Isnin, 24 Mei 2010

Gotong Royong Blok 1 Desa Mentari






Pada 16hb yang lalu saya menghadiri gotong royong di blok 1 Desa Mentari ...

Dalam ucapan saya sacara ringkas pada pagi itu saya menyatakan dan berterima kasih kepada penduduk blok 1 atas daya usaha mereka mengadakannya walaursatuan Penduduk Blok 1pun saya telah bersama pihak MBPJ dan juga Alam Flora telah menyediakan segala peralatan-peralatannya...

Saya juga amat berbangga dengan Persatuan Penduduk Blok 1 atas daya usaha mereka dari persediaan sarapan pagi hinggalah ke gerak kerja bersama hingga habisnya gotong royong tersebut...

Walau bagaimana saya amat berharap agar setiap blok mempunyai usaha untuk mengadakan gotong royong di setiap blok masing-masing ...




Jumaat, 21 Mei 2010

Majlis Perpisahan (Pencen) M Nasir Khan





Pada 15/05 yang lalu saya sempat menghadiri majlis En Nasir Khan setelah dipelawa oleh sahabat lama Sdr Zulkifli (Zul misai) untuk bersama meraikan majlis tersebut...

Majlis tersebut diadakan atas beberapa sebab antaranya meraikan serta mengingati pengorbanan serta perkhidmatan En Nasir yang berkhidmat selama 35 tahun di Panasonic dan juga bagi mempertemukan stulan pula menemukan semula rakan-rakan yang telah bersara dan kebetulan pula ianya dianjurkan oleh mereka yang telah bersara...

Terima kasih atas pelawaan bersama meraikannya...

Selasa, 18 Mei 2010

Bengkel Motivasi Kecemerlangan Pelajar (Tamil)



Turut hadir Yb Kesaven ADUN Hutan Melintang


Bengkel Motivasi buat julung kalinya diadakan di DUN Seri Setia dibawah anjuran Pejabat ADUN Seri Setia telah diadakan di Dewan MBPJ Kg Lindungan...

Bengkel ini diadakan khusus buat pelajar-pelajar india dari sekolah Tamil di sekitar DUN Seri Setia dan ianya mendapat sambutan walaupun kali pertama diadakan...



Penyerahan Tong Sampah Di Desa Mentari & Desa Ria





Alhamdulillah telah selesai penyerahan pembahgian tong sampah di seluruh kawasan Desa Mentari dan juga Desa Ria (Pjs 5A & 5B) sebanyak 25buah yang telah disumbangkan oleh MBPJ kepada penduduk Desa Mentari dan Desa Ria...

Tong sampah ini adalah saranan daripada Penasihat Ekonomi Negeri Selangor Dato Seri Anwar Ibrahim yang meminta agar MBPJ dapat membantu bagi menyelesaikan masalah tong sampah di kawasan tersebut...

Pihak Mentari pula berjanji akan menyumbangkan tong sampah kepada kawasan-kawasan tersebut selewat-lewat bulan hadapan....

Apa pun atau berapa pun tong sampah yang diberi tetapi sikap penduduk amat penting sekali tentang penggunaan tong sampah ini kerana kebanyakkan penduduk tidak membuang sampah didalam tong tersebut...

Penyerahan tong sampah tersebut telah diserahkan kepada setiap ketua blok dan juga MPP kawasan-kawasan tersebut...

Ahad, 16 Mei 2010

Lawatan Ke Giat Mara Seputeh









Bulan lepas saya bersama beberapa jawatankuasa Basmi Kemiskinan Bandar mengadakan lawatan ke Giat Mara Cawangan Seputeh ...

Tujuan lawatan inilah adalah untuk mengetahui tentang kursus-kursus atau program-program yang dijalankan oleh Pusat Giat Mara ...

Kami sempat mendengar penjelasan dan penerangan dari Pegawainya sendiri tentang Pusat Giat Mara Seputeh ini yang mengadakan latihan membaiki kereta disini...

Walaupun kita sedia maklum Giat Mara ini ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan namun diperingkat PBT ianya perlu juga dilibatkannya untuk masyarakat sekitarnya dan dalam penerangan tersebut banyak benda yang kami dapat ketahui dan pelajari dan seharusnya kita mengetahui bahawa setiap satu Parlimen mempunyai satu Pusat Giat Maranya ...

Selasa, 11 Mei 2010

Laman Budaya - Bersama Artis 60an


Terkena juga dipaksa naik kepentas bersama Sdr Halil

Apa lagi layanlah !!!!!!

Pada bulan lepas saya sempat menghadiri program Pertandingan Kugiran 60an di Laman Budaya Taman Jaya Petaling Jaya ...

Dalam program tersebut yang turut sama di hadiri oleh Dato Bandar,Tuan Puasa serta ahli-ahli Majlis serta orang ramai cukup terhibur dengan berbagai-bagai persembahan selain dari pertandingan Kugiran 60an tersebut...

Pertandingan tersebut diadili oleh penyanyi-penyanyi 60an yang diketuai Dato A Rahman Hassan serta rakan-rakannya turut hadir bersama juga ialah komposer terkenal Fauzi Marzuki selain mereka bertindak sebagai juri mereka juga sudi untuk menghiburkan orang ramai dengan persembahan mereka...

Sekalung tahniah kepada pihak penganjur serta pemenang pertandingan tersebut dan khabarnya Dato Bandar amat berpuas hati dan akan mengadakannya sekali lagi...

Sabtu, 8 Mei 2010

Rumahku Dilanda Banjir Kali Pertama





Sejarah tercipta buat pertama kalinya rumahku dilanda banjir pada tanggal 24hb April 2010 (kebetulan ulangtahun kelahiran anak yang ke 2)...

Banjir tersebut berlaku pada jam 3.00 pagi dan baru disedari jam 3.40 pagi setelah airnya menghanyutkan kasut-kasut serta air memenuhi ruang dalaman kereta kecuali enjinnya selamat...

Boleh dikatakan hampir keseluruhan Desa subang Perantau dan juga seluruh Kg Subang dilanda musibah ini...

Alhamdulillah tiada perkara yang buruk berlaku dan air telah surut pada jam lebih kurang 7 pagi...




Jumaat, 7 Mei 2010

Ribut Melanda Zon 24 - Kg Lindungan & Desa Mentari













Pada bulan lepas satu ribut yang besar telah melanda di Kg Lindungan dan juga Desa Mentari...

Ribut ini juga merupakan kali pertama yang terburuk terjadi di zon 24 ini...

Sebanyak hampir 200 buah rumah terlibat antaranya rumah flat Desa Mentari dan juga Kg Lindungan,rumah teres serta beberapa buah kedai yang tercabut bumbungnya...

Pada keesokannya saya telah mengadakan kaunter aduan yang melibatkan pihak Mentari,PKNS serta Jabatan Kebajikan Negeri untuk menerima dan mengambil aduan kerosakkan rumah penduduk-penduduk...

Alhamdulillah tidak sampai seminggu pihak saya serta pihak ADUN dan beberapa pihak yang lain kami telah menyelesaikan masalah ini serta menghulurkan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada mereka ...