Sabtu, 21 Ogos 2010

Perasmian Makalah "Anjakan Paradigma" Dan Program Kesedaran Rakyat Bersama AADK

Ucapan dan Perasmian Program Kesedaran Rakyat oleh Yb Nik Nazmi

Ucapan saya selaku Pengarah Program


Sedang leka melihat makalah "Anjakan Paradigma"

Perasmian Makalah saya "Anjakan Paradigma" Zon 24 oleh Yb Nik Nazmi

Cabutan bertuah

Turut sama hadir Tuan Hj Yusof Tim Ketua Cabang PKR K Jaya

Tangisan keinsafan seorang bekas penagih berpelukan dengan bapanya

Kelihatan beberapa orang yang mengalirkan airmata




Antara bazar yang turut sama berniaga terdapat 31 buah bazar



MPP (Majlis Perwakilan Penduduk) yang turut sama membantu

Sambutan menggalakkan dari penduduk

Alhamdulillah terlaksana sudah perasmian Makalah "Anjakan Paradigma" Zon 24 saya yang disempurnakan perasmiannya oleh Yb Nik Nazmi ADUN Seri Setia pada tarikh 08/08/2010 yang lalu ....

Dalam buliten/makalah edisi pengenalan tersebut saya hanya memaparkan beberapa gambar-gambar upacara menerima watikah dan juga program-program selama saya baru sahaja dilantik beberapa bulan yang lalu disamping itu juga turut diselitkan bersama beberapa talian penting untuk dihubungi...

Insyallah saya akan cuba berusaha untuk menerbitkannya sekurang-kurangnya 2/3 bulan sekali untuk tatapan penduduk di zon 24...
Pada hari tersebut juga saya bersama wakil AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) mengadakan Program Kesedaran Rakyat (PKR) khusus untuk penduduk dikawasan saya ...

Saya berterima kasih kepada pihak AADK yang telah pun berjaya mengadakan program tersebut yang membuatkan ramai penduduk yang mengalirkan airmata kesedihan...

Selain dari program tersebut diadakan juga bazar-bazar jualan pelbagai...

Insyallah saya akan cuba meneruskan program-program sebegini untuk kesedaran penduduk-penduduk di zon 24...

Isnin, 16 Ogos 2010

Perakuan Menerima Watikah Perlantikan Ahli Majlis MBPJ Musim Ke 3

Sekitar Gambar Menerima Perakuan Ahli Majlis Di Dewan Jubli Perak SUK





Mengangkat Sumpah Sebagai Ahli Majlis Di MBPJ Pada 15/07/2010






Bersyukur saya kepada Allah swt atas limpah kurnianya saya disambung kembali sebagai ahli majlis musim ke 3 ini...

Saya masih lagi diamanahkan untuk berkhidmat di tempat seperti sebelumnya iaitu di zon 24 yang melibatkan Pjs 5,6,7,8 dan 10...

Untuk penggal ini seluruh ahli majlis disambungkan penggalnya iaitu selama 1tahun setengah berbeza pada tahun lepas hanya satu tahun sahaja...

Insyallah dengan amanah yang diberikan saya akan cuba berkhidmat dengan lebih baik lagi dari tahun yang sebelumnya...

Apa pun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Cabang PKR Kelana Jaya Tuan Syed Shahir serta Yb Nik Nazmi serta Datuk Bandar MBPJ atas sokongan dan dorongan mereka maka saya dilantik semula tidak saya lupakan juga kepada kedua ibu bapa saya juga keluarga yang mendoakan saya serta rakan-rakan yang banyak membantu saya...


Sabtu, 7 Ogos 2010

Jamuan Makan Malam Cabang Kelana Jaya









Pada 11 julai yang lalu Pkr Cabang Kelana Jaya mengadakan jamuan makan malam yang dihadiri oleh beberapa pimpinan-pimpinan negeri antaranya YAB Tan Sri MB,YB Azmin Ali, YB Khalid Samad,YB Tony Phua,YB Goh Ben Loh,YB Nik Nazmi,Sdr Shamsul Iskandar,Tuan Syed Shahir dan beberapa orang pimpinan lagi ...

Dalam program tersebut bukan sahaja amanat atau ucapan-ucapan dari pimpinan malahan turut diserikan lagi dengan persembahan pentas oleh Kumpulan Ringgo dan rakan-rakannya yang menyampaikan 4 buah lagu...

Tahniah dan terima kasih pada semua yang terlibat dalam majlis jamuan makan malam Cabang Kelana Jaya ini...

Khamis, 5 Ogos 2010

Pertandingan Bola Jaring Dan Futsal - Blok 3 Desa Mentari

Imam surau membacakan doa

Saya dijemput memberikan ucapan pada pagi itu

Kelihatan Pengerusi Persatuan Penduduk menyampaikan ucapannya

Tuan Hj Yusof Md Amin (Tim Ketua Cabang PKR) merasmikan program pagi itu

Terima kasih atas cenderahati yang diberi

Bertemu dengan anak-anak yang menyertai futsal





Kem Motivasi PeBT (3 zon) MBPJ




Pada 10 julai yang lalu saya dijemput untuk memberi motivasi kepada seramai hampir 150 orang peserta kem motivasi PeBT MBPJ yang merangkumi 4 zon di dalam Petaling Jaya...
Alhamdulillah saya lihat program tersebut amat baik dan perlu diteruskan bagi memantapkan fizikal rohani dan mental remaja-remaja tersebut...
Tahniah juga kepada pemimpin-pemimpin PeBt yang terlibat dalam pencarian remaja dalam program ini...
Saya amat berharap agar selepas kem ini remaja-remaja ini dapat menjadi iktibar apabila pulang nanti dan menjadi sebagai satu motivasi didalam diri sendiri untuk bekalan masa hadapan...
Terima kasih juga kepada pihak tenaga pengajar yang bertungkus lumus menimba ilmu dan pengalaman kepada mereka ini....


Gotong Royong Blok 8 Desa Mentari

Ucapan ringkas saya semasa merasmikan program tersebut

Sdr Mohammad Pengerusi Persatuan Penduduk Blok 8

Alhamdulillah banyak penduduk yang memberi kerjasama menjayakan gotong royong ini