Jumaat, 30 Oktober 2009

Adun Port Klang - Badrul Hisham




Kisah si Badrul Hisham ini sudah tidak mengejutkan saya dan rakan-rakan dalam PKR Selangor ...

Dah lama saya mengenali si Badrul Hisham nii sebelum Pilihanraya lagi orangnya pun tak banyak cakap cuma agak pelik kenapa bila menang berbeza sekali perangainya sehinggalah kini...

Saya sendiri telah menjangkakan bahawa suatu hari nanti si Badrul ini akan keluar parti atas desakan orang orang tertentu dan orang di sekelilingnya yang cuba mengambil kesempatan atas kelemahan dan kesihatannya yang tidak memberangsangkan (tak boleh cerita sakit apa nanti sensitif) ...

Badrul Hisham dalam media semalam menyatakan kononnya pihak PKR dan MB Selangor tidak mempedulikannya dan tidak menyelesaikan masalahnya dan menuduh bahawa mencampuri urusan beliau di Dun Port Klang walhal beliau sendiri pun tidak menghormati Tuanku Sultan Selangor untuk menghadiri program yang Tuanku hadir...

Sebenarnya kerajaan negeri telah banyak kali menasihati beliau namun tidak di indahkannya beliau juga tidak menjaga dan membuka bilik khidmat masyarakat Dun malahan Tan Sri MB sendiri yang meminta agar Yb Nik Nazmi mengendalikannya dan telah melantik sdr Irwan (Ketua AMK Klang) mengendalikannya namun sikap beliau masih lagi diam membisu...

Ingatlah rakyat yang telah memilih sdr ... tanpa rakyat sudah tentu hidup sdr pun tidak menentu

Khamis, 29 Oktober 2009

Kempen Tembak Gagak


Pagi tadi telah berlangsungnya mesyuarat kali ke2 Kempen Tembak Gagak MBPJ...
Mesyuarat tersebut dihadiri oleh PDRM,Bomba,Persatuan Penembak serta kakitangan MBPJ...
Ini merupakan kali pertama saya ditawarkan menjadi Pengerusi bagi Kempen Tembak Gagak kawasan Petaling Jaya...
Dalam mesyuarat ini kita merancangkan akan mengadakan Kempen ini bermula perasmiannya pada 08/11 oleh Dato Bandar selama empat minggu dan akan diakhiri pada 29/11/09...

Selasa, 27 Oktober 2009

Deepavali Dun Seri Setia







Sambutan Deepavali bagi Dun Seri Setia telah diadakan pada hari ahad yang lepas 25/10/09 di Desa Mentari ...

Tetamu yang turut hadir pada malam tersebut antaranya Ybhg Tuan Syed Shahir Ketua PKR Cabang Kelana Jaya,Yb Nik Nazmi ADUN Seri Setia bersama isterinya Dr Aeman juga turut hadir Ahli Majlis MBPJ sdr Selvarajan dan juga Jawatankuasa AMK dan Jawatankuasa PKR Cabang Kelana Jaya serta MPP Zon 24...

Sambutan dan kehadiran dari penduduk Desa Mentari terutamanya kaum india cukup menggalakkan sekaligus menepis tomahan dari kerajaan BN yang mengatakan bahawa tidak ada sokongan lagi kaum india terhadap Pakatan Rakyat...


Sekalung penghargaan saya tujukan buat sdr Chandran (mom) dan sdr Helan atas kerjasama yang diberikan...



Isnin, 26 Oktober 2009

Karnival Mesra Industri Piala Dato Bandar & Pj Teen Challange

Turut kelihatan Yb Edward memberi ucapan seterusnya merasmikan majlis tersebut

Juara skate board MBPJ
Juara bola jaring peringkat perkilangan Petaling Jaya

Turut sama hadir Ahli Majlis Sdr Halil dan Maharul

Anugerah khas penghargaan kepada mereka yang sering melibatkan diri dan memberi kerjasama sepenuhnya tanpa mengharapkan apa-apa balasan dalam setiap program Rakan Muda MBPJ

Tahniah... Sdr Badlishah (baju batik) dari Desa Mentari atas anugerah yang diterimanya







Ahad, 25 Oktober 2009

Sambutan Deepavali Selangor di P.Jaya

Sambutan Deepavali peringkat Negeri Selangor telah pun diadakan semalam di Padang Timur Petaling Jaya...

