb ADUN bersama sama Arkitek yang turut sama dalam lawatan tersebut...

Dalam perbincangan tersebut pihak Kuil KTM bersetuju sekolah tersebut dibina dahulu tetapi dalam masa yang sama pihak Pejabat Tanah dan juga MBPJ mestilah memikirkan tentang tapak kuil yang baharu untuk digantikan...

Menurut arkitek sekolah menengah tersebut tapak kuil itu merupakan tapak padang sekolah dan ianya perlu dipindahkan sebelum 80% dari bangunan sekolah tersebut siap ...

Walau bagaimana pun saya akan berbincang dengan beberapa pihak bagi urusan perpindahan tanah tersebut pada tahun ini juga...

Lawatan Tapak Masjid Kg Lindungan






Satu lawatan tapak masjid Kg Lindungan telah diadakan bersama Yb Nik Nazmi beserta Jawatankuasa Masjid Kg Lindungan dan juga kontraktor Masjid tersebut...

Hasil dari lawatan tersebut pihak kontraktor akan memulakan tugasannya pada hari tersebut juga dan sehingga hari ini kerja-kerja meratakan tanah telah pun dijalankan oleh kontraktor tersebut...

Menurut jangkaan pihak kontraktor tersebut masjid tersebut akan disiapkan dalam masa dua tahun paling maksimum katanya...

Apa pun kita berharap agar ianya akan terhasil dan tercapai hajat penduduk Kg Lindungan untuk melihat sendiri masjid yang besar yang dapat menampung jumlah jemaah di Kg Lindungan ini...









Khamis, 29 April 2010

Lawatan Sambil Bertukar Pandangan Di Sarawak

Di Dewan Undangan Negeri Sarawak



Kilang Pasu

Pasar Tamu DBKU terkenal dengan ikan masin



Lawatan ke Muzium Sarawak

Di Dewan Bandaraya Kuching Utara


Di Bandaraya Kuching Selatan

Dato Bandar Kuching Selatan

Kilang kek lapis terkenal




Dato Bandar Kuching Utara

Makan tengahari berlatar belakangkan Gunung Santubong


Pada 31/03 sehingga 02/04/2010 telah diadakan lawatan sambil bertukar pandangan ke Sarawak ....

Antara yang terlibat Dato Bandar,Ahli-ahli Majlis serta Pengarah-pengarah dan juga kakitangan berkenaan yang turut serta...

Banyak yang boleh dipelajari dan menilai perbezaan yang boleh dilihat...

Antara tempat yang kami kunjungi ialah Majlis Bandaraya Kuching Selatan,Dewan Bandaraya Kuching Utara,Muzium Kuching,Tempat membuat pasu,tempat membuat dan menjual kek lapis terkenal,Pasar satok dan DUN Sarawak...

Memandangkan hari dan waktu yang terhad kami 3hari 2malam maka lawatannya agak terbatas dan tidak semua tempat yang terkenal di Sarawak kami kunjungi...

Khamis, 15 April 2010

Kunjungan Dan Ziarah Di Blok 5 Desa Mentari

Kanak-kanak pengidap lukimia



"Tok Wan" suami kepada warga emas yang terlantar sakit

Bersama setiausaha Persatuan Penduduk Blok 5 Desa Mentari
Jawatankuasa UMNO turut hadir

Isteri Yb Nik Nazmi Dr Eiman turut sama mengunjungi