Ahad, 21 Februari 2010

Kempen Cegah Denggi di Pjs 5 (fasa 1) Desaria










Kempen cegah denggi terpaksa dilakukan di Pjs 5 (fasa 1) walaupun pada dasarnya tempat tersebut di bawah selian TD Managment namun begitu syarikat pemaju tersebut telah lama menghilangkan diri...

Setelah mendapat laporan adanya kematian di tempat tersebut akibat demam denggi saya meminta pihak Jabatan Kesihatan MBPJ beserta pihak Alam Flora bagi mengadakan kempen tersebut dengan sesegeranya tambahan pula tempat tersebut amatlah kotor dan teruk keadaannya...

Alhamdulillah pada hari sabtu yang lepas telah diadakan kempen pencegahan denggi di tempat tersebut walaupun penduduk masih lagi berdegil dan hanya beberapa orang sahaja yang mengambil bahagian walau bagaimana pun kempen tersebut tetap terus dijalankan sehingga jam 12 tengahari...

Apa yang dilihat sikap penduduk amatlah penting bagi mencegah penyakit tersebut dan apa yang membimbangkan saya tentang sikap mereka yang masih tidak berubah dan keadaan kawasan yang amat teruk sekali...

Apa pun saya akan meminta pihak MBPJ agar kerap mengadakan lawatan di tempat tersebut...
Insyallah selepas ini saya akan mengadakan kempen tersebut di Pjs 5 (fasa 2) pula...




Bersama Jemaah Surau Di Desaria Pjs 5



Pada hari khamis yang lepas saya bersama Yb Nik Nazmi berkesempatan bersama jemaah untuk bersama-sama membaca surah yassin di surau tersebut...

Malam itu juga pihak surau beserta Jawatankuasa MPP saya Dr Ghapor memberi ruang kepada saya dan Yb Adun untuk menjawab beberapa persoalan di kawasan tersebut yang mana persoalan utama mereka adalah berkenaan kuil hindu yang semakin membesar...

Selepas itu kami dihadangkan pula dengan nasi berlaukkan kari ikan dan mengambil sunnah rasullah memakan nasi didalam dulang....

Terima kasih kepada jemaah dan juga jawatankuasa surau...

Selasa, 16 Februari 2010

Maka Bermulah Episod Ke 2 Kes DSAI









Rakyat telah menjangkakan bahawa apabila sahaja si Najib naik menjadi PM maka akan meranalah nasib Dato Seri Anwar Ibrahim...

Nah ...kini terbukti jangkaan saya sendiri si Najib sedang dan akan memberi kesengsaraan kehidupan kepada Anwar Ibrahim dalam espisod ke 2 ini...

Umum tahu kalau dulu Mahathir sendiri yang menjatuhkan hukuman terhadap Dsai tapi kuasa rakyat malahan kuasa yang maha berkuasa allah lebih hebat dari kuasa Anwar Ibrahim..

Kini Dsai terpaksa pula berhadapan dengan kes sebegini dalam episod yang ke 2 yang semua orang tahu bahawa kita diperbodohkan sekali lagi oleh pak menteri dan rakyat sendiri menjadi kehairanan kenapa kes yang sama dibawa semula ...

Sepanjang kes ini bermula saya cuba juga mencari dan mendengar beberapa pandang pandangan dari berbagai pahaman politik ada juga orang Umno yang terkejut kenapa perlu dibawa semula kes yang sama cuma pelakonnya berlainan dan ini menimbulkan keraguan mereka sendiri sedangkan doktor-doktor telah mengesahkan tidak berlaku sebarang tusukan pun...

Minggu lalu saya bertemu dengan seorang bekas penagih yang menceritakan pengalamannya bersama Dsai di Penjara Sg Buluh katanya Dsai pernah membawanya berjumpa dengan doktor didalam penjara dan memarahinya kerana doktor tersebut tidak mahu merawatnya akhirnya doktor tersebut terpaksa merawatnya beliau juga menyatakan tentang pengalamannya yang pernah meliwat orang didalam penjara katanya lagi sekiranya si mangsa diliwat secara automatik dia akan merasa hendak membuang air besar mana mungkin dua hari tidak membuang air besar memang tidak logik langsung...

Beliau memberi contoh sekiranya kita sakit perut sembelit sudah tentu doktor akan memberi ubat yang dimasukkan kedalam bontot kita dan secara langsung sudah tentu ia akan buang air besar dengan segeranya begitulah umpamanya yang diberitahu kepada saya...

Ayuh kita harus mulakan gerakkan rakyat sekali lagi bagi membela manusia yang bernama Anwar Ibrahim agar diadili dan dihakimi dengan seadil adilnya di mahkamah terutamanya dibawa ke mahkamah syariah...


Rabu, 10 Februari 2010

Operasi Pembersihan Siri 2 di Pjs 5





Isnin lepas saya bersama-sama Jabatan Aduan Mbpj ,Alam Flora dan kontraktor kawasan melihat mereka menjalankan operasi pembersihan siri ke 2 di seluruh kawasan Pjs 5 yang dibawah seliaan pihak Mbpj...

Operasi ini rentetan dari sambungan operasi yang dilakukan pada minggu yang lepas...
Apa yang dilihat kebanyakkan pemasalahannya melibatkan longkang yang tidak dapat menampung kepadatan penduduk setempat

Isnin, 8 Februari 2010

Program ADUN Seri Setia bersama Cabang Kelana Jaya di kawasan DUN Seri Setia

Di Lembah Subang diadakan sumbangan beras dan keperluan harian untuk mereka yang kurang bernasib baik

Kelihatan Ketua Cabang Pkr Kelana Jaya sedang bertanya sesuatu tentang sumbangan menanyakan sesuatu tentang sumbangan


Turut hadir bersama Ketua Wanita Cabang bersama jawatankuasanya

Sedang menanti giliran mengambil beras

Yb Nik Nazmi sedang menyampaikan sumbangan


Program ADUN di Kg Lindungan dan Kelana Jaya
Hadiah kecemerlangan UPSR

Sedang menziarahi Timbalan Ketua Ranting yang baru kematian isteri