Ahad, 21 Februari 2010

Kempen Cegah Denggi di Pjs 5 (fasa 1) Desaria










Kempen cegah denggi terpaksa dilakukan di Pjs 5 (fasa 1) walaupun pada dasarnya tempat tersebut di bawah selian TD Managment namun begitu syarikat pemaju tersebut telah lama menghilangkan diri...

Setelah mendapat laporan adanya kematian di tempat tersebut akibat demam denggi saya meminta pihak Jabatan Kesihatan MBPJ beserta pihak Alam Flora bagi mengadakan kempen tersebut dengan sesegeranya tambahan pula tempat tersebut amatlah kotor dan teruk keadaannya...

Alhamdulillah pada hari sabtu yang lepas telah diadakan kempen pencegahan denggi di tempat tersebut walaupun penduduk masih lagi berdegil dan hanya beberapa orang sahaja yang mengambil bahagian walau bagaimana pun kempen tersebut tetap terus dijalankan sehingga jam 12 tengahari...

Apa yang dilihat sikap penduduk amatlah penting bagi mencegah penyakit tersebut dan apa yang membimbangkan saya tentang sikap mereka yang masih tidak berubah dan keadaan kawasan yang amat teruk sekali...

Apa pun saya akan meminta pihak MBPJ agar kerap mengadakan lawatan di tempat tersebut...
Insyallah selepas ini saya akan mengadakan kempen tersebut di Pjs 5 (fasa 2) pula...




Tiada ulasan: