Selasa, 29 Disember 2009

jamuan Makan Malam PKR Cabang Kelana Jaya







Baru sebentar tadi telah selesai jamuan makan malam Cabang Kelana Jaya di pejabat PKR Cabang Kelana Jaya Usj 4...

Jamuan ini merupakan jamuan akhir tahun Cabang Kelana Jaya dan juga jamuan silaturrahim antara jawatankuasa Ranting dan Cabang Kelana Jaya...

Ramai juga tetamu yang hadir pada malam itu antara yang kelihatan Sdr Sharipudin (Hunter PJS),Sdr Abd Rahim (Selayang),Sdr Zakaria (Bola Selangor),Sdr Sham (Shah Alam),Sdr Hamidi (Serdang),Sdr Hj Izham & Sdr Najmi (MBSA) dan yang lain-lain lagi yang mungkin saya terlepas pandang atau terlupa...

Dalam ucapan Ketua Cabang beliau menyatakan komitmen setiap ahli terutama yang berjawatan untuk menjalankan tugas dengan lebih baik dan jangan banyak berjanji tanpa dikota tambah beliau lagi jika sesiapa yang berhajat untuk bertanding dalam pencalonan di peringkat cabang seharusnya dengan cara yang lebih baik lagi...

Ahad, 27 Disember 2009

Program Gunting Rambut Rm 1 & Pertandingan Mewarna Bersama Zunar


Kelihatan Yb Nik Nazmi,saya serta Sdr Kamal melakukan simbolik perasmian program

Terdapat empat orang tukang gunting yang turut serta dalam program ini

Sebahagian kanak-kanak yang di tempatkan untuk kumpulan pertama

Para ibu sabar menunggu lucky draw / atau program habis ???????

Kelihatan Ketua Cabang Tuan Syed Shahir, Timbalan Hj Yusof dan juga Sdr Zunar

Perasmian penutup oleh Tuan Syed Shahir

Bersama seluruh jawatankuasa program merakamkan sessi bersejarah ini

Pagi tadi telah pun selesai program terakhir bagi tahun 2009 di zon 24...

Program terakhir tahun penutupnya saya buat di Pjs 5 Desaria iaitu program gunting rambut Rm 1 (program yang julung kali diadakan) dan pertandingan mewarna kanak-kanak dibawah kelolaan Sdr Zunar dan Cartoonkafe...

Pada sebelah pagi program tersebut dirasmikan oleh Yb Nik Nazmi manakala penutupannya oleh Ketua Cabang Kelana Jaya Tuan Syed Shahir...

Selain dari itu juga diadakan cabutan bertuah serta penyampaian hadiah kepada penduduk dan pemenang peraduan tersebut...

Saya juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak MPP Zon 24 Sdr Kamal dan juga Sdr Zulkipli serta Persatuan Penduduk Pjs 5 Desaria dan tidak dilupakan juga dari Pejabat ADUN Seri Setia yang bersama menganjurkannya...




Majlis Makan Malam MPP Zon 21




Baru sebentar tadi saya menghadiri majlis makan malam MPP Zon 21 di bawah kelolaan Ahli Majlis Kawasan iaitu Tuan Hj Muzamil...

Kehadiran saya pada malam itu juga sebagai menggantikan Yb Nik Nazmi yang tidak dapat menghadirkan diri kerana berada di Hulu Selangor...

Tahniah saya ucapkan kepada Tuan Hj Muzamil serta MPP Zon 21 atas kejayaan mengadakan jamuan tersebut walaupun kalau hendak dikira tidaklah tempatnya di hotel lima bintang tetapi majlis tetap berjaya juga...

Menurut Ahli majlis tersebut juga menyatakan bahawa majlis pada malam itu bukan sahaja untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita malahan juga dihulurkan sumbangan untuk anak-anak yatim kawasan tersebut...

Turut sama hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Hj Izham selaku Ahli Majlis MBSA merangkap YDP PAS Kawasan Kelana Jaya serta En Fauzi selaku Pengarah Penguatkuasa MBPJ yang menggantikan Dato Bandar Petaling Jaya...

Jumaat, 25 Disember 2009

Lawatan serta forum AMK Sabak Bernam




Saya menemani Yb Nik Nazmi dan juga Yb Amiruddin Saari telah ke Sabak Bernam untuk satu program forum AMK Sabak Bernam dan juga suai kenal bersama mereka...

Dalam program tersebut mereka banyak menanyakan persoalan kepada kedua-dua Yb tersebut tentang PEBT dan juga arah tuju AMK di Sabak Bernam ...

Saya juga sempat berjumpa dengan sahabat lama disana bekas timbalan ketua AMK Sabak Bernam satu ketika dahulu sdr Shahril yang kini tidak memegang apa apa jawatan pun ...

Apa pun saya amat perihatin dan menghormati mereka kerana berkat keyakinan kesabaran mereka akan tetap memperjuangkan nasib rakyat di kawasan sana...

Masalah Sunn Inn Hotel






Pagi tadi saya dengan beberapa orang Pegawai dari MBPJ,KSU,Indah Water dan juga SPAN melihat tapak atau lokasi bangunan Tektik Satria yang menempatkan Hotel Sunn Inn di Pjs 10/4...

Pemasalahan bangunan ini telah menjadi satu isu yang besar hingga ke Mahkamah tinggi kesnya...

Pertikaian antara pemilik bangunan dan juga penyewa (Sunn Inn Hotel) telah merasakan ketidak puasan hati antara satu sama lain...