Kehadiran Tan Sri Mb dan isteri serta exco-exco yang lain memeriahkan lagi suasana malam itu..

Apa pun tahniah buat Pengerusi Penganjur malam tersebut Yb Dr Xavier Kumar dan dibantu oleh Ahli Majlis MBPJ En Selvarajan...























Kehadiran malam tadi dianggarkan seramai hampir 10000 orang...
Tidak kira apa bangsa agama sekali pun semuanya turut hadir pada malam tersebut...




Jumaat, 23 Oktober 2009

Rumah Terbuka Saya

Sedikit ucapan pembukaan semperna hari lahir saya pada hari tersebut juga

Kelihatan Ahli Majlis MBPJ Sdr Halil bersama Penolong Pengarah Perlesenan Sdr Wan Shamsuddin

Ketibaan Ahli Majlis MBPJ Sdr Maharul

Kehadiran dua orang Ahli Majlis MBPJ Tuan Hj Kamaruddin dan Tuan Hj Muzamil

Beberapa orang Ahli Jawatankuasa Pas Cawangan Desa Mentari

Sahabat lama bapa saya Tuan Hj Abd Razak bersama anaknya

Turut sama hadir Yb Dr Nasir Hashim ADUN Kota Damansara (ADUN tempat saya ni) bersama Sdr Paniselvam Ahli Majlis MBPJ

Kelihatan juga sahabat-sahabat lama turut sama hadir yang dilayan oleh Pembantu Khas saya sdr Shamsul Hafizi

Satu lagi sahabat lama abang Mazlan Yunus


Sahabat-sahabat dari PKR Cabang Kelana Jaya Timbalan Ketua Cabang Tuan Hj Yusof juga turut hadir
Terima Kasih juga atas kehadiran Pengarah Penguatkuasa MBPJ Sdr Fauzi bersama Timbalannya Sdr Tun dan juga Sdr Zainal walaupun sibuk bertugas di kenduri walimatul urus anak Dato Bandar petaling Jaya

Tidak ketinggalan Tuan Syed Shahir Ketua Cabang Kelana Jaya dapat juga hadir dalam kesibukannya


Rombongan cek Kiah (dari Pangsapuri Damai)

Hadir sama pada hari tersebut Puan Firdaus Pengarah Urusan Karangkraf Holding (akhbar Sinar) bagi mewakili bapanya (Dato Husamuddin) dan keluarga

Sebelum majlis bermula doa selamat mohon keberkatan keselamatan dunia dan akhirat

Sdr Ridzuan (suami Ketua Wanita PKR Cabang Kelana Jaya Pn Azizan) sekeluarga juga turut hadir ...

Alhamdulillah tercapai sudah hajat saya hendak mengadakan doa selamat beserta jamuan hari raya pada 17/10/09 yang lalu,kebetulan pula tarikh tersebut juga merupakan tarikh hari lahir saya yang ke 37 tahun...
Suasana pada hari tersebut memang seronok ramai rakan-rakan yang hadir jangkaan jemputan 500 orang tapi hapir 700 orang yang hadir alhamdulillah makanan cukup juga...
Syukur kepada allah diturunkan hujan selepas doa selamat dalam masa yang singkat sahaja...
Saya serta keluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir di majlis saya ini mohon maaf andai ada kekurangan layanan atau makanan dan sebagainya lagi maklumlah dah ramai sangat... Terima Kasih

Rabu, 21 Oktober 2009

Jamuan Hari Raya Perancang MBPJ

Jamuan hari raya yang terakhir (penutup Syawal) tahun ini saya sempat hadir di Taman Rusa MBPJ anjuran Jabatan Perancang Bandar MBPJ pada 12/10/09...

Hidangan daging rusa menyambut tetamu

Bersama Ahli-ahli Majlis dan juga Pengarah Perancang Bandar

Turut sama ahli-ahli Majlis MBPJ


Daging rusa panggang menjadi rebutan

Isteri Dato Bandar juga turut hadir

Berbagai bagai gerai makanan menjadi pilihan