Mengangkat Sumpah Sebagai Ahli Majlis Di MBPJ Pada 15/07/2010
Bersyukur saya kepada Allah swt atas limpah kurnianya saya disambung kembali sebagai ahli majlis musim ke 3 ini...
Saya masih lagi diamanahkan untuk berkhidmat di tempat seperti sebelumnya iaitu di zon 24 yang melibatkan Pjs 5,6,7,8 dan 10...
Untuk penggal ini seluruh ahli majlis disambungkan penggalnya iaitu selama 1tahun setengah berbeza pada tahun lepas hanya satu tahun sahaja...
Insyallah dengan amanah yang diberikan saya akan cuba berkhidmat dengan lebih baik lagi dari tahun yang sebelumnya...
Apa pun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Cabang PKR Kelana Jaya Tuan Syed Shahir serta Yb Nik Nazmi serta Datuk Bandar MBPJ atas sokongan dan dorongan mereka maka saya dilantik semula tidak saya lupakan juga kepada kedua ibu bapa saya juga keluarga yang mendoakan saya serta rakan-rakan yang banyak membantu saya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan