Khamis, 24 Disember 2009

Konvensyen Pakatan Rakyat







Konvensyen Pakatan Rakyat kali pertama telah berjaya diadakan pada hari sabtu yang lalu 19/12/09 di Auditorium MBSA dengan jayanya...

Apa yang dapat dilihat merupakan satu catatan sejarah di mana semua kaum berlainan agama boleh bersama duduk satu bumbung bagi meralisasikan impian rakyat Malaysia...

Dalam konvensyen tersebut juga dapat dilihat ketiga-tiga (PKR,DAP & PAS) pemimpin parti tersebut menyatakan satu resolusi bagi mencapai tujuan ke Putra Jaya seterusnya mengambil tampuk pemerintahan yang baru....

Seharian konvensyen itu juga menampakkan bahawa tidak ada apa perkara pun yang tidak boleh menjadi penghalang untuk Pakatan Rakyat bersama memperjuangkan hak rakyat...

Syabas dan Tahniah atas kejayaan,semoga matlamat dan dasar perjuangan akan tercapai...

Kemaafan Di pinta.......

Mohon kemaafan agar terlewat update .....

Laptop bermasalah dan berpenyakit.... alhamdulillah setakat telah mendapat rawatan susulan di ICU dengan kos yang boleh tahan mahal juga....

Khamis, 17 Disember 2009

Pemasalahan Lampu Isyarat Di PJS 8






Pemasalahan lampu isyarat di PJS 8 yang telah lama masih belum diselesaikan oleh pihak TNB sehingga kini ...

Aduan telah saya sampaikan didalam mesyuarat kepada pihak TNB tetapi hingga kini masih belum diselesaikan lagi walaupun tiangnya yang telah hampir satu tahun telah ujud disitu....

Apa yang menyedihkan tiang lampu isyarat tersebut telah dipenuhi dengan sticker along....

Harapan saya selepas sidang akhbar ringkas yang telah saya buat ini dapat diselesaikan masalahnya dengan segera....

Jumaat, 11 Disember 2009

Majlis Perpisahan Yb Rama (mantan Ahli Majlis)


Rakan-rakan Ahli Majlis bersama Dato Bandar dan Timbalannya

Ada perkara yang mustahak yang saya perbincangkan bersama Timbalan Dato Bandar


Petang semalam telah diadakan majlis perpisahan Senator Yb Ramakrisnan a/l Suppiah yang telah pun mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara...

Beliau telah pun melepaskan jawatannya sebagai Ahli Majlis MBPJ dan kini memegang jawatan sepenuhnya sebagai Senator...

Majlis perpisahan ini telah dilangsungkan di Hotel Hilton Petaling Jaya...

Tahniah dan Selamat maju jaya kepada Yb Senator Rama....

Pelancaran Buku Yb Nik Nazmi





Tahniah kepada sahabatku Yb Nik Nazmi kerana telah berjaya menulis serta menerbitkan sebuah buku hasil karyanya sendiri ......

Pelancaran bukunya dirasmikan oleh YAB Tan Sri Abd Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor di Kelana Mall Kelana Jaya...

Dalam usia yang semuda ini beliau dapat meluahkan segala hasil dan ideanya dalam sebuah buku .....Tahniah sekali lagi....




Rabu, 9 Disember 2009

Kursus Manik dan Jahitan









Semalam saya selaku Pengerusi Biro Basmi Kemiskinan Bandar sempat merasmikan Kursus Manik dan Jahitan di dewan Banquet Petaling Jaya...

Dalam ucapan pada pagi tersebut saya mengucapkan tahniah kepada mereka kerana mempunyai semangat untuk mempelajari sesuatu yang berfaedah dan boleh menjana pendapatan kepada mereka juga .....

Insyaallah selepas ini saya mencadangkan beberapa program yang perlu dibuat kepada mereka dengan kerjasama beberapa lagi agensi-agensi lain seperti Giat Mara,Sektor Informer dan lain-lain agensi yang boleh membantu juga...
Terima Kasih atas kerjasama dan kehadiran penduduk Desa Mentari,Lembah Subang & Kota Damansara yang sudi......





Apa Cerita Stadium Terengganu ???????(Stadium Deris)



Semasa ke Terengganu saya sempat MENZIARAHI PUSARA Stadium Terengganu yang terbiar lara ini....
Nampaknya seperti tiada apa keputusan yang diperolehi oleh kerajaan negeri berkenaan stadium ini .....
Mana kes yang cuba nak disiasat ....
Mana SPRM.......Kemana pergi kontraktor stadium ini Yb kawasan ini Exco kerajaan Negeri dan yang paling penting mantan MB Idris Jusoh......


Futsal MBPJ Pusingan ke 2







Pada hari sabtu yang lalu saya sempat keTerengganu untuk sama-sama menyaksikan perlawanan pusingan ke 2 Kejohanan Futsal Felda anjuran FAM ....
Sebagai pengurus sudah tentulah mengharapkan kemenangan apabila tiba disana alhamdullillah dengan kehadiran saya bersama En Halil (ahli majlis) pasukan futsal MBPJ telah memenangi dua perlawanan berturut turut di Terengganu sebagai menebus kembali kekalahan di P Langkawi minggu lepas...
Pasukan futsal wanita MBPJ akan memasuki perlawanan bagi pusingan ketiga pada hujung minggu ini di Pahang dan jika berjaya akan memasuki peringkat separuh akhir di Shah Alam pula....






Selasa, 8 Disember 2009

Lawatan MPP Zon 24 ke Karangkraf Shah Alam

Mendengar taklimat dari En Muhammad Effendi Tajorrudin selaku Exec Media Marketing

En Muhammad Effendi sedang memperkenalkan buku-buku keluaran Karangkraf

Di kawasan kilang percetakkan


Taklimat dari pihak editing



Cenderahati dari pihak Karangkraf kepada pihak MPP Zon 24

Cenderahati dari pihak saya kepada pihak Karangkraf


Pada hari khamis lepas saya bersama MPP (Majlis Perwakilan Penduduk Zon 24) telah mengadakan lawatan ke Karangkraf di Shah Alam ......
Dalam sessi lawatan tersebut banyak yang telah kami ketahui tentang percetakan dari Syarikat Karangkraf dan dibawa melawat seluruh kawasan perkilangan....
Apa yang membanggakan Karngkraf yang dimiliki sepenuhnya oleh Dato Hishammudin tidak mempunyai apa-apa hutang dari bank untuk menceburi bidang perniagaan ini....