Namun begitu selepas sahaja melihat bangunan ini mereka semua telah mengadakan mesyuarat di pejabat saya dan ada beberapa keputusan yang boleh dibuat tetapi ada juga beberapa keputusan yang perlu dibuat oleh beberapa pihak lagi...

Walau bagaimana pun isu ini akan cuba diselesai dalam bulan ini juga...







Khamis, 24 Disember 2009

Sukaneka Blok 3 Desa Mentari




Pada hari yang sama juga saya dan juga Yb Nik Nazmi ke satu lagi program di Desa Mentari iaitu sukaneka Blok 3 Desa Mentari...

Dalam program tersebut Pengerusi Persatuan Penduduk Blok 3 Tuan Hj Ghazali menyatakan rasa gembira teramat sangat diatas kerjasama dari penduduk dan juga pihak kami berdua...

Apa yang membanggakan saya dan juga Yb Nik kami merasakan bahawa Blok 3 ini merupakan satu satunya blok yang paling aktif di Desa Mentari dan tidak pernah meminta atau memohon sebarang sumbangan kewangan dari kami...

Oleh sebab itu Yb Nik Nazmi mengumumkan bahawa blok 3 merupakan contoh blok yang terbaik dan beliau sendiri menyampaikan sumbangan peribadinya sebanyak rm 2000 sebagai hadiah diatas pencapaian yang diterima oleh blok 3 dari MBPJ (anugerah merit)

Tahniah yang tidak terhingga kepada seluruh Persatuan dan Penduduk Blok 3 Desa Mentari atas Anugerah Kejiranan yang baru diterima beberapa bulan yang lalu...




Majlis Berkhatan Persatuan Walimatulurus Blok 4





Program berkhatan yang pihak kami anjurkan juga bersamaan dengan Program berkhatan yang dianjurkan oleh Persatuan Walimatulurus Blok 4 ...

Kami terpaksa bergegas pula ke program tersebut yang diadakan di Padang permainan Fasa 2 ...

Khabarnya penyertaan hanya 16 orang kanak-kanak sahaja tetapi kemeriahannya cukup hebat...

Dalam program tersebut juga diadakan acara siram/mandi kanak-kanak tersebut sebelum dikhatankan...

Tahniah kepada Persatuan Penduduk Walimatulurus Blok 4 yang telah menutupi aktivitinya tahun ini...




Majlis Berkhatan Anjuran AMK,DPP Kelana Jaya dengan kerjasama Masjid Alhusna Sunway









Alhamdulillah tercapai sudah harapan dan impian saya untuk mengadakan majlis berkhatan anjuran AMK dan DPP Kelana Jaya dengan kerjasama Masjid Alhusna Bandar Sunway ....

Pada awalnya kami agak risau juga dengan waktu yang singkat untuk kami mengadakannya tetapi alhamdulillah dengan berkat usaha dan kesabaran jawatankuasa berjaya juga kami mengadakannya...

Tanpa kami duga penyertaannya pula seramai 28 orang kanak-kanak telah selamat dijalankan di bawah kelolaan Rumah Khitan selaku tok mudim program tersebut...

Apa yang membagakan juga kami mendapat respon yang baik dari ibu bapa serta penduduk sekitarnya tentang program ini malahan pembayarannya cuma Rm 80 sahaja yang kami kenakan berbeza dengan harga yang asal sebanyak Rm 150...

Saya mengucapkan terima kasih diatas kerjasama semua yang menjayakannya tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Tuan Syed Shahir Yb Nik Nazmi dan juga Tuan Hj Izham yang sudi hadir bersama ...

OKT - Sdr Azizi & Sdr Khairul (Jonah)





Semasa waktu minum pagi di konvensyen saya sempat ke Mahkamah Majistret Shah Alam bagi melihat dua orang rakan Sdr Jonah (ketua AMK Selangor) dan juga Sdr Azizi( Timbalan Ketua AMK Cabang Kelana Jaya) yang ditahan atas kesalahan mengedar risalah Dato Seri Anwar Ibrahim....

Mereka ditahan di Masjid Negeri di Shah Alam ketika mereka sibuk mengedarkan risalah tersebut ...

Alhamdulillah kita artikel ini ditulis mereka telah pun dibebaskan dan akan dipanggil semula ke Mahkamah pada 05/01/10 untuk dibicarakan...

Mereka telah ditahan selama 3hari dan dibebaskan pada hari ahad yang lalu....




Konvensyen Pakatan Rakyat







Konvensyen Pakatan Rakyat kali pertama telah berjaya diadakan pada hari sabtu yang lalu 19/12/09 di Auditorium MBSA dengan jayanya...

Apa yang dapat dilihat merupakan satu catatan sejarah di mana semua kaum berlainan agama boleh bersama duduk satu bumbung bagi meralisasikan impian rakyat Malaysia...

Dalam konvensyen tersebut juga dapat dilihat ketiga-tiga (PKR,DAP & PAS) pemimpin parti tersebut menyatakan satu resolusi bagi mencapai tujuan ke Putra Jaya seterusnya mengambil tampuk pemerintahan yang baru....

Seharian konvensyen itu juga menampakkan bahawa tidak ada apa perkara pun yang tidak boleh menjadi penghalang untuk Pakatan Rakyat bersama memperjuangkan hak rakyat...

Syabas dan Tahniah atas kejayaan,semoga matlamat dan dasar perjuangan akan tercapai...