Rabu, 28 Julai 2010

Pendemokrasian Rakyat Kelana Jaya





Program Pendemokrasian Rakyat telah pun di lancarkan oleh Yb Nik Nazmi di Pejabat Ahli Majlis Hj Muzamil di Dewan Mbpj SS 6 Kelana Jaya...

Seramai hampir 20 orang sukarelawan yang membantu bagi menjayakan program turun rumah ke rumah bagi tujuan pendaftaran pengundi ini...

Pada program tersebut pihak Pemuda Pas Kelana Jaya membantu bagi menjayakan program tersebut

Sdr Saifullah selaku penyelaras program tersebut turut hadir di majlis pelancaran itu...






Jumaat, 16 Julai 2010

Sambutan Hari Ibu Bapa Di PJS 10




Sekalung tahniah saya ucapakan kepada Sdr Nathan dan rakan-rakan dari Pjs 10 atas daya usahanya mengadakan Sambutan Hari Ibu Bapa di Dewan MBPJ Pjs 10/34 Tmn Dato Hormat...
Pada malam itu saya bersama Yb Parlimen berpeluang merasmikan program tersebut dan menyampaikan sumbangan kepada ibubapa yang meraikan hari ibu bapa tersebut...
Seramai 50 orang ibu bapa telah diraikan pada malam tersebut dan ini merupakan sambutan kali ke 2 yang diadakan oleh Sdr Nathan dan jawatankuasanya...
Tahniah dan Syabas....




Selasa, 13 Julai 2010

Program Basmi Kemiskinan Bandar Di Taman Harun


Perkhidmatan van OKU diperkenalkan kepada penduduk

Klinik komuniti bergerak dilancarkan di Tmn Dato Harun

Sewaktu sidang akhbar

Lawatan ke masjid Tmn Dato Harun bagi melihat kemudahan OKU,turut sama Ahli Majlis OKU En Anthony

Program Basmi Kemiskinan Bandar telah dilancarkan di Pasar Taman Dato Harun oleh Yb Puan Haniza ADUN Taman Medan....
Turut hadir bersama Ahli-ahli Majlis serta Pengarah Perancang Puan Sharipah...
Pada program tersebut diperkenalkan juga van bergerak OKU serta Klinik bergerak khusus untuk penduduk Taman Dato Harun yang berpendapatan rendah...
Disamping untuk juga berbagai kaunter-kaunter masyarakat yang dibuka kepada penduduk...