Isnin, 30 November 2009

URBAN Regeneration Sunway




Menghadiri International Conference URBAN Regeneration-Towards Selangor Sustainable Future di Sunway Hotel & Spa ...
Dirasmikan oleh YAB Tan Sri Abd Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor...
Terdiri daripada beberapa buah negara diadakan selama dua hari bermula hari ini...

Qurbani (AidilAdha)

Sekitar gambar semasa ibadah Qurban yang saya sertai bersama
Bersama Yb Nik Nazmi di Pangsapuri Damai PJS 8/9

Bersama petugas Masjid Kg Lindungan melakukan pembahagian 11 ekor lembu korban


Nii ...tugas saya pula dikawasan rumah saya melakukan tugas pembahgian daging

Bersama Yb Dr Nasir ADUN Kawasan turut sama melihat sembelihan lembu


Operasi Rumuh Urut

Kelihatan Pengarah Penguatkuasa MBPJ dan Pengarah Operasi Imigresen Putrajaya


Lesen yang disalah guna oleh pihak tersebut

Pengacara Teh Suhada sedang menemu bual En Fauzi Pengarah Penguatkuasa MBPJ
Pada selasa yang lepas saya bersama Jabatan Penguatkuasa MBPJ dan Imigresen Putrajaya mengadakan serbuan di dua premis urutan ....

Premis pertama di kawasan saya di PJS 10 dan satu lagi Sri Damansara,dalam serbuan tersebut seramai sembilan tangkapan yang dibuat oleh pihak Imigresen yang melibatkan ketiadaan Passport dan juga salah guna pas lawatan kerja...

Antara kesalahan lain yang dilakukan oleh premis tersebut ialah penyalah gunaan lesen premis tersebut yang digunakan untuk lesen urutan kaki tetapi melakukan urutan badan...

Turut terlibat dalam operasi tersebut ialah pihak Tv3 999 yang turut sama merakamkan operasi tersebut...

Ahad, 22 November 2009

Kursus Asas Pengurusan PBT- Ahli Majlis

Bersama Ahli Majlis Shah Alam juga rakan dalam parti sejak tahun 2000 Sdr Tan Ah Kaw

Yang Berbahgia Dato Ishak selaku Pengarah ILPBT merasmikan kursus tersebut

Ketua Pengajar kami Sdr Rosli yang mempunyai banyak pengalaman yang kami dapat dari beliau melalui kursus ini

Puan Azizah dari MBPJ sedang mengajar kami tentang borang aktiviti di zon masing-masing

Bersama Hj Ghazali Ahli Majlis MBPJ
Perbincangan secara berkumpulan sedang dijalankan

Pembelajaran tentang mewujudkan blog dan facebook

Persiapan terakhir sebelum persembahan dari setiap kumpulan pada penutup petang itu

Sijil yang diterima sebagai kenangan /penghargaan

Senamrobik diadakan pada hari pertama dan kedua basah habis

Ucapan penutup tamat kursus oleh Yb Phillip ADUN Teluk Datuk

Kursus tersebut berlangsung di ILPBT (Institut Latihan Pihak Berkuasa Tempatan) Morib selama 3 hari 2 malam...
Dalam kursus tersebut banyak yang kami pelaji antaranya perihal akta dan undang-undang PBT,Penguatkuasaan dan tindakan,pengiraan bajet di setiap PBT,Perancang Bandar,pengisian borang peruntukan sosial yang baru yang akan digunakan,tugas dan peranan jawatankuasa-jawatankuasa yang ada di PBT dan sebagainya lagi...
Pada kursus ini juga kami diberi tahu tentang beberapa perkara penting yang kami tidak tahu dan ianya perlu dijadikan teladan untuk kami perbaiki lagi...
Saya secara peribadi ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya menghabiskan kursus ini selama 3hari 2malam dan kepada tenaga pengajar yang diketuai oleh Sdr Rosli dan rakan-rakan terima kasih atas ilmu yang diberi kepada kami kepada Pengarah ILPBT Dato Ishak anda begitu sporting sekali....
Terima Kasih....







Selasa, 17 November 2009

Konvensyen PKR Selangor

Kelihatan MB Tan Sri (PMPN Selangor),DSAI,Presiden DSWA dan (Tim PMPN) Tuan Syed Shahir

Pengerusi MPNS sedang memberi ucapan

Dato Seri Anwar Ibrahim sedang memberi penegasan kepada semua yang hadir

Kepimpinan MPNS sedang membaca ikrar

Sebahagian ahli yang hadir dari kalangan berbagai bangsa agama
Alhamdulillah selesai sudah Konvensyen Selangor yang dilangsungkan pada hari ahad yang lalu diangarkan seramai hampir 2000orang yang hadir pada pagi itu...
Dalam ucaptama Dato Seri Anwar Ibrahim beliau banyak menegaskan tentang pentingnya semangat kepartian didalam parti ini memandangkan telah ramai yang terlalu angkuh sombong dan cuai dalam menawan hati rakyat dan menjalankan tugas sebagai ahli parti...
Dato Seri juga menyatakan bahawa beliau akan turun dengan lebih kuat dan padu lagi bagi menentang Dato Seri Najib yang bercita-cita untuk mengambil alih Negeri Selangor dan yang penting ahli parti terutama yang berjawatan didalam ranting atau cabang memperkuatkan lagi gerak kerja...
Apa pun saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa Konvensyen yang telah berjaya menjalankan tugas yang diamanahkan dalam masa yang terlalu singkat bagi menjayakan program ini dan dengan kehadiran yang begitu ramai sehingga memenuhkan ruang dewan Jubli Perak SUK ini...



Isnin, 16 November 2009

Sumbangan Tabung Adik Nazirah Alia bt Noor Ismail






Alhamdulillah saya dan AMK Kelana Jaya berjaya mengutip derma bagi Tabung Nazirah Alia dan kami beserta Yb Nik Nazmi dan juga PeBT (Penggerak Belia Tempatan) telah menyerahkan kutipan tersebut kepada En Noor Ismail pada hari sabtu yang lalu di rumah beliau di Mentari Court...

Dalam kunjungan tersebut turut sama hadir Ketua Wanita Cabang Kelana Jaya Pn Azizan dan juga Timbalan Ketua Cabang Kelana Jaya Tuan Hj Yusof...

Kutipan yang berjaya dikutip dari orang ramai adalah sebanyak Rm 2202 manakala tambahan peribadi dari Yb Nik sebanyak Rm 1000 beserta kelengkapan dapur juga di beri...

Menurut bapa adik Nazirah anaknya akan melakukan pembedahan kali ke5 pada hari ini (isnin) di PPUM dan menurutnya lagi kes anak beliau hanya boleh dirujuk di PPUM sahaja...




Program Kecemerlangan Pelajar Sek Kafai Anggur Tmn Dato Hormat


Yb Nik menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang pada hari itu

Disebelah saya Pengerusi Sekolah tersebut Tuan Hj Mohd Noor

Sumbangan dari Yayasan Syawal

Bergambar beramai-ramai bersama pelajar dan tenaga tenaga pengerak sekolah tersebut


Sabtu lepas saya sempat bersama Yb DUN Seri Setia Yb Nik Nazmi menghadiri program majlis penyampaian kecemerlangan pelajar Sekolah Kafai Anggur Taman Dato Hormat Pjs 10...

Program ini merupakan kali ke dua kami hadir dan sambutan majlis pada hari itu sungguh membanggakan dengan persembahan nasyid,khutbah (kanak-kanak) dan juga ucapan wakil pelajar yang disampaikan...

Apa pun harapan mereka agar tahun depan ada peruntukan yang dapat disalurkan dari pihak ADUN...

Tahniah dari saya kepada semua pelajar yang berjaya begitu juga dengan ibu bapa yang mendidiknya serta tidak dilupakan juga kepada guru-guru dan juga seluruh jawatankuasa Sekolah Kafai Anguur Taman Dato Hormat...





Sabtu, 14 November 2009

Pelepasan Pemain Futsal MBPJ ke P Langkawi




Khamis lepas saya sempat berjumpa dengan pemain-pemain futsal wanita yang akan menyertai kejohanan futsal piala Felda kali ke 2...

Pusingan pertama akan dilangsungkan di Pulau Langkawi bermula hari ini (sabtu) dengan pertemuan Melaka dan Selangor selepas ini di terengganu dan Johor manakala perlawanan akhir di Perak...

Kalau diikutkan sejarah tahun lepas pasukan Futsal MBPJ pernah mendapat tempat ketiga tahun lepas...
Apa pun saya mendoakan agar pasukan futsal ini akan membuahkan kejayaan yang lebih cemerlang lagi pada kejohanan kali ini